Nama Siti Nurhaliza tak perlu diperkenalkan lagi. Siti si manis 17 waktu dikenali dulu sudah bergelar Dato' Siti pula. Kejayaan berterusan Dato' Siti dari mula mencipta nama hingga kini memang menjadi inspirasi. Apa saja yang dibuatnya, diwar-warkan, akan jadi ikutan. Sebab tu sekarang ramai dah kenal tudung Dato' Siti .
Selain kejayaan mencipta nama, Siti juga jadi sebutan kerana kecantikannya. Hingga kini, walau sudah memasuki 3 series, Siti masih berseri. Kata Siti waktu saya menonton Nona di TV3 tadi, dia mengamalkan 4 perkara:
1. Rehat yang secukupnya. Gunakan waktu yang terluang sebaik mungkin. Dapatkan tidur yang cukup.
2. Bersenam, menggerakkan otot dan menyahkan toksin tubuh melalui peluh.
3. Jaga pemakanan. Pastikan mengambil supplemen, terutama vitamin larut air yang perlu sentiasa diganti. Vitamin B (B for Beauty) dan Vitamin C tentunya (C for collagen - gam dlm badan yang mencantumkan sel-sel agar kulit lebih cantik dan tegang).
4. Jaga juga kecantikan dalaman - buang hasad dengki, penuhkan hati dengan cinta dan kasih sayang - yang ni Siti tak sebut kot tadi.
5. Pilih produk penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan kulit anda.
Anda peminat Siti? Ikutilah tips-tips berguna ni ye :)
Shaklee punya rangkaian supplemen yang terbaik dan mampu dimiliki. Dari vitamin untuk kecantikan dan kesihatan hinggalah set penjagaan rumah - set get Clean.
Andai ada rezeki, mau juga saya mengesyorkan Shaklee pada Siti (entah-entah Siti memang makan Shaklee ni tak?). Setakat ni, mantan PM Dr Mahathir selebriti paling terkenal juga mengamalkan supplement ini. Jadi tak ada keraguan lagi kalau Dato Siti pun mau mencuba. Anda juga boleh cuba.
No comments:
Post a Comment