Followers

Monday, January 2, 2012

Kulit cantik dengan kolagen dan Vitamin C


Kolagen yang disebut-sebut orang dalam penjagaan kecantikan kulit adalah salah satu dari beribu jenis protien dalam badan, yang menyambung dan menyokong tisu-tisu badan. Antara tisu-tisu badan tersebut termasuklah KULIT, tulang, otot, tendon, cartilage. Kolagen juga digelar sebagai 'gam' dalam badan. Makin kuat gam, makin melekat dan dekatlah tisu-tisu kulit, menjadikan kulit kelihatan tegang. Sebaliknya, tanpa kolagen secukupnya, tisu-tisu terpisah dan kulit mula nampak kendur dan berkedut.

Kolagen boleh dihasilkan sendiri dalam badan.  Untuk penghasilan kolagen yang secukupnya, ia memerlukan Vitamin C sebagai pemangkin. Tanpa vitamin C, kolagen tidak akan terhasil. Salah satu kesan kekurangan kolagen boleh dilihat pada pesakit scurvy. Kalau dilihat pada pola pemakanan pesakit ini, mereka kurang mengambil buah-buahan yang semestinya sumber utama Vitamin C.

Untuk merawat masalah kulit yang berkaitan dengan keanjalan kulit, sememangnya terdapat pelbagai produk di pasaran yang diiklankan mengandungi kolagen. Namun, pakar kesihatan lebih menggalakkan penekanan diberikan kepada meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Ia lebih semulajadi dan lebih selamat.

Oleh kerana penghasilan kolagen memerlukan Vitamin C, maka pastikan anda mendapat nutrien Vitamin C secukupnya setiap hari. Dos yang seringkali disarankan ialah 500mg sehari. Namun, pengambilan yang melebih 500mg tidak akan membahayakan selagi tidak melebihi 2000mg kerana Vitamin C larut dalam air dan mana-mana vitamin larut air yang berlebihan akan dikeluarkan juga melalui air iaitu urin.

Jadi, sekarang anda tau kan macam mana nak mendapatkan kolagen cara mudah, MURAH dan SELAMAT?
Dan sekarang anda ada lebih sebab untuk mementingkan pengambilan Vitamin C dalam diet harian.


Rujukan:

Roger J. Williams, Nutrition Against Disease, 1971. Pg 85-86 (paperback) 


* Nak order Vitamin C? Hubungi saya: 019-959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com.
Vitamin C Shaklee adalah dalam bentuk tablet, 500mg/tablet. 180biji sebotol. Boleh kongsi seisi keluarga/asrama :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...