Followers

Sunday, April 1, 2012

Virus gembira dari blog Barely Supermommy

Saya baru selesai membaca kesemua entri Dr Halina di blog beliau, Barely Supermommy. Ye, Dr Halina isteri kesayangan angkasawan Malaysia, Dr Syed Muzaffar tu. Siapa tak kenal selebriti kesayangan ramai ini kan.

Saya tak pernah kenal Dr Halina secara dekat. Namun, sejak beliau mula diperkenalkan sebagai tunang Dr SMS kepada umum, lebih-lebih lagi ketika media membuat liputan perkahwinan mereka, jauh di dalam hati saya merasakan Dr Halina bukan saja cantik luarannya malah dalamannya juga. Beliau suka senyum. Nampak ikhlas. Wataknya ceria disamping jejaka idaman Malaya. Tak nampak macam berlakon pun. Saya jadi jatuh hati pada Dr Halina sejak menonton siaran langsung perkahwinan beliau. Beliau pengantin paling cool yang pernah saya tonton di siaran langsung. Senyum sepanjang masa, melambai-lambai pada rakan taulan tanpa kontrol-kontrol walau ketika itu dirakam. Saya jadi kagum dan rasa nak tabik spring masa tuh. 

Hari ini, saya terjumpa blog beliau. Blog Barely Supermommy, berkisar perkembangan Sophea Isabella, puteri sulung kesayangannya. Saya senyum sepanjang membaca entri terakhir hingga pertama (Ye, saya baca terbalik kerana blog tak ada muka surat). Ia ditulis dalam bahasa mudah, seperti orang bercakap dan ketawa. Itu yang buat saya tergelak bila baca "hahaha".  Siap boleh bayangkan, masa tulis ni mesti Dr Halina tulis sambil senyum dan gelak-gelak. hehe. Aura gembira dari blog dr Halina berjangkit pada saya. Ah! Buat saya teringat kata-kata motivator kesukaan saya sekarang, Prof Muhaya. Bahagia bermula dari dalam. Apabila hati bahagia, persekitaran akan jadi bahagia (Bahagia di hati Dr Halina tersebar pada saya dah, walau cuma melalui blog).

Jadi, jomlah blogger sekalian, tulislah kegembiraan anda. Moga menjadi penyebab kegembiraan orang lain juga. 

Harapan saya pada Dr Halina, teruskan menulis :). Jadi inspirasi, saling memberi, saling berkongsi. Semoga Dr Halina dipertemukan dengan pembimbing yang baik untuk berjaya dalam misi hijrah yang telah dimulakan. Hijrah yang kecil namun bermakna (kata Prof Kamil, kecil tapi signifikan). Hijrah menjadi muslim dan mukmin, seterusnya jadi inspirasi untuk muslim muda yang mencari-cari idol. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...