Followers

Thursday, April 17, 2014

Sembelit Semasa Melancong - Tak Best!!!

Sembelit semasa bersuka ria di tempat orang? Sangat tak rock. Sangat tak best! Patutnya bersuka ria..tapi dek kerana perut dah kembung tak boleh nak membuang, nak senyum pun susah.


Di tempat awesome macam ni...tak rock sangat kalau kena sembelit!
(Ini Topkapi Palace di Istanbul. Gambar credit to google)


Semasa melancong, tak kiralah dalam negara atau luar negara. Pasti matlamatnya untuk berkenalan  dengan tempat baru, suasana baru, cuaca baru dan makanan baru. Dengan semua benda baru, mestilah yang kita jangka kita akan gembira, Gembira meninggalkan rutin biasa. Rutin bangun pagi berkejar-kejar siapkan seisi rumah - anak, suami, sebelum ke tempat kerja, Kemudian mengadap sungguh-sungguh kerja sebelum bergegas pulang. Sibuk sangat dari pagi sampai.... Sampai lena. Kemudian esoknya bangun pagi meneruskan rutin yang sama. Bosan.

Dah melancong nak menghilangkan bosan, tapi diserang sembelit, lagilah bosan. Bila sembelit, macam-macam masalah lain yang timbul.

Akibat sembelit di tempat orang

1. Moody
Mood tak berapa nak ceria kerana perut rasa tak selesa. Tiap kali tiba di perhentian, toilet yang dicari. Tapi..hampa sungguh bila dok termenung lama pun isi perut gagal dikeluarkan.

2. Perut buncit
Bila perut asyik diisi, tapi tak dapat dikeluarkan, lama-kelamaan buncit la jugak. ;p
Badan rasa berat, perut mula membuncit, badan rasa makin mengembang. Ahhh, tak best!
Sungguh, antara nikmat yang jarang kita syukuri adalah...nikmatnya buang air dengan lancar dan selesa.

4. Pening/sakit kepala
(Eh, mana no.3 ni?? Kan dah jadi pelupa sebab tahan sembelit. Pening kepala sampai lupa)
Gangguan pada sistem pembuangan/nyahtoksin/nyahtinja memberi impak pada emosi dan juga kesihatan. Pada saya, bila susah nak membuang, senang pula diserang sakit dan pening kepala. Macam toksin berkumpul banyak sangat dalam badan. Dah pening-pening dan sakit, nak berjalan pun tak senang.

Baru-baru ni, dalam kembara ke Turki, ada jugakla ahli rombongan cik Kiah yang terkena masalah sembelit ni. Tension je muka masing-masing. Dah jadi topik pulak tu. Bila keluar bilik air pagi-pagi, soalan yang pasti ditanya, "Kau berjaya membuang tak pagi ni?"

Kalau cakap ye, mesti member tu balas balik, "Ya Allah, bestnya...aku harap aku pun boleh la buang jugak nanti".
Kalau tak, "Ala..kesiannya. Aku pun sama. Tension weh!"

Begitulah dialog-dialog yang tak ingin didengar di tempat yang aman, yang tenang, yang cantik, yang makanannya sedap-sedap.

Untuk itu, marilah kita teliti tips elak sembelit ketika melancong ni ye. Moga tak terkilan di kemudian hari.

Tips Elak Sembelit Ketika Melancong

1. Minum air secukupnya. Walau cuaca sejuk macam mana sekalipun di tempat orang, gagahkan diri untuk minum secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter. Minum tak semestinya air sejuk. Air panas pun boleh. Pelbagai pilihan ada. Minum kopi, minum teh, jus, air suam. Yang penting, bendalir dalam badan mesti cukup supaya senang sistem badan bekerja dengan efisien. 

2. Makan fiber. Sumbernya dari buah-buahan dan sayuran. Buah sangat bagus sebab dapat mengalas perut, sumber cecair (kalau tak larat nak minum banyak), dan yang paling penting jadi pelawas. (Buah-buahan di Turki sangat manis dan sedap sangat)

3. Berbekal vitamin dan mineral yang sepatutnya
Ketika travel, lebih-lebih lagi kalau ber backpaking, jarang dapat makan dengan proper. Makan pun ala kadar. Jadi, bekalan vitamin dan mineral pun ala kadar juga. Sedangkan, vitamin dan mineral yang seimbang dalam badan melancarkan segalanya...termasuk kes tak lawas begini.

Penyelamat saya dari masalah sembelit baru-baru ni adalah...Alfafa dan Ostematrix.
Kedua vitamin ini sengaja di bawa untuk membantu melancarkan pembuangan. :) Alhamdulillah pengambilan keduanya menyelesaikan kes sembelit. Lega!

Yang di highlight tu Ostematrix dan Alfafa untuk melawaskan pembuangan dan menggembirakan hati ketika melancong!



Bolehlah menikmati waktu 'cruising' di Selat Bhosphorus dengan tenang sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang laluan - Asean part and Europe part di Istanbul.

(Ni salah satu bangunan yang terdapat di selat Bhosphorus)

Harga Ostematrix: RM62
Harga Alfafa: RM53

Kepuasan melancong dengan tenang: Tak terbayar dengan harga Alfafa dan Ostematrix tu tadi.


NAK ATASI SEMBELIT?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTASI PERCUMA















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...