Followers

Wednesday, March 19, 2014

Ubat Hati Yang Sakit

Luka di tangan nampak darahnya, luka di hati tak siapa tahu. Gitulah monolog jiwa di kala hati sedang resah. 

** Dah boring cerita pasal vitamin je, kita cerita pasal hati dan perasaan pula ye :) **

Ubat hati yang dimaksudkan di sini bukanlah ubat untuk penyakit fizikal yang melibatkan hati macam Hepatitis tu ye. Yang tu kita cerita lain kali.

Hati ialah...jantung jika mengikut tafsir bahasa arab yang diterjemah dari kata "Qalb". 
Kerana itu, bila hati sakit, marah dan geram, ada perbezaan pada denyutan jantung. Jantung berdegup lebih laju bila marah atau terkejut. 

Bagi melegakan hati yakni jantung yang sedang memendam rasa marah, sakit hati, dendam, benci, sedih ini, ubatnya ada 5. 5 Ubat hati seperti yang dilagukan oleh Opick.

  • Baca Al-Quran - kata-kata dari Al-Quran adalah dari Allah. Akan ada ayat yang menghiburkan dan menenangkan tiap kali membaca dan mentadabburnya. Pengajaran dan perasaan juga berlainan tiap kali mengulang baca walau ayat yang sama. Al-Quran kan mukjizat Allah yang agung.
  • Solat malam -- malam yang sunyi, disibukkan dengan solat akan mendatangkan khusyuk ke dalam hati. Lain perasaannya bila solat di siang hari dalam kesibukan bekerja dalam waktu yang menghambat dibanding solat di malam yang dingin, tenang dan sunyi. 
  • Zikir - zikir yang baik, menyebut kata-kata yang baik lebih-lebih lagi menyebut nama Allah dan menyebut kebesarannya mendatangkan aura yang positif, menyahkan aura negatif. Lebih banyak kata yang positif, lebih tenang hati dan perasaan jadinya.
  • Mencari ilmu, duduk di majlis ilmu. Majlis ilmu dinaungi malaikat. Oleh itu, hati lebih tenang berada di dalamnya.
  • Bergaul dengan orang soleh - Orang soleh selalu berbicara pasal ilmu, memberi nasihat, takde gosip-gosip liar yang lebih menyemakkan otak.
Tenang itu boleh dicari dalam 5 perkara ini. Mudah diamalkan. Tiada kos. Terbukti berkesan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...