Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Jumaat. Penghulu segala hari. Hari raya mingguan. Hari yang penuh berkah. Hari Jumaat bermula dari terbenamnya matahari hari Khamis hingga terbenam matahari hari Jumaat. Ye, permulaan hari dalam calendar Islam ialah pada waktu maghrib :).
Hari Jumaat ialah hari raya, hari untuk bergembira kerana banyak kelebihan padanya. Pada hari ini, setiap Muslim digalakkan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Dengan zikir, selawat, bacaan Al-Quran, solat malam, sedekah, berziarah dan sebagainya.
Amalan wajib yang tak boleh ditinggalkan pada hari ini: Baca Surah Al-Kahfi.
Kaifiat Al-Kahfi terbesar yang disebut dalam hadis-hadis sahih:
- Diberi jaminan diselamatkan dari fitnah dajjal.
- Diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.
Dajjal, makhluk yang akan muncul menjelang kiamat. Mendakwa dirinya Tuhan. 'Menolong' mereka yang mengaku dirinya Tuhan. Keadaan pada waktu itu amat menakutkan. Huru-hara. Panas yang amat sangat. Akan ramailah umat manusia yang berserah dan mengalah pada 'offer' Dajjal dek kerana peritnya keadaan pada waktu itu. Nauzubillah, moga kita diselamatkan. Insyaallah, amalan Al-Kahfi hari ini membantu kita 'survive' di hari esok.
Korbankan sedikit masa untuk membaca 110 ayat ini. Agak panjang, tapi sebenarnya amat menarik untuk dibaca dan ditadabbur.
Surah Al-Kahfi mengandungi 4 cerita utama:
- Kisah pemuda Al-kahfi yang lari bersembunyi di gua demi menyelamatkan iman dari mengaku 'ketuhanan' raja yang kejam. Mereka tertidur selama 309 tahun, tapi menyangka hanya terlelap untuk setengah hari/sehari.
- Kisah 2 petani dengan kebun mereka. Seorang petani yang kaya, bongkak dan menyangka kekayaannya adalah kerana usahanya dan akan kekal buat selamanya sehinggalah ia tunduk dan menyesal selepas kebun yang dibangganya musnah sekelip mata.
- Kisah kembara Nabi Musa dan pembantunya bertemu Nabi Khidir. Khidir ialah hamba Allah yang 'kasyaf'. Nabi Musa diperintah Tuhan untuk berguru dengannya kerana ketinggian ilmu Khidir. Beberapa kisah menarik berlaku sepanjang kembara ini yang membuktikan ketinggian ilmu pengetahuan kurniaan Tuhan buat hambanya.
- Kisah kembara Zulkarnain dari satu tempat ke tempat yang lain, sehinggalah dia berjumpa dengan satu kaum yang sangat 'pelik'. Tidak difahami bahasa pertuturan mereka. Dia membina 'tembok' bersama dengan kaum ini untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj. Tembok ini akan ditembusi pada suatu masa nanti sesuai dengan janji Tuhan.
Waktu yang diperlukan untuk khatam keempat-empat kisah ini ~40 minit. Boleh dihabiskan sekaligus sekiranya mula membaca usai solat Maghrib, elok je sebelum masuk Isyak.
Sekiranya kekurangan waktu, bahagilah bacaan kepada 2, 3 atau 4 bahagian, mengikut cerita utama. Tak banyak. Tak susah. Sambil nak tunggu nasi masak, dalam LRT dalam perjalanan pergi dan pulang kerja, selepas solat setiap waktu...Insyaallah sebenarnya ada waktu. Cari je waktu yang tersembunyi tu :). Download Al-Quran siap-siap di telefon pintar masing-masing.
Selamat beramal. Moga istiqamah. Moga selamat dari fitnah Dajjal yang dahsyat.
No comments:
Post a Comment