Pernah dengar wanita hamil yang ditegur kerana makan banyak menjawab dengsn alasan "Saya makan untuk dua orang"?
Orang yang menegur terdiam dan terima saja kenyataan si ibu. Lalu si ibu terus makan dan makan tanpa rasa bersalah.
Atau, wanita hamil yang kurang selera makan dipujuk makan lebih sebab perlukan tenaga dan khasiat untuk dua orang? Lalu susah hatilah si ibu yang sukar menelan kerana takut tak cukup makan untuk keperluan bayi dalam kandungan.
Sebenarnya, sejauh mana kebenaran "makan lebih" semasa mengandung demi tumbesaran bayi dalam kandungan?
Selepas dibelek-belek buku panduan nutrisi dan kesihatan ibu hamil, keperluan kalori tambahan ibu mengandung ialah:
Tambahan kalori untuk ibu mengandung ialah 100-300 kalori sahaja untuk sehari!
Tambahan 50-100 kalori ketika trimester pertama dan 300 kalori menjelang dalam trimester kedua dan ketiga.
Berapa banyak ibu hamil perlu makan?
Untuk mendapatkan tambahan 50-100 kalori, ia bersamaan dengan salah satu dari hidangan di bawah:
- 10-13 biji almond
- secawan susu tanpa lemak
- sekeping roti bijirin penuh
- 2 ounce ikan atau daging
- kurang dari 1/2 cawan yogurt
Eh, sikit sangat tuh berbanding '2 pinggan nasi untuk 2 orang' :)
Sementara untuk tambahan 300 kalori, ia bersamaan dengan salah satu hidangan di bawah:
- separuh roti sandwich: sekeping roti yang disapu sesudu mentega dan sebiji pisang sederhana besar
- Yogurt perasa buah-buahan dan segenggam kecil kekacang
- Smoothies yang dibuat dengan 12 ounce buah, serbuk protein dan yogurt
Oh, rupanya tambahan keperluan makanan untuk bayi yang dikandung tak sebanyak yang disangka. Jadi, tanamkan rasa bersalah setiap kali anda makan berlebihan. Kawalan ketat terhadap makanan ketika hamil membantu ibu dan bayi 'membesar' dengan sihat. Ibu senang melahirkan dan senang untuk turunkan berat badan selepas bersalin.
Ingat, bayi anda perlukan zat yang cukup dan seimbang untuk membesar dengan sihat TAPI dia tak perlukan lemak berlebihan yang membahayakan ibu dan bayi ketika proses kelahiran. Makanlah dengan bijak dengan terus mengamalkan diet seimbang.
No comments:
Post a Comment