Followers

Showing posts with label tips berpuasa. Show all posts
Showing posts with label tips berpuasa. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Punca Ibu Menyusu Kurang Susu Ketika Berpuasa

Ibu menyusu sering risau berhadapan dengan Ramadhan. Takut susu kurang. Produksi kurang cemerlang. Tambah lagi kalau stok susu perahan memang dah kurang atau langsung tak ada. 

Anak menangis tak cukup susu
Kerisauan ini memburukkan keadaan. Bilamana fikiran dah selalu takut susu kurang, lalu itulah yang terjadi. Kajian mendapati, puasa tidak mendatangkan mudarat untuk si ibu berpuasa sambil meneruskan penyusuan/mengepam susu untuk anak tercinta. Tidak makan dan tidak minum di siang hari masih OK...asalkan ibu makan dan minum dengan diet yang seimbang dan betul ketika berbuka dan bersahur. Apa yang TERSANGAT PENTING bagi ibu menghasilkan stok seperi biasa, pastikan badan mempunyai cukup air. Dengan kata lain, kekalkan hidrolit dalam badan.

Kata kunci untuk menyusu seperti biasa di bulan puasa: diet seimbang dan cukup air.

Bagaimana mahu memastikan minum air secukupnya?
Sedari masuk waktu berbuka, cubalah minum air sedikit demi sedikit sehingga sahur nanti hingga mencukupi seperti lazimnya ketika tidak berpuasa. Jika di hari biasa minum 2-3 liter, di bulan puasa juga harus cukupkan kuantiti yang sama.

Minum sikit-sikit tapi kerap. Kalau tak boleh...FIKIRKAN BOLEH :). Boleh sebab mahu menyusu anak sambil berpuasa.

Kalau tak cukup air hari ni...natijahnya esok susu pasti kurang. Jika keadaan berterusan, setiap hari semakin kurang...akhirnya...

Kemudian, kurangkan perkara yang boleh menyebabkan ibu terhidrasi/merasa dahaga dengan cepat:
  • Elakkan keluar waktu tengah panas terik
  • Usahlah bersenam yang mengeluarkan peluh yang banyak. Senaman ringan OK, itupun tunggu dekat waktu berbuka.
  • Elak makanan pedas waktu sahur
  • Pastikan makanan sahur/berbuka adalah makanan fresh. bukan makanan basi. Jaga-jaga sekiranya beli dari bazar. Kalau  kena cirit birit naya...tak cukup air di bilik air dan tak cukup air dalam badan.
Apakah yang membantu ibu menyusu mengekalkan air dalam badan untuk tempoh yang lama?
Untuk mereka yang dah biasa dengan Shaklee, pengguna tegar vitamin kesihatan Shaklee mesti tengah menjerit, PERFORMANCE DRINK!!!

Ye, Performance Drink berperisa oren ala Tang ni merupakan minuman isotonik tanpa gula yang sangat sesuai di bulan puasa.
Performance Drink untuk Ibu menyusu - mengekalkan bendalir dalam badan, minuman isotonik tanpa gula terbaik untuk berpuasa
 

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Ramai ibu sukakannya. Ramai ibu memberi testimoni positif, lebih segar, lebih bertenaga, pengeluaran susu macam hari biasa. Berpuasa dengan tenang :)

Nak teruskan menyusu di bulan puasa tanpa rasa takut susu kurang sebab kurang minum?
 
Cubalah Performance Drink.
Hubungi saya untuk tempahan.

Yong 019 959 8249.


Tuesday, July 3, 2012

Tips berpuasa: Cara mengelakkan mengantuk selepas berbuka

Bulan Syaaban hampir ke pertengahan. Usai Syaaban, menjelma pula bulan barakah penuh rahmat, Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dikejar dengan segala amalan wajib dan sunat. Masjid-masjid kembali penuh, majlis ilmu merata-rata, segala anggota dijaga sebaik mungkin dan sedekah dan amal kebajikan meriah sekali. Setahun sekali menyediakan diri ke arah fitrah yang suci seperti bayi.

Oh ye, dalam bulan Ramadhan, yang paling utama dan diwajibkan adalah puasa. Kalau silibus Pendidikan Islam zaman muda-muda dulu, puasa ditakrifkan sebagai menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. 

Dalam berpuasa, cabaran utamanya adalah ketika berbuka. Berbuka itu salah satu nikmat untuk orang berpuasa. Semua orang gembira mendengar azan Maghrib dilaungkan. Doa berbuka pantas dibacam air diteguk, kurma dicicip dan kuih muih semua dirasa. Sebagai orang Melayu, hidangan yang tak boleh tinggal adalah NASI berserta lauk pauk yang pelbagai. Makan ketika berbuka sesedap rasa dan hati hingga kadangkala penuh diisi. Tak ada ruang yang tinggal untuk udara. Natijahnya, semua pakat tersadai didinding. Badan rasa tak larat apabila perut tiba-tiba dikejutkan dengan makanan berat. Mata pula mengikut hukum alamnya akan mula layu dan berat ketika perut penuh. Mengantuk! Macam mana nak berterwaih 20 rakaat nanti? Macam mana nak sambung tadarus selepas terawih? Macam mana nak solat Maghrib dan Isyak? 

Sebab utama mengantuk selepas berbuka adalah kerana pilihan makanan di meja santap itu. Ibu-ibu dan suri rumah prihatin akan bijak menilai menu mereka. Hidangannya harus lazat sebagai hadiah untuk suami dan anak-anak berbuka namun tidak pula memberatkan mereka beribadah malam nanti. 

Jadi, dalam hal ini, surirumah harus bijak memilih makanan yang rendah indeks glisemik (GI). Makanan rendah indeks glisemik akan lambat dihadam, mengurangkan rasa kenyang melampau lalu mengelakkan mengantuk selepas makan. Semua tahu kan nasi tu termasuk dalam makanan tinggi indeks glisemiknya. Sebab tu tiap kali makan banyak nasi, kurang lauk mata akan kuyu. Kecuali nasi beras perang. Beras perang rendah indeks glisemik.

Satu lagi cara untuk memberi rasa kenyang adalah dengan menyediakan minuman yang mengandungi protien. Contohnya protien soya. Yang saya cadangkan adalah Energy Soy Protien. Ia memberi rasa kenyang, rendah indeks glisemik, dan membekalkan tenaga tambahan buat tubuh. Sesuai diminum ketika bersahur mahupun berbuka. Untuk lebih enak dan menambah khasiat:

1. Kisar bersama badam yang digoreng tanpa minyak, ESP, beberapa biji kurma dalam susu segar.

MInuman enak, ringkas, berkhasiat. Sesuai untuk seisi keluarga :)

Selamat mencuba.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Menjual kesemua rangkaian produk Shaklee yang ada di pasaran Malaysia.

Hubungi: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/whatsapp: 019-959 8249

Nasihat disediakan. Percuma selama anda menjadi pelanggan setia saya :)

Jemput like page FB saya untuk mendapat input dan tips terkini: Young & Generous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...