Followers

Friday, July 4, 2014

Tips Khatam Al-Quran Setiap Hari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Salah satu aktiviti wajib dalam bulan ni, mestilah baca Al-Quran. Targetnya baca sampai khatam. Satu hari satu juz. One Day One Juz. ODOZ.

Pada yang bermula 1 Ramadhan, pasti dah masuk juz ke-6 hari ni. Pada yang bermula sejak Rejab dan Syaaban, mesti dah hampir separuh Al-Quran sekurang-kurangnya.

Untuk orang biasa (macam saya), untuk habiskan satu juz satu hari merupakan pencapaian yang besar. Kalau hari biasa, seminggu baru habis satu juz. Itupun kalau istiqamah baca sehari selembar setengah.

Sedar tak, sebenarnya ada cara mudah untuk khatam tiap-tiap hari.
Rahsianya ada pada surah Al-Ikhlas.
Surah Al-Ikhlas bersamaan 1/3 Al-Quran.
Baca 3 kali...dah sama dengan khatam satu Al-Quran. Subhanallah Allah Yang Maha Baik memudahkan.

Nak khatam Quran bila-bila masa pun boleh. Ikut sunnah, setiap muslim perlu khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebelum dia tidur. Itu mengikut riwayat yang menceritakan pesanan Rasulullah SAW kepada puteri kesayangan, Fatimah.



Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara":
1. Sebelum khatam Al-qur'an
2. Sebelum memjadikan para Nabi memberimu syafa'at di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Bertanya Siti Aisyah ra:
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara 
seketika dalam semalam?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
1. "Jika engkau tidur bacalah Surah Al-ikhlas 3x seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-qur'an."

2. "Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat." 

3. "Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu."

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."


Semoga bermanfaat untuk sama-sama kita amalkan :)

1 comment:

  1. Halo Min,
    Makasih ya. Infonya bermanfaat.

    Salam kenal ya Min. Aku Mili.
    Saling kunjung yuk ke Web / Blog aku.

    Bisa kunjungi postingan terbaru aku :
    - Tips Cara Khatamkan Al Quran Saat Ramadhan
    - Tips Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...