Followers

Showing posts with label Vitamin Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Ibu Hamil. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Hamil Lewat Usia: Risiko dan Cara Mengatasi

Gembira hamil walau di usia agak lewat
(google image)
Kata pakar, usia terbaik untuk hamil adalah pada umur 20-an dan awal 30-an. Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas lebih berisiko untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Namun begitu, fenomena kahwin lambat mengakibatkan kadar kehamilan selepas umur 35 tahun lebih tinggi pada ketika ini. Justeru walaupun berisiko, positif mengandung anak pertama tetap membahagiakan.

Kadangkala, kehamilan lewat usia ini juga berlaku tanpa dijangka. Anak 'bongsu' yang ada sudah di usia remaja, tiba-tiba dapat khabar hamil lagi anak 'bongsu' kedua. Surprise betul!

Tak kira apa pun sebabnya, takut dan risau pasti terselit di hati lantaran faktor usia yang sudah agak lewat. Soalnya, apakah risiko mengandung selepas 30-an atau 40-an? Adakah risiko ini boleh diatasi?

Positif mengandung umur 40 tahun?
Bertenang dan fikir yang positif saja :)

Risiko hamil lewat pada ibu dan bayi

  • Kadar keguguran lebih tinggi
  • 1% daripada kehamilan di usia ini berisiko mendapat bayi down syndrome
  • Kegagalan saraf tunjang pada bayi
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai imunisasi rendah dari bayi normal
  • Kecacatan pada bayi kerana kecacatan kromosom
  • Keletihan melampau pada ibu
  • Risiko kesihatan bagi ibu berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  • Masa kelahiran (labour time) lebih lama


Cara Mengurangkan Risiko Hamil Lewat

  • Jaga pemakanan - ikut diet sihat untuk ibu mengandung
  • Elakkan kerja berat dan aktiviti lasak
  • Rehat secukupnya
  • Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual
  • Dapatkan pandangan dan nasihat pakar
  • Dapatkan sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga
  • Berfikiran positif dan elakkan tekanan perasaan
  • Pastikan pengambilan supplemen secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi. Asid folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang pada bayi. Ia sebaiknya diambil sebelum hamil -- jadi, make sure ini vitamin wajib ya wanita yang dikasihi sekalian.
  • Supplemen semasa hamil yang perlu:
    • Asid folik dan B-Complex
    • Zat besi
    • Multivitamin dan Multimineral
    • Kalsium
    • Vitamin C
    • Omega-3
    • Protien
Kesimpulan, tiada masalah untuk hamil walaupun berusia asalkan kesihatan ibu di tahap optima.
Suplemen semasa hamil dari Shaklee
Call/SMS/Whatsapp Pengedar Shaklee untuk order: 019-959 8249


Ini contoh ibu yang hamil anak keempat pada usia 34 tahun (walaupun belum 40-an, tapi kategori dah agak lewat). Beliau pada asalnya sangat lemah tak bertenaga, tapi telah mencuba makanan tambahan. Hasilnya, kesihatan bertambah baik. Tenaga pun bertambah. Mampu berpuasa penuh. Anak yang lahir sihat dan cergas :)
 


Pengalaman Selebriti Hamil Pada Usia 40-an

Didie Alias, 41:
OK. Cuma penat sikit sebab dah usia macam ni. Alahan tak teruk, sama macam anak-anak yang sebelumnya.
Alhamdulillah kandungan OK, takde masalah.
Syukur dengan rezeki ini walaupun kehamilan kali ni sebenarnya tak dijangka. Anak 'bongsu' dah besar, baru nak mengandung lagi 'bongsu' kedua.

Azizah Ariffin, 42: 
Pernah gugur 4 kali sebelum kehamilan ke-5 berjaya.
Mengamalkan pemakanan sihat dan pemakanan sunnah - jus kurma dan susu kambing setahun sebelum mengandung.
Cepat letih dan tak boleh buat kerja berat.
Dapatkan nasihat pakar dan sokongan motivasi. Sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki Allah. Beri lebih perhatian ketika trimester pertama. Insyaallah kandungan selamat hingga melahirkan.

Linda Jasmin:
Jarak kelahiran yang jauh membuatkan hamil lagi kali ini macam pengalaman ibu muda. Kehamilan terakhir 10 tahun lepas.
Banyak membaca info kehamilan sebagai panduan.
Lebih kerap lakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Jaga kesihatan ibu dan keselamatan kandungan. Insyaallah bayi lahir sihat, aktif dan bijak.

Anda mahukan suplemen terbaik semasa mengandung?

Biar saya bantu dengan konsultasi Percuma.
Hubungi Yong 019 959 8249

Sunday, December 8, 2013

Hamil lagi selepas 4 tahun menunggu...Alhamdulillah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hasrat untuk hamil lagi dimakbulkan selepas 4 tahun melahirkan anak kedua. Baru semalam saya mendapat khabar gembira yang tak disangka ini dari pelanggan yang saya kasihi :). Curious jugak mula-mula dia whatsapp dan tanya sama ada vitamin set kesuburan tu boleh teruskan tak ketika mengandung. Lepas tu tanya macam-macam tentang vitamin untuk ibu mengandung. :)
 
Rupa-rupanya....
 
SET SUBUR SHAKLEE TESTIMONI
Berjaya hamil! Alhamdulillah.



Ada 2 line merah kat UPT! Positif hamil! Alhamdulillah.
 
Dari bulan Julai lagi customer saya yang sebelum ni cuba set kecantikan kulit (Vitamin E + BComplex + Vitamin C) bertanyakan tentang set kesuburan Shaklee. Kemudian bulan Nov beliau memesan GLA complex, Zink, Vitalea, dan BComplex untuk melengkapkan vitamin sedia ada untuk kesuburan suami isteri.
 
Sunnatullah orang berusaha, pasti Berjaya. Dengan izin Allah jua.
 
Nota: Beliau pernah keguguran, mengandung luar rahim dan dibuang sebelah tiup fallopionya. Subhanallah Allah masih memberikan peluang untuk hamil.
 
Cerita ini saya kongsi sebagai motivasi kepada pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat. Teruskan usaha. Teruskan berdoa. Mudah-mudahan berhasil, Insyaallah :)
 
Doakan customer saya ni ye. Semoga kehamilannya dipermudahkan hingga melahirkan cahaya mata yang sangat diinginkan ini. Moga anak yang bakal lahir sihat, selamat dan membawa kebahagiaan untuk ibu dan ayah, di dunia sampai akhirat.
 
*Mahu cuba set kesuburan Shaklee, boleh hubungi saya untuk konsultansi. Konsultansi percuma sahaja :).

 
NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK

 
DISCLAIMER:
Perlu diingat, set kesuburan ini memang untuk meningkatkan peluang kehamilan, tetapi tiada jaminan yang dapat saya berikan yang puan akan hamil segera. Semua dengan izin Allah jua.
 
 

Sunday, May 19, 2013

Vitamin tambah darah

Vitamin tambah darah amat disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah kurang darah/anemia dan low HB. Masalah kurang darah/anemia adalah disebabkan keadaan kurang sel darah merah atau kekurangan haemoglobin dalam darah. Ia biasa terjadi pada remaja yang mengabaikan pemakanan seimbang, wanita mengandung, dan orang berusia.

Penyebab kurang darah/anemia/low HB:

  1. Kemalangan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.
  2. Kerosakan sel darah merah.
  3. Kekurangan zat besi (iron), Vitamin B-12, dan asid folik.
  4. Penyerapan vitamin yang tidak berkesan.
 
Masalah kurang darah boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan sihat yang mengandungi lebih zat besi, vitamin b-12 dan asid folik. Adalah lebih baik menjadikan pengambilan supplemen sebagai tambahan kepada usaha mengatasi masalah anemia ini. Maklumlah, kadangkala ramai yang bosan asyik kena makan sayur bayam, makan telur, makan ayam, makan daging hari-hari kan.

 Ini cerita penuh kejutan ibu mengandung yang sering anemia, akhirnya Berjaya diatasi dengan pengambilan suplemen lengkap untuk tambah darah.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

 

 

Vitamin Tambah Darah

Terdapat 4 vitamin penting untuk tambah darah:
  1. Pengambilan multivitamin yang dilengkapi Iron. Cadangan saya, dapatkan Vitalea Shaklee with Iron Formula.
    • Kenapa Iron penting untuk tambah darah?
      • Perlu difahami bahawa low hb/anemia/kurang darah adalah disebabkan kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut. Pengangkut oksigen dalam darah adalah IRON! Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia/low HB...yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa!
    • Dos yang disarankan: 2 biji Vitalea sehari.
  2. Tambah dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian melalui pengambilan B-Complex.
    • Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.
    • Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.
    • Kenapa perlukan B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) untuk mengatasi masalah anemia?
      • Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fungsi antara satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.
    • Dos sehari: 1 biji.
  3. Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi, asid folik dan B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya menyia-nyiakan pengambilan vitamin tambah darah tadi..lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.
VITAMIN TAMBAH DARAH
 
 
NAK TAMBAH DARAH, TINGKATKAN HB?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 

Tuesday, December 11, 2012

Vitamin Kesuburan Untuk Cepat Hamil

SAYA NAK MENGANDUNG CEPAT-CEPAT
Saat kehamilan yang diidamkan setiap wanita bergelar isteri

Musim sekolah macam sekarang ni, ramai yang buat kenduri. Walimatul urus meraikan pasangan pengantin baru. Setelah selesai bab melangsungkan perkahwinan, tiba pula bab merancang rumah tangga. Salah satu bab penting, nak dapat anak! Ada yang nak cepat-cepat mengandung, nak timang cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka, pelbagai perancangan dan persediaan dilakukan. Pelbagai tips dan petua dicuba semata-mata mahu hamil segera. Teruja!

Apabila berbicara nak hamil cepat ni, soal kesuburan suami dan isteri menjadi faktor penting. Walaupun yang mengandung nanti adalah isteri, suami jangan pula buat tak endah kesihatan sendiri. 

Jadi, apabila sesetengah pasangan bertanya, "Kak, ada tak vitamin nak subur?"
Maka, kakak ini akan tanya balik, "Nak vitamin untuk suami atau untuk isteri je?"

Vitamin Kesuburan untuk Isteri

GLA Complex (Omega-6) : 

  • membetulkan kitaran haid untuk mengenalpasti 'hari-hari subur', meninggikan peluang persenyawaan antara ovum dan sperma. GLA Complex Shaklee diperbuat dari borage oil, sumber berbeza dari EPO, untuk fungsi yang sama - membantu kesuburan wanita. Ia juga membantu dalam masalah 'telur kecil'.

Vitamin Kesuburan untuk Suami

Vitamin E: 

  • membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Kebanyakan lelaki tidak subur kerana masalah radikal bebas yang merosakkan sperma. Oleh kerana sel membran sperma jenis 'berlemak', ia perlu dilindungi oleh vitamin antioksidan larut lemak iaitu Vitamin E.

Zink:

  • Zink diperlukan untuk membina testeron dan hormon-hormon penting bagi lelaki. Selain itu ia juga untuk pembentukan sperma sihat dan semen. Jadi, ternyata bekalan zink yang mencukupi membantu meningkatkan kesuburan seorang suami. Kajian menunjukkan lelaki yang mengambil supplemen ini selama 6 minggu mempunyai paras testeron  dan bilangan sperma lebih tinggi, dan...isteri mereka berjaya mengandung! Alhamdulillah.
Selain vitamin khusus di atas, vitamin-vitamin lain yang perlu dikongsi suami isteri adalah:

B-Complex (Asid folik): 

  • Asid folik sentiasa memainkan peranan penting untuk seorang wanita, tak kira sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Vitamin C:

  • menghapuskan radikal bebas yang mengancam keselamatan sperma, ovum dan ovum yang telah disenyawakan. 


SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI


Usaha, doa dan tawakal. Insyaallah...

Tak sabarnya nak cium bau baby!

Ini salah satu testimoni pelanggan saya yang Berjaya hamil selepas 5 tahun mencuba. terharu sangat rasanya. Alhamdulillah. Allahuakbar!



NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 

Monday, November 12, 2012

Minyak Ikan terbaik untuk ibu hamil

Assalamualaikum..


Ibu hamil memerlukan lebih nutrien untuk kesihatan dirinya dan juga bayi. Oleh itu, selain dari zat besi untuk mengawal paras hemoglobin (HB), asid folik untuk perkembangan fetus, kalsium untuk pembentukan tulang, seorang ibu juga memerlukan minyak ikan atau nama saintifiknya Omega-3. Minyak ikan/Omega-3 membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak janin. Pasti ibu-ibu mahukan anaknya lahir cerdas dan pintar. Jadi, perkembangan awal otak bayi sangat-sangat kritikal.

Otak janin mula berkembang ketika kandungan berusia 6 bulan, waktu terbaik untuk si ibu memulakan pengambilan minyak ikan. Minyak ikan atau Omega-3 mudah didapati dalam bentuk makanan tambahan/supplemen di rak-rak farmasi. Namun, bagaimana memilih supplemen terbaik dari pelbagai jenama di rak farmasi?

Perkara utama yang perlu diteliti pada label ialah kandungan EPA dan DHA. Lebih baik jangan terpengaruh dengan jumlah kandungan minyak ikan kerana seringkali terjadi, ratio kandungan EPA dan DHA amat rendah berbanding kandungan keseluruhan.


Contoh perbandingan jumlah kandungan minyak ikan vs EPA dan DHA dalam beberapa produk terkenal di pasaran. Teliti label, anda akan lihat perbezaannya. Omega Guard Shaklee mempunyai lebih EPA dan DHA yang diperlukan untuk ibu dan bayi. 

OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee - minyak ikan terbaik untuk ibu dan bayi.

Tips pengguna bijak

1. Bandingkan harga keseluruhan dan kira harga sebiji/satu kapsul vitamin. Kadangkala pengguna merasakan produk A lebih murah tanpa menyedari produk A cuma ada 60 biji berbanding produk B yang ada 120 biji.

2. Bandingkan nilai vitamin tersebut dengan harga yang dibayar. Sebagai contoh, tujuan pengambilan Omega adalah untuk mendapatkan kebaikan EPA dan DHA, jadi kandungan EPA dan DHA haruslah pada tahap optimum setara dengan harga yang dibayar. Jangan terpedaya pada jumlah kandungan minyak ikan.

3. Buat bacaan dan research mengenai keperluan, kepentingan dan dos yang diperlukan sebelum membeli sebarang vitamin/makanan tambahan. 



Sunday, November 4, 2012

Set Hamil Shaklee Atasi Morning Sickness

Ibu sihat, kandungan sihat. Ketika hamil, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrisi amat dititik beratkan. Bukan sahaja kerana nasihat doktor, tapi atas kesedaran ibu sendiri. (Kerana itu set hamil Shaklee merupakan antara set laris dalam senarai jualan saya :) ). Ibu hamil pasti mahukan dirinya sentiasa sihat, bertenaga dan semestinya mahukan yang terbaik untuk anak di kandungan.

Namun, sebagai wanita hamil yang berubah hormonnya, tidak sedikit ibu-ibu di luar sana yang mengalami 'morning sickness'. Setiap orang mengalami alahan/morning sickness yang unik. Unik kerana ada juga yang mengalami alahan pada sebelah petang atau malam. Dah jadi evening sickness/night sickness ;)

Set Hamil Shaklee Boleh Mengatasi Morning Sickness??

Pengambilan set hamil Shaklee mungkin membantu sekiranya ada antara ibu mengalami alahan ketika mengandung. Kenapa?

Kajian menunjukkan, setiap satu dari tiga wanita yang mengambil pyridoxine berjaya mengatasi morning sickness yang dialami.

Apa itu PYRIDOXINE?

Pyridoxine ini sebenarnya ialah salah satu komponen vitamin B, yang juga dikenali sebagai B6.

Sumber PYRIDOXINE:

Ayam, daging, telur, ikan.

Cara untuk mendapat kebaikan OPTIMUM dari PYRIDOXINE:

Optimum apabila diambil bersama asid folik (B9), Niacin (B3) and Cobalamin (B12).

Set hamil Shaklee terdiri daripada:
Set Hamil Shaklee atasi morning sickness


B-Complex, Ostematrix (Kalsium), Vitalea (Multivitamin + Multimineral), Vitamin C, Omega Guard (minyak ikan).


Vitamin mana satu yang membantu mengatasi morning sickness ni?
Oh, tadi saya dah bagitau pyridoxine adalah kumpulan B-Complex. Dah tentu-tentu lah B-Complex jawapannya. Hehe.

Secara ringkas kepentingan nutrisi yang dibekalkan oleh set vitamin Shaklee untuk ibu hamil ini:

Vitalea: Membekalkan multivitamin dan multimineral penting untuk aktiviti harian. Dengan Iron formula ia membantu meningkatkan hb dan mengatasi anemia di kalangan ibu. 

B-Complex: Mengandungi asid folik, antara nutrien terpenting yang wajib ibu hamil ambil. Kekurangan asid folik mengundang risiko keguguran dan juga spina bifida pada bayi.

Vitamin C: Mengoptimumkan penyerapan vitamin B dan vitamin/mineral lain. Ia juga membantu ibu menjaga kecantikan ketika hamil. Ibu hamil harus tetap tampil cantik dan segar, juga menjaga keanjalan kulit.

Ostematrix: Bekalan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat. Ia juga bagus untuk membantu ibu-ibu tidur lena di malam hari, mengatasi sakit pinggang, sakit belakang, kebas kaki. Juga membantu masalah sembelit pada ibu hamil.



Kebaikan Set Hamil Shaklee secara keseluruhannya: Membantu ibu kekal bertenaga, menjalani tempoh kehamilan dengan tenang dan positif, serta menyediakan diri untuk menyambut kelahiran bayi yang sihat.


NAK JAGA KESIHATAN SEMASA HAMIL?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Monday, August 13, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Masa paling sesuai untuk mengambil Omega-3

Ibu mengandung, tidak kira kali pertama atau sudah berkali-kali selalu sahaja mahukan yang terbaik buat anak dalam kandungan.  Ibu-ibu mengandung tidak akan pernah lupa mengulang baca surah Luqman/Maryam/Yusuf supaya nanti anaknya menjadi anak yang cantik/tampan serta soleh/solehah.  Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian, ibu berharap agar anak dikandung menjadi anak yang cerdas dan pintar. 

Setelah diberi bekalan rohani melalui alunan ayat suci Al-Quran, ibu hamil pasti berusaha melengkapkan diri dengan nutrien yang membantu anaknya jadi cerdas dan pintar. Selalunya, bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik jadi pilihan, makanan-makanan kesukaan yang memudaratkan akan dihindarkan. Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan  Omega-3

Tuesday, July 17, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin D untuk kekuatan tulang ibu dan bayi

Sambung lagi perihal vitamin ibu hamil :).

Jika sebelumnya, kita kongsi perihal kepentingan asid folik untuk ibu hamil, jom gali lagi apa lagi vitamin penting untuk ibu hamil.

Dari pembacaan saya dari buku yang ditulis oleh doktor bertauliah dan juga maklumat dari carian google, Vitamin D termasuk dalam salah satu vitamin penting untuk ibu hamil (dan ibu menyusu). RDA yang disarankan pada ibu hamil dan menyusu adalah

Vitamin Ibu Hamil: ASID FOLIK mengelakkan risiko keguguran

Ibu-ibu hamil tidak akan pernah pulang tangan kosong setiap kali pulang dari klinik atau hospital. Pasti doktor akan membekalkan beberapa jenis vitamin yang amat diperlukan ibu mengandung. Ada antaranya vitamin umum, dan ada yang khusus mengikut keadaan kesihatan ibu.

Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan doktor adalah asid folik.

Asid folik
Asid folik atau nama keluarganya, B9 membantu pembangunan dan pembahagian sel dengan sempurna. Ia jadi SANGAT penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Salah satu risiko kekurangan asid folik pada ibu hamil/mengandung ialah

Friday, July 6, 2012

Susu Ibu Hamil yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi

Minum susu merupakan rutin wajib ibu hamil. Saya percaya, di dapur dan di pantri pejabat pasti ada bekalan susu untuk diminum. Ye lah, pengambilan kalsium ketika kehamilan kan sangat perlu dititikberatkan. Penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan pada masa yang sama untuk perkembangan bayi.


Saya juga percaya ibu-ibu banyak melakukan research sendiri sebelum memutuskan susu terbaik untuk diminum sepanjang kehamilan. Habis digeladah di seluruh ceruk google, di forum, tanya doktor itu ini, tengok review sana-sini, barulah kaki diheret ke farmasi/pasaraya untuk membeli susu. Susu terbaik untuk kehamilan. Susu terbaik untuk kesihatan diri selama mengandung dan mengendong bayi. Itu naluri biasa seorang ibu yang bersifat rahim, bersifat pengasih.


Mencari susu ibu hamil mungkin mudah kerana iklan di TV dan radio sangat banyak. Semua mempromosi kelebihan produk masing-masing. Bermacam-macam cap dah. 

Masalah akan timbul apabila ibu mempunyai ketidakserasian terhadap susu berlaktosa --- kebiasaannya susu lembu. Ada yang alergik, cirit birit selepas minum susu berlaktosa/susu lembu. Alternatif untuk ibu-ibu ini adalah bertukar kepada susu badam atau susu soya.

Apa yang perlu dipastikan apabila memilih susu soya untuk kehamilan:
  1. Pastikan ia membekalkan kalsium kerana ini tujuan utama ibu hamil minum susu.
  2. Pastikan ia dari sumber terbaik, elakkan dari sumber GMO yang digembar gemburkan diubah secara genetik dan ditakuti memberi kesan pada kesihatan jangka panjang. 
  3. Jika Soya GMO tidak baik untuk kesihatan, semestinya ibu hamil harus memilih soya jenis Non-GMO sahaja, yakni yang ditanam dan diproses secara alami. 
  4. Membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil melalui hari yang panjang dengan tenang dan selamba. Eh, Maksud saya, membolehkan ibu hamil menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa. Hamil bukan alasan untuk sentiasa terbaring di katil kan? :)
  5. Semak kandungan, pastikan kurang lemak, kurang kolestrol, rendah lemak untuk lebih sihat. Sihat ibu, sihat bayi Insyaallah.
  6. Memberi lebih nilai untuk harga yang anda bayar. Maksudnya, carilah susu soya yang memberi nilai tambah selain dari membekalkan kalsium semata-mata.

Protien Soya Shaklee (Engery SOy Protien) adalah pilihan terbaik sekiranya ibu sedang hamil dan tercari-cari alternatif kalsium selain susu berlaktosa yang mebanjiri pasaran - menepati kriteria di atas.

Kenapakah ESP Shaklee patut menjadi pilihan ibu hamil?



  1. 3 sudu ESP membekalkan 500mg kalsium, separuh dari keperluan harian. Ini bersamaan dengan 2 gelas susu.
  2. ESP Shaklee adalah soya jenis non-GMO, dihasilkan dibawah program Identify Preservation Program (IPP). Soya yang dihasilkan melalui pemantauan dan penjagaan yang teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Selamat untuk diminum seisi keluarga.
  3. Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana ia sumber tenaga yang konsisten. Orang yang mempunyai gastrik juga patut cuba ini. Insyaallah sangat membantu berdasarkan testimoni yang ada.
  4. ESP rendah lemak, tiada laktosa dan tiada kolestrol. Perfect!
  5. Mengandungi 5 vitamin B penting, juga isoflavin.
  6. Mengandungi kesemua asid amino penting untuk sintesis tubuh.
  7. Bonus: Ibu hamil yang pernah mengamalkan ESP mengatakan berat mereka lebih cepat turun selepas bersalin. Mudah untuk mendapatkan kembali berat ideal sebelum bersalin. Mungkin anda perlu cuba untuk mempercayainya.
  8. Bonus: Kulit ibu lebih halus.
  9. Bonus: Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran untuk memulihkan luka dalaman dan menyokong penyusuan susu ibu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
* Kenyataan diberikan adalah berdasarkan testimoni pengguna yang pernah mengamalkan produk ini. Hasil mungkin berbeza bagi setiap orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Pos untuk luar kawasan dengan harga tetap ke seluruh Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Hubungi untuk mendapatkan produk pada harga terbaik, konsultansi sepanjang bergelar pelanggan saya dan menjalinkan ukhuwah tentunya :)

Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-959 8249

Nota: Pastikan anda mendapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah sahaja untuk produk tulen, harga terbaik, dan khidmat nasihat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...