Sejak mula menggunakan Basic H Shaklee ini untuk cuci kereta, saya sangat berpuas hati. Sebelum ni, kalau tak ada syampu cuci kereta yang sebenar, saya akan cuba guna syampu rambut atau shower foam. Tapi nanti akan ada kesan-kesan sabun walaupun disiram air bergelen-gelen. Nampak bertampuk-tampuk. Bila paka Get Clean Basic H, semuanya bersih. Puas hati! Cuci tayar yang penuh gris tu pun senang je. Sesudu basic H di campur 4 liter air. Boleh guna untuk kereta yang tak dicuci selama 2 bulan. Maklumla, bila kereta lama ni, semangat nak mencuci kereta tu dah kurang. Asal boleh kenal kereta tu selagi tu tak cuci. Alih-alih, tunggu balik kampung la baru nak menggilap balik debu-debu dan menggilap tayar.
Selain untuk cuci kereta, saya juga gunakannya untuk:
1. Rendam sayur yang dah layu. Masa ni, yang layu boleh jadi segar semula. Bukan itu saja, yang lebih menakjubkan, nampak ada hitam-hitam macam sisa racun je yang tanggal dari sayur tu. Kalau sekadar rendam dalam air selama sejam, partikel hitam tak akan keluar melainkan direndam dengan Basic H. Kuantiti Basic H yang perlu cuma 2-3 titik. Jimat.
Sayur layu A (tanpa Basic H)
Sayur layu B (ditambah Basic H)
Selepas dibiarkan beberapa ketika. Sayur B dah jadi segar, sampai terkeluar dari besen, tapi sayur A masih layu.
Sayur A dan B dari jauh.
Kotoran hitam yang keluar dari sayur yang direndam Basic H.
2. Tanggalkan kesan putih/kuning deodoran pada bawah lengan baju/singlet.
Sapukan Basic H pada bahagian kotoran degil. Rendamkan dan basuh seperti biasa.
Tadaaaa. Bersih dah.
3. Basuh peralatan berkarat kerana air. Contoh, cerek!
Sebelum.
Selepas disental dengan Basic H.
4. Cuci cermin/tingkap. Kerja mengelap tingkap dah jadi kegemaran pulak sekarang. Senang. Campurkan 3-4 titik basic H dalam sprinkler, sembur ke cermin, dan lap. Senang cuci dan bersih. Tak ada kesan macam sabun.
5. Mop lantai.
6. Cuci bilik air terutama mozek yang kekuningan kerana karat air dan kulapok pada lantai.
7. Cuci pinggan mangkuk. Terutama kalau yang berminyak. Saya guna Basic h buat cuci pinggan mangkuk masa Raya Haji. Maklumlah, semua makan daging dan berlemak time tu. Nasib baik ada basic H stand by kat kampung. Kerja mencuci jadi mudah. Dan sekarang, sejak-sejak mood buat cookies datang, Basic H diguna untuk cuci bekas adunan yang berminyak kerana mentega.
8. Siram pokok. Di US, ada yang gunakan untuk kebun mereka. Tengok sini. Mereka menggantikan baja kimia bertoksik dengan basic H.
Walau diguna untuk bermacam-macam perkara, belum pun sehabis sebotol yang saya guna. Ini kerana ianya sangat pekat. Dari botol 16oz (473ml), kegunaannya bersamaan dengan 48 gallon air!
Jimat, praktikal, dan selamat untuk kita, juga untuk alam sekitar. Formula tanpa toksik, semulajadi, pekat, mesra alam (biodegradable) dan bebas FOSFAT.
No comments:
Post a Comment