Followers

Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin D untuk kekuatan tulang ibu dan bayi

Sambung lagi perihal vitamin ibu hamil :).

Jika sebelumnya, kita kongsi perihal kepentingan asid folik untuk ibu hamil, jom gali lagi apa lagi vitamin penting untuk ibu hamil.

Dari pembacaan saya dari buku yang ditulis oleh doktor bertauliah dan juga maklumat dari carian google, Vitamin D termasuk dalam salah satu vitamin penting untuk ibu hamil (dan ibu menyusu). RDA yang disarankan pada ibu hamil dan menyusu adalah

Saturday, December 10, 2011

Ostematrix: Hilangkan bengkak, kebas dan sembab kaki tangan

Pagi-pagi buka FB, 
Tengok-tengok ada testimoni,
Terujanya rasa hati,
Sebab saya pun makan oste.

Testimoni Kepentingan dan Kelebihan Kalsium Buat wanita (terutama yang hamil dan menyusu)



Oste yang diambil oleh Cik Pau:


Ostematix aka kalsium, diambil 4 biji sehari, seelok-eloknya sebelum tidur.

Pengambilan kalsium amat ditekankan sewaktu kehamilan - dan juga untuk setiap wanita di semua peringkat umur. Sewaktu kehamilan, keperluan kalsium ibu meningkat lebih dari waktu biasa. RDA yang ditetapkan oleh ibu mengandung dan menyusu adalah 1000mg - 1300mg sehari. 

Sewaktu kehamilan, tubuh ibu dan bayi yang dikandung memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang, penjagaan sistem otot, sistem peredaran darah, dan sistem saraf ibu  supaya berfungsi dengan baik. 

Kalsium juga sebenarnya amat penting untuk denyutan jantung  yang baik, mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot dan juga menghantar isyarat ke sistem saraf.


Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan membantu ibu melahirkan dengan lebih mudah kerana kalsium membantu mengelakkan kekejangan sewaktu kelahiran.

Susu , yogurt, keju, ikan, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan merupakan sumber kalsium yang membantu kita mencukupkan keperluan kalsium harian. 


Berminat untuk cuba osteomatrix yang lebih mudah didapati dan ditelan? Boleh hubungi saya, agen Shaklee bertauliah, eh berdaftar. 019-959 8249 atau tuankalsum[at]gmail.com.

p/s: Ostematrix adalah salah satu vitamin yang dicadangkan dalam set penyusuan ibu kerana kami menyedari keperluan kalsium untuk ibu yang mahu menjaga kesihatan diri disamping meneruskan usaha murni menyusukan bayi sendiri. Ada yang cakap, osteo adalah 'milkbooster' mereka :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, April 22, 2011

Keperluan kalsium untuk wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

2-3 hari lepas, Anlene datang ke kilang dan membuka booth di sini selama 3  hari. Anlene merupakan pengeluar susu yang aktif mempromosi kebaikan dan kepentingan minum susu. Matlamat utama mereka adalah memberi kesedaran tentang osteoporosis atau dalam bahasa antarabangsa disebut sebagai 'reput tulang'. Maka, mesin pengukur kepadatan tulang pun diangkut masuk ke kilangku ini. Dah siap ukur kepadatan tulang, yang mana terkurang padat tu, haruslah cepat-cepat minum susu. Susu sampel percuma pun ada, segelas kecil je lah. Kalau mau minum banyak-banyak kena beli sendiri.

Kali terakhir saya (sekejap saya sekejap aku ni). Ok, kali terakhir saya ukur kepadatan tulang adalah dalam 2-3 tahun yang lalu. Waktu itu, tahap kepadatan sudah berada di persimpangan delima. Eh, salah. Tahap kepadatan berada pada garisan sempadan (border line). Sikit lagi nak tergelincir masuk dalam zon kuning. Selepas ukur hari tu, rajin sikit minum susu. Itu pun susu segar jenama Daisy sahaja kerana itulah satu-satunya susu yang rasanya tak macam susu sangat, ada rasa vanilla. Kalau nak harapkan beli Anlene susu tepung perisa coklat tu, sepaket kecil itu boleh tahan 2 tahun. Akhir sekali, ke tong sampah la tempatnya sebab dah expired. Setahun dua yang lepas juga, paket susu Daisy berubah packaging, yang tak best, rasa pun turut berubah. Jadi, semangat minum susu mula menurun lalu terlupa langsung.

Sejak akhir-akhir ini, kesedaran untuk minum susu timbul kembali. Eh salah. Kesedaran untuk mengambil dos kalsium dalam diet harian timbul kembali. Maklum saja, dah masuk 3 series ni, harus lebih menyayangi diri sendiri dan jaga kesihatan supaya tak menyesal kemudian hari. Tak mau la nanti tanpa bekalan kalsium mencukupi dalam diet harian, kalsium dari tulang-tulang diambil sikit demi sedikit untuk menyokong aktiviti rutin organ badan. Lama-kelamaan, boleh jadi reput tulang. Oleh kerana alahan terhadap susu sangat tinggi, pilihan yang ada adalah dengan mengambil pil kalsium.

Pil kalsium yang dipilih harus menepati ciri-ciri di bawah ini supaya badan dapat menyerap kalsium secara optimum, tak adalah membazir nanti kan. Cara nak pilih pil kalsium:
1. harus mempunyai komponen D3.
2. harus mempunyai komponen Magnesium.
3. Dari jenis kalsium karbonat.
4. Mudah larut dalam air.

Cari punya cari (tak adalah cari beria sebab sekali tengok terus jumpa apa yang dicari), saya jumpa ini:

120 tablet, RM49 sahaja.

Senang. Makan ikut cadangan pada botol, 4 biji sehari.

2 minggu selepas mencuba kalsium ini (Osteomatrix), kulit terasa lebih sihat, lebih lembap dan rasa macam lebih bersinar la :). [Orang yang suka minum susu pun kulit jadi lebih cantik kan?]

Sekarang ni, rasa tak senang hati kalau tak makan kalsium. Tabletnya putih bersih (macam susu), dan bila tengok rasa macam menggamit suh orang makan je.

Kepentingan kalsium pada badan:
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. -- wanita 30an mula berisiko mengalami osteoporosis, jadi, minum susu/kalsium untuk mengekalkan kepadatan tulang.
2. membantu pembekuan darah
3. mengawal mucle contraction --- wanita mengandung AMAT PERLU minum susu/makan pil kalsium untuk mengurangkan risiko komplikasi semasa meneran 


Selain kalsium, saya juga ambil Vitamin C (bertindak mengikut pelepasan masa dan berfungsi sebagai kolagen) dan B-complex (mengandungi 8 vitamin B yang lengkap untuk keperluan harian) setiap hari.



Sekiranya ada yang mahu mencuba, rasa apa yang saya rasa, menikmati kebaikan yang telah saya ceritakan melalui pengalaman sendiri, hubungi saya tuankalsum@gmail.com atau 019-9598249. Saya akan cuba memberi cadangan vitamin-vitamin yang sesuai dengan keperluan anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...