Followers

Thursday, February 23, 2012

Enfuselle Eye Treatment : Mengurangkan kedut bawah mata


Dilema wanita di awal 30-an. Menuju 3 siri, wanita mula mengalami perubahan-perubahan hormon dan gangguan emosi. Gangguan emosi kerana belum cukup berjaya, belum cukup kaya, belum cukup berjasa, dan makin kelihatan TUA. Kedut-kedut mula kelihatan. Paling ketara, kedut bawah mata.

Saya juga mengalami simptom di atas. Kedut bawah mata memang kelihatan jelas. Risau. Sesuatu harus dilakukan. Tindakan yang berbaloi, mudah, dan berkesan. Iklan produk mengurangkan kedut bawah mata di televisyen dan majalah kelihatan mengujakan. Ye lah, dalam iklan tak sampai 2 minit, sekejapan sahaja kedut-kedut itu hilang. Siapalah tak teruja kan? Tidak mahu terpengaruh dengan iklan semata, saya cuba bertanyakan rakan-rakan mengenai produk-produk ini. Hasil soal selidik mendapati, iklan tidak boleh dipercayai, keberkesanannya diragui. 

Namun, saya tetap mahu mencuba walau sekali saja. Kalau tak jadi, tak perlu lagi percaya sampai bila-bila. Jadi, saya memilih untuk mencuba Enfuselle Eye Treatment. 







Mula-mula beli, memang bersemangat waja nak menempek di bawah mata. Biar semua kedut hilang segera. Tiubnya kecil sahaja. Cuma 14ml. Dari hari pertama, hingga kini, dah nak masuk 3 bulan, belum habis guna. Gunanya cuma sikit saja, satu titik kecikkkkk (sebesar tahi lalat sahaja) di sapu setiap kali, pagi dan malam. Bulan pertama, tak ada perubahan ketara. Bulan kedua, tak sempat nak belek muka, cuma sebelum pergi kerja memang sapu juga di bawah mata. Dah masuk bulan ketiga ni, baru perasan yang garis-garis kedut yang ketara dulu dah hampir hilang.
Misi berjaya!

Kesimpulan: Enfuselle Eye Treatment ni boleh diharapkan untuk menghilangkan kedut bawah mata. Cuma, perlukan kesabaran, tunggulah sekurang-kurangnya 3 bulan. 

-Testimoni Enfuselle Eye Treatment yang berjaya oleh tuan empunya blog-


_____________INFO DARI WEB SHAKLEE_________________________



Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...