Saya ada banyak pengalaman menarik selama bergelar pengedar Shaklee. Semuanya manis-manis. Ada kisah pelanggan, ibu ayah, kawan-kawan terdekat, rakan seShaklee yang kebanyakannya memberi inspirasi. Malah ada juga yang membuat saya termenung, merenung jauh ke dalam diri. Benarlah kata Saidina Ali, seorang muslim adalah cermin kepada muslim yang lain :)
Kali ini saya kongsikan kebaikan hati seorang sahabat yang memesan Shaklee, untuk dirinya dan berbagi dengan kawan baiknya. Kali pertama saya jumpa pelanggan yang beli untuk kawan guna duit sendiri.
Puan Sadiah, mula menjadi customer saya apabila beliau memesan set D (set kulit) untuk anak terunanya. Maklum saja remaja, mesti banyak naik jerawat kan sebab hormon sedang bercelaru masa ni ;).
Kemudian, dia berhubung lagi dengan saya bertanyakan perihal vitamin untuk orang berpantang. Ingatkan beliau sendiri yang dapat anak baru...rupanya bertanya bagi pihak. Risau sangat dengan kawannya yang baru bersalin ceaser tu. Maka, saya dengan senang hati berkongsi vitamin-vitamin yang boleh membantu proses pemulihan luka bersalin dengan cepat. Antaranya Zink, Vitamin C dan ESP.
Lalu, dia pesan 2 botol vitamin C. Satu untuk dirinya, dan satu untuk diberi pada sahabatnya. Tak lama selepas itu...Puan Sadiah kontek saya lagi. Nak vitamin B Complex dan Ostematrix pula.
Inilah ceritanya:
Vitamin B Complex pun nak bagi setengah kat kawannya tau. Sebotol BComplex ada 120 biji, jadi bila beri 60 biji pada sahabatnya itu...kurang-kurang kawannya boleh makan selama 2 bulan! Bolehlah tambah tenaga semasa berpantang dan menyusu.
Kata saya: Kawan puan sangat bertuah! Dapat kawan yang tak berkira wang ringgit asalkan sama-sama sihat. Saya pun bertuah sangat dapat kenal Puan Sadiah yang baik hati ni :).
Bukan saja dia baik hati pada kawannya, tapi dia juga baik sebagai pelanggan. Amat memahami kekangan penjual seperti saya. Maklum saja, penjual ni kadangkala ada hal yang tak dapat dielakkan hingga tak dapat keluar pos barang pesanan pada hari yang sama.
Alhamdulillah. Semoga Puan Sadiah dilimpahi rahmat yang banyak di bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal tiba.
Nak pesan Shaklee dengan saya atau nak jadi ahli Shaklee:
Kontek saya di telefon 019 959 8249
atau lebih mudah melalui emel tuankalsum[at]gmail.com
wahhh..bestnyeeee...dapat kawan yang baik camni..
ReplyDelete