Followers

Saturday, October 1, 2011

Kenali Vitamin B - B Happy

Kumpulan Vitamin B merupakan keluarga yang besar. Ada 8 beradik dan 4 sepupu.

B1 (Thiamin): 
Penting untuk sistem saraf, memori, dan menukarkan makanan kepada tenaga.

B2 (Riboflavin): 
Membebaskan tenaga dari makanan. [Jadinya, selepas makanan dikerjakan oleh Thiamin, badan memerlukan Riboflavin pula untuk memerdekakan tenaga tersebut]. Selain itu, ia juga kritikal untuk perkembangan sel, terutama sel darah merah serta membuat hormon-hormon dalam badan.

B3 (Niacin):
Lebih dari 50 proses dalam badan termasuklah pembebasan tenaga dari makanan, membuat hormon, nyahtoksik bergantung pada Niacin. (Kelihatannya fungsi Niacin agak bertindan dengan fungsi Thiamin dan Roboflavin. Sebenarnya, mereka saling memerlukan untuk melakukan proses tersebut. Mereka bekerjasama! Seperti Wonderpets).

B5 (Phantothenic Acid):
B5 bekerjasama erat dengan ahli B yang lain untuk memecahkan lemak, protien dan karbohidrat dan menukarkannya kepada tenaga. Ia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan Vitamin D (ye, sesetengah vitamin boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri sementara yang lainnya tidak), hormon dan sel darah merah.

B6 (Pyridoxin):
Tugas utama B6 adalah mengerah asid amino dalam badan untuk menghasilkan lebih 50 ribu protien yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. {Lihat ye, perlu ada asid amino sbg bahan, B6 sebagai mandur untuk hasilkan protien, dan protien pula sangat penting utk fungsi badan yang sempurna. Semuanya saling berkait. Kekurangan salah satu daripadanya akan merencatkan keseluruhan sistem).

B7 (Biotion):
Kadangkala, B7 turut dikenali sebagai Vitamin H. Fungsi Biotin hampir sama dengan B5, tapi bukan bermakna B7 boleh diabaikan. Kekurangan B7 bermakna, anda juga kekurangan B yang lain. -- Ingat konsepnya, mereka perlu disatukan supaya semua berjalan lancar. Bersatu teguh, bercerai roboh.

B9 (Asid folik):
Adik beradik B paling glemer di kalangan ibu mengandung. Ini kerana fungsinya adalah untuk pembentukan, pertumbuhan, perkembangan sel. Juga supaya sel-sel kita terbahagi dengan sempurna (ingat tak kita pernah belajar yang setiap kita akan berpecah kepada 2, lagi dan lagi?). Oleh kerana ia berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat, ia sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Kesan utama kekurangan asid folik pada ibu mengandung yang berkait dengan bayi dikandung adalah berlakunya 'spina bifida'.

Asid folik bukan sahaja penting untuk sel yang sihat tapi juga emosi yang stabil dan ceria. Salah satu penyebab tekanan dan depresi adalah kerana kekurangan asid folik (Makan banyak-banyak asid folik kalau anda stress). Ia juga sangatlah penting untuk pastikan arteri terbuka dengan luasnya bagi mengurangkan risiko anda diserang strok dan sakit jantung.

B12 (Kobalamin):
Memproses karbohidrat, protien dan lemak dari makanan kepada tenaga. Ia juga berfungsi melindungi sel saraf, memastikan sel darah merah sihat dan menghalang jangkitan pada hati.

Setiap satu dari B di atas mempunyai peranan masing-masing yang saling bergantung antara sama lain bagi melaksanakan tugasan masing-masing. Kekurangan salah satu daripadanya bermakna fungsi yang lainnya akan terjejas. 

Satu lagi fakta yang harus anda tahu, Vitamin B akan bekerja dengan efisien dengan kehadiran Vitamin C. Kekurangan Vitamin C juga mempengaruhi peranan vitamin-vitamin B di atas. Kedua B dan C adalah dari kumpulan asid larut air, jadi setiap yang masuk akan keluar melalui peluh/air kencing. Jadi, setiap hari kita memerlukan bekalan B dan C yang secukupnya. (Inilah sebabnya kenapa B & C adalah Vitamin wajib saran kepada anda setiap kali anda menemui pengedar Euphoria termasuk saya :) ).

Panduan untuk anda memilih vitamin (selain dari sumber makanan mentah), pilih B-complex yang mengandungi kesemua 8 beradik B di atas dan juga 4 sepupu mereka (choline, inositol, PABA, dan lilpoic acid).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...