Seorang rakan saya bertanya set yang sesuai untuk beliau. Beliau seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang comel (tidak lagi menyusu) dan bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang elektronik terkenal di bahagian pengeluaran (production).
Jadi, saya cadangkan set basic, set A yang mengandungi Vitalea, B-complex dan vitamin C. Sebelum beli, beliau bertanyakan status halal Shaklee. Bagus, tanya dulu baru puas hati. Shaklee memang diperakui status kehalalannya oleh Islamic Services America dan badan ini diiktiraf JAKIM. Jadi, tiada keraguan tentang status HALAL.
Selepas seminggu, saya bertanya pengalamannya. katanya, mula-mula rasa pening-pening. Tapi, beliau minum air banyak-banyak dan teruskan pengambilan, tiada lagi rasa pening-pening tu. Rasa pening adalah kesan daripada krisis pemulihan sekiranya badan kekurangan air.
Kebaikan yang beliau dapat selepas ambil Shaklee, beliau boleh derma darah! Sebelum ni mesti tak boleh derma sebab tekanan darah rendah, kurang Iron dan sebagainya. Orang yang sihat boleh buat lebih banyak kebaikan kan :). Alhamdulillah ia membantu beliau jadi lebih sihat dan membolehkan beliau memberi bantuan kepada orang lain yang memerlukan. Dah sihat, cukup syarat boleh derma darah pula.
Bagaimana tekanan darah rendah kembali normal selepas ambil Set A?
Dalam set A, terdapat Vitalea yang mengandungi 23 vitamin penting untuk keperluan tubuh. Antaranya ialah Vit D3 dan Kalsium. Penyelidikan menunjukkan vitamin D3 DAN kalsium membantu proses penyeimbangan tekanan darah.
Vitamin D3 DAN kalsium bukan sahaja perlu untuk orang yang mempunyai tekanan darah rendah, tetapi juga sangat penting untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi kerana fungsinya yang menyeimbangkan sistem tekanan darah.
Sumber Vit D boleh didapati daripada:
* Salmon
* Susu
* Tuna
* Telur
* Cendawan
Kebaikan Vitalea (Multivitamin paling lengkap)
* 2x ganda kalsium untuk menyokong pembentukan dan penyelenggaraan tulang
* 2x Vitamin D untuk menyokong penyerapan kalsium, kekuatan tulang dan gigi.
* 2x beta karoten dari sumber asli berasaskan tumbuhan
* 2x Vitamin E yang menguatkan imunisasi, menjaga kesihatan jantung dan sel badan.
* 2x Magnesium untuk mengawal degupan jantung, juga bagus untuk nerve and muscle function.
*3x vit K yang menyokong metabolisme tulang dan melancarkan pengaliran darah.
*10 times the biotin, a catalyst for energy production
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
DISCLAIMER: Shaklee bukan ubat untuk merawat penyakit anda, ia adalah makanan tambahan untuk membantu anda mendapatkan hidup lebih selesa dan sihat. Rujuk doktor bertauliah untuk nasihat kesihatan.
menarik..akak share di blog ye
ReplyDeletesalammm.....boleh tak nak share kat blog jugek.
ReplyDeletesila-sila :)
ReplyDelete