Bulan puasa macam ni, ramai lah ibu-ibu malah anak-anak dara juga yang suka masuk dapur. Masak menu berbuka sendiri. Lebih sedap dan jimat.
Bila masuk dapur, kemalangan tak dapat dielakkan. Hiris bawang terhiris tangan. Goreng ikan terpercik minyak panas. Masak air tercurah air panas. Semalam saya baru terkena periuk panas ;). Malang sungguh.
Apa nak buat tengah panik menahan kesakitan tu?
Luka melecur tak boleh dibiarkan lama. Nanti naik gelembung-gelembung air yang pedih tu. Sebelum gelembung tu naik, kena ambil tindakan segera merawat dengan apa yang ada kat rumah. Sebab tu lah kat rumah wajib ada peti kecemasan. Untuk kegunaan waktu kecemasan/waktu kecederaan macam ni la.
Apa nak buat supaya luka melecur tak melarat dan tak meninggalkan parut?
Bila tersentuh periuk panas tu (sebenarnya nak angkat periuk, tapi lupa lapik), reseptor sakit macam terkena renjatan. SAKITTT. Alhamdulillah semua reseptor berfungsi secara normal. Sakit kejap. Pastu cepat-cepat cari botol Basic H dan titik kat tempat sakit. Terasa pedih. Kemudian cepat-cepat masuk bilik, carik vitamin E. Vitamin E berguna sangat untuk luka terkena pisau atau terkena minyak panas atau terkena air panas.
Ambik sebiji Vitamin E, cucuk kapsulnya, picit dan sapu vitamin E kat tempat sakit tadi. Tak rasa pedih. Gelembung air tak sempat naik. Parut berjaya dihalang :)
Ni gambar sebelum ni, tercurah air panas menggelegak kat tangan. Sapu vitamin E jugak. Tak sempat naik gelembung-gelembung air tu. Tak ada kesan melecur juga. Alhamdulillah.
Hati-hati di dapur kalau tak nak jadi macam ni |
Ibu-ibu, gadis-gadis di luar sana boleh amalkan tips ni untuk merawat luka melecur/luka terkena pisau menggunakan vitamin E. Insyaallah luka cepat bertangkup, yang melecur pun takde parut.
Vitamin E memulihkan luka dan menghilangkan parut |
Yong
019 959 8249
Pengedar Shaklee P.Pinang
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sebaik-baiknya, bahagian kulit yang melepuh itu jangan diusik dan cuba dipecahkan kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih melarat. Namun sekiranya permukaan luka melecur itu tidak berair dan bernanah, kita bolehlah cuba menyapukan cecair daripada pokok lidah buaya untuk mengurangkan radang dan mempercepatkan proses penyembuhan. Pengambilan Vitamin A, C, E dan zink juga sangat digalakkan. Sekiranya bahagian yang melecur itu bernanah, sebaik-baiknya dapatkan pendapat daripada doktor kerana ia mungkin memerlukan bantuan antibiotik.