Followers

Wednesday, July 2, 2014

Puasa Untuk Kurus, Puasa Untuk Diet Sia-sia dan Merugikan

Seminggu sebelum puasa, bantai apa saja yang teringin nak makan. Makan berlebih-lebihan hinggakan naik berat badan. Pujukan paling berkesan masa tu..."takpe, takpe, minggu depan dah puasa. Bulan puasa boleh diet, boleh kurus,". Entahkan nafsu yang memujuk atau bisikan syaitan yang menghasut..

Makan berlebihan hingga naik berat dan ukur lilit badan. Dengan harapan dapat kurus selepas puasa.

Lalu, terniatlah di hati aku nak puasa sebab nak kurus.

Menurut ustaz Zul Ramli melalui segmen "Usrah Nurani" di IKIM.fm setiap Jumaat, 5.15 petang, puasa itu hanya boleh diniatkan 'kerana Allah'. Niat selainnya menyebabkan puasa jadi sia-sia. Tak kiralah walau sudah berniat di malam hari dengan lafaz yang biasa dihafal dan dibaca, berpuasa dengan harapan nak turunkan berat badan, nak jimat duit, nak jadi lebih sihat, nak turunkan kolesterol telah menodai matlamat puasa yang dituntut.

Matlamat yang dimahukan - nak kurus, nak jimat, mungkin tercapai tetapi matlamat puasa yang sebenar [berpuasa kerana Allah] tergendala kerana kesilapan niat. Sama seperti ibrah dari kisah hijrah Rasulullah SAW ke Kota Madinah. Seorang hamba Allah menyertai hijrah kerana menyintai seorang wanita. Maka, dia mendapat cinta wanita tersebut, tetapi tidak mendapat pahala hijrah.

Puasa adalah ibadah yang sangat istimewa. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam beberapa riwayat terkenal, antaranya:

Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan dengannya, puasa itu adalah perisai, maka pada hari yang seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia bercakap keji, dan meninggikan suara (seperti orang bodoh). Jika ada seseorang yang mencelanya atau berkelahi dengannya, maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku seorang yang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad berada dalam gengamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah berbanding mau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu pula dua kegembiraan, iaitulah ketika dia berbuka, dia bergembira dengan berbuka puasa, dan ketika bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”  (Lafaz ini adalah berdasarkan riwayat al-Bukhari).

Begitulah, puasa itu khas untuk Allah.

Di padang Mahsyar nanti ketika kita mengusung pahala amalan, setiap orang yang kita  terhutang dengannya boleh menuntut pahala tersebut sebagai ganti/bayaran. Pahala setinggi gunung boleh menyusut jadi sebesar busut cuma. Lebih malang jika nilai yang tinggal jadi negatif. Tapi...untuk pahala puasa, ia terlindung dan tak boleh dituntut. Ia terpelihara. (ini yang saya faham dari perbincangan dalam segmen ni. Kalau silap pemahaman saya ni, mohon tegur).

Oleh itu, jagalah niat puasa kita - PUASA INI KERANA ALLAH. Apabila berpuasa kerana Allah, puasa sungguh-sungguh kerana mengejar takwa dan redha Allah. Insyaallah kesan sampingannya pasti ada kerana keberkatan puasa tersebut. Puasa kan mendidik nafsu, termasuk nafsu makan dan nafsu berbelanja :).

Oh, pagi ni, melintas pula di newsfeed status UZAR mengenai kesilapan niat puasa sebab nak kurus ni:

Puasa untuk kurus sia-sia.
Begitulah besarnya impak niat pada ibadah. Salah niat tak dapat pahala, dapat penat dan dahaga je. Semoga kita berniat yang baik-baik dan berniat dengan betul.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...