Followers

Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

ESP Shaklee bahaya untuk Ibu Menyusu



Set Menyusu Shaklee sangat popular. Salah satu produk 'killer' Shaklee yang ada dalam set menyusu ini ialah ESP (Energy Soy Protien). Hinggakan ada yang hanya mengambil ESP dan alfafa sebagai pilihan bajet.

Tahukah anda ESP Shaklee sebenarnya sangat merbahaya pada ibu menyusu?


Berikut ialah komen seorang ibu yang minum ESP semasa berpantang, menyusukan anakandanya secara eksklusif.



 
ESP bahaya kerana ia menyebabkan BENGKAK SUSU!!
 
Ibu-ibu dinasihatkan untuk BERHENTI daripada mengamalkan ESP sekiranya tak ada masa untuk mengepam dan susu badan melimpah ruah.
 
Ibu-ibu yang merasa kurang susu badan, anda tidak perlukan set menyusu Shaklee mahupun ESP untuk menjayakan penyusuan eksklusif.
 
Berikut adalah tips asas yang wajib dikuasai seorang ibu yang bercita-cita memberikan susu ibu untuk anakanda tercinta:
 

1. Cari dan gali ilmu penyusuan.

Bacalah buku berkenaan penyusuan dan ikutilah kelas-kelas sokongan. Ibu sekarang amat bertuah kerana ada kumpulan sokongan yang menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar percuma untuk ibu menyusu. Ibu-ibu juga boleh menyertai forum-forum berkaitan untuk mendapat pandangan dan nasihat mereka yang berpengalaman.
 

2. Fahami konsep asas - lebih kerap mengepam/menyusu lebih banyak susu badan

Ramai yang terlepas pandang konsep asas. Tiap kali susu kurang, mesti ada yang call nak suruh poskan set menyusu ni cepat-cepat. Kemudian, selepas mengamalkan set breasfeeding Shaklee pun masalah belum selesai. Shaklee jugak yang salah. Jadi, penting bagi saya Tanya ibu-ibu ini betul-betul apa yang menjadi punca pengeluaran susu merudum.
 
Stress? Pam? Demam? Period?
 
Sekiranya tiada stimulasi untuk badan mengeluarkan susu dek kurangnya sesi mengepam/direct feeding, maka isyarat akan dihantar ke otak bahawa pengeluaran susu boleh dikurangkan. Macam kat kilang pulak. Tak ada order, tak jalanlah production line.
 

3. Minum air secukupnya

Pastikan sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

4. Tenangkan fikiran

 
Jiwa kacau mengganggu pengeluaran susu. Emosi kacau bilau sekiranya banyak tekanan di tempat kerja atau di rumah, malah boleh juga disebabkan PMS. Adalah penting untuk ibu-ibu menguasai emosi agar sentiasa tenang dan berfikiran positif. Setiap yang diharapkan Insyaallah jadi kenyataan. Setiap yang ditakutkan juga boleh jadi kenyataan. Kawal minda, tubuh juga terkawal :)
 
Sekiranya keempat-empat perkara di atas dah setel, baru boleh call saya untuk order set menyusu Shaklee atau ESP. Tips ekslusif akan diberi. Tips yang dicuba ramai ibu, dan Alhamdulillah berkesan.
 
NAK TIPS EKSKLUSIF TAMBAH SUSU BADAN DENGAN SHAKLEE?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak. 
 
 

Friday, August 3, 2012

Teaser: Protien soya tambah tenaga + menggebukan kulit

Kawan saya, mencuba Energy Soy Protien dalam seminggu dan tak sabar-sabar whatsapp sebelum berbuka...

Katanya dah jadi cantik sekarang...dan rasa lebih bertenaga walaupun berpuasa. Dahla kerja shif tak sama macam orang lain. Mula kerja jam 12 tengah hari, balik dah tengah malam. Tak perlu komplen badan penat, sebaliknya asyik senyum je sebab dah ada si penambah tenaga. Sumber semulajadi pulak tu.

Saya akan cerita tentang ESP nanti...
Tunggu ye :)

Tuesday, July 31, 2012

Cara Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tanpa kosmetik

Alat kosmetik/mekap terkenal dan mahal, banyak mendominasi iklan-iklan di televisyen. Ianya menyamarkan jerawat yang baru tumbuh, juga parut-parut jerawat yang masih berbekas. Pendek kata, ia melindungi kulit tak cantik, menampakkan ia seolah-olah sangat cantik dan sempurna. Walhal, hakikat sebenar hanya empunya badan yang tau. Kerana itu, perbezaan ketara akan terlihat sekiranya seseorang menunjukkan wajah sebenar tanpa mekap. Ah!!! Jerawat, kulit kusam, kulit berbelak, tona tidak sekata dan sebagainya.

Kosmetik/mekap mungkin berkesan untuk menutup cela kulit buat seketika. Namun, setiap orang pasti mengimpikan muka bermekap itu adalah muka sebenar. Jimat sikit kos beli mekap kan? Kalau lah jerawat itu boleh diracun, sah-sah dah kena racun. Dan kalaulah bekas jerawat itu boleh ditonyoh dengan kertas pasir, mungkin itu juga akan dilakukan untuk menghilangkannya. Hehe. 

Jom lihat faktor penyebab tumbuhnya jerawat dan cara menghilangkannya.

Faktor Tumbuhnya Jerawat:

Friday, July 6, 2012

Susu Ibu Hamil yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi

Minum susu merupakan rutin wajib ibu hamil. Saya percaya, di dapur dan di pantri pejabat pasti ada bekalan susu untuk diminum. Ye lah, pengambilan kalsium ketika kehamilan kan sangat perlu dititikberatkan. Penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan pada masa yang sama untuk perkembangan bayi.


Saya juga percaya ibu-ibu banyak melakukan research sendiri sebelum memutuskan susu terbaik untuk diminum sepanjang kehamilan. Habis digeladah di seluruh ceruk google, di forum, tanya doktor itu ini, tengok review sana-sini, barulah kaki diheret ke farmasi/pasaraya untuk membeli susu. Susu terbaik untuk kehamilan. Susu terbaik untuk kesihatan diri selama mengandung dan mengendong bayi. Itu naluri biasa seorang ibu yang bersifat rahim, bersifat pengasih.


Mencari susu ibu hamil mungkin mudah kerana iklan di TV dan radio sangat banyak. Semua mempromosi kelebihan produk masing-masing. Bermacam-macam cap dah. 

Masalah akan timbul apabila ibu mempunyai ketidakserasian terhadap susu berlaktosa --- kebiasaannya susu lembu. Ada yang alergik, cirit birit selepas minum susu berlaktosa/susu lembu. Alternatif untuk ibu-ibu ini adalah bertukar kepada susu badam atau susu soya.

Apa yang perlu dipastikan apabila memilih susu soya untuk kehamilan:
  1. Pastikan ia membekalkan kalsium kerana ini tujuan utama ibu hamil minum susu.
  2. Pastikan ia dari sumber terbaik, elakkan dari sumber GMO yang digembar gemburkan diubah secara genetik dan ditakuti memberi kesan pada kesihatan jangka panjang. 
  3. Jika Soya GMO tidak baik untuk kesihatan, semestinya ibu hamil harus memilih soya jenis Non-GMO sahaja, yakni yang ditanam dan diproses secara alami. 
  4. Membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil melalui hari yang panjang dengan tenang dan selamba. Eh, Maksud saya, membolehkan ibu hamil menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa. Hamil bukan alasan untuk sentiasa terbaring di katil kan? :)
  5. Semak kandungan, pastikan kurang lemak, kurang kolestrol, rendah lemak untuk lebih sihat. Sihat ibu, sihat bayi Insyaallah.
  6. Memberi lebih nilai untuk harga yang anda bayar. Maksudnya, carilah susu soya yang memberi nilai tambah selain dari membekalkan kalsium semata-mata.

Protien Soya Shaklee (Engery SOy Protien) adalah pilihan terbaik sekiranya ibu sedang hamil dan tercari-cari alternatif kalsium selain susu berlaktosa yang mebanjiri pasaran - menepati kriteria di atas.

Kenapakah ESP Shaklee patut menjadi pilihan ibu hamil?



  1. 3 sudu ESP membekalkan 500mg kalsium, separuh dari keperluan harian. Ini bersamaan dengan 2 gelas susu.
  2. ESP Shaklee adalah soya jenis non-GMO, dihasilkan dibawah program Identify Preservation Program (IPP). Soya yang dihasilkan melalui pemantauan dan penjagaan yang teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Selamat untuk diminum seisi keluarga.
  3. Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana ia sumber tenaga yang konsisten. Orang yang mempunyai gastrik juga patut cuba ini. Insyaallah sangat membantu berdasarkan testimoni yang ada.
  4. ESP rendah lemak, tiada laktosa dan tiada kolestrol. Perfect!
  5. Mengandungi 5 vitamin B penting, juga isoflavin.
  6. Mengandungi kesemua asid amino penting untuk sintesis tubuh.
  7. Bonus: Ibu hamil yang pernah mengamalkan ESP mengatakan berat mereka lebih cepat turun selepas bersalin. Mudah untuk mendapatkan kembali berat ideal sebelum bersalin. Mungkin anda perlu cuba untuk mempercayainya.
  8. Bonus: Kulit ibu lebih halus.
  9. Bonus: Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran untuk memulihkan luka dalaman dan menyokong penyusuan susu ibu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
* Kenyataan diberikan adalah berdasarkan testimoni pengguna yang pernah mengamalkan produk ini. Hasil mungkin berbeza bagi setiap orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Pos untuk luar kawasan dengan harga tetap ke seluruh Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Hubungi untuk mendapatkan produk pada harga terbaik, konsultansi sepanjang bergelar pelanggan saya dan menjalinkan ukhuwah tentunya :)

Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-959 8249

Nota: Pastikan anda mendapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah sahaja untuk produk tulen, harga terbaik, dan khidmat nasihat.



Saturday, February 18, 2012

Resepi Minuman Lazat Berkhasiat Untuk Sarapan

Saya nak kongsikan resepi yang saya dah cuba. Sedap dan berkhasiat. Diubahsuai untuk orang-orang yang liat nak minum susu dan juga penggemar susu. - Resepi ni dikongsi oleh Prof Dr Muhaya, pakar lasik di Prince Court Medical Center.

Bahan-bahan:
Susu segar  250ml
Badam
Kurma
Soy Protien/Mealshake

Cara:
Masukkan susu, badam (saya guna yang cap Giant je), kurma (2-3 biji, kuantiti ikut suka) dan ESP ke dalam blender.

 Jangan lupa tambahkan protien soya (ESP).

Blend kan semua sekali.


 Hidangkan dalam cawan/mug kegemaran. Nikmati bersama keluarga.



Sambil menikmati panorama pagi di beranda.
 Memerhatikan burung-burung mula keluar dari sarang meneroka alam mencari rezeki. (Err, yang hitam-hitam kat langit tu adalah burung).

 Menyaksikan matahari terbit. Sehari lagi untuk dinikmati dan disyukuri.

P/S; Untuk anak-anak, boleh ganti ESP dengan mealshake. Lagi la sedap sebab mealshake berperisa vanila.



 Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada  keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•  Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

*Berminat untuk tahu lanjut mengenai Mealshake dan ESP, hubungi saya: 019-959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang.



Sunday, October 23, 2011

Kenalpasti soya yang berbahaya - elakkan!


Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat? Tambah-tambah lagi sekarang ni mungkin anda pernah baca maklumat yang disebarkan melalui emel/blog/facebook akan risiko pengambilan soya.

YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?
Adakah kacang soya kegemaran anda…
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..
soy
 protein
… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk penyusuan susu ibu!

Hubungi saya hari ini untuk membuat pesanan dan mendapatkan harga istimewa!!!

- Kredit MommyLyna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...