Kali pertama saya cuba memahami beta karoten, salah satu antioksidan penting yang diperlukan tubuh selain Vitamin E dan Vitamin C. Kumpulan antioksidan yang lengkap dikenali sebagai ACE.
A - Vitamin A. Vitamin A terdapat dalam dua bentuk - Vitamin A dan beta karoten. Pengambilan beta karoten adalah lebih selamat keran ia akan ditukar kepada Vitamin A hanya apabila diperlukan. Jadi, tiada kebimbangan terlebih dos vitamin A di sini.
C - Vitamin C yang larut air sangat penting untuk melawan radikal bebas yang bermaharajalela di seluruh salur darah.
E - Vitamin E larut lemak, melawan radikal bebas dalam lemak la ye.
Kebiasaan saya cuma mengambil Vitamin C, kadangkala Vitamin E. Baru kali ini tertarik dengan Vitamin A pula, yang dijenamakan sebagai Carotomax oleh Shaklee. Saya mula tertarik dengan Carotomax selepas pulang membeli belah semalam.
Ini kerana, rakan saya ada beli pelembap yang mengandungi Astaxanthin. Kesemua rangkaian produk jenama ini mengandungi Astaxanthin - dari pencuci muka, toner, serta pelembap. Bahan ini di 'highlight' sebagai kelebihan jenama ini. Dari sini, bermulalah siasatan saya.
Apa itu Astaxanthin? Apa kelebihannya? Apa manfaatnya? Apa fungsinya? Istimewa sangatkah Astaxanthin ini hingga dihighlighht sebegitu rupa?
Hmm..memang astaxanthin ada kelebihannya tersendiri. Setelah saya menyelidik, salah satu produk Shaklee kegemaran saya juga ada mengandungi astaxanthin:
Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena,
astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang
memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan
dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada
buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir. *
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
**Sambungan astaxanthin akan dikongsi selepas entri ini.
**Sambungan astaxanthin akan dikongsi selepas entri ini.
No comments:
Post a Comment