Followers

Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

"Kulit saya macam bersinar-sinar je" - pengguna vitamin E

Vitamin adalah pilihan wanita bijak untuk membina kecantikan dari dalam. Vitamin yang paling sinonim dengan kecantikan ialah vitamin C dan vitamin E. Set yang lengkap adalah ACE. (bukan Ace Ji Hyo Running Man). Kesemuanya adalah antioksidan yang berfungsi memerangi radikal bebas dalam badan. 

Semua orang dah tau pasal "C untuk cantik". Lebih-lebih lagi vitamin C Shaklee 500mg terlajak laris. Sayangnya tak ramai yang sedar vitamin C memberi kesan lebih baik bila digabungkan bersama vitamin larut lemak, E dan A. Alang-alang nak cantik, biar cukup lengkap sempurna ye tak? Jangan tak tau, bibik Indonesia pun ada yang mengamalkan set kecantikan dari vitamin Shaklee ni. Tak ada dah jamu tradisional, susah nak angkut dan 'maintain' stok.

Contoh kesan dari vitamin-vitamin yang bergabung - set kulit cantik aka set D:



"Muka saya macam bersinar-sinar je. Sebab vitamin E kot".

Sesiapa saja yang makan Vitamin E Complex with grapeseed dari Shaklee ni memang akan perasan perubahan kulit wajah seakan 'glowing'. Berseri. Tak suram kusam dah.

Nak naikkan seri wajah dengan cara selamat, amalkan vitamin antioksidan, vitamin E Complex ni bersama vitamin C.

NAK rasa kulit berseri dengan vitamin E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 

Tuesday, July 31, 2012

Cara Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tanpa kosmetik

Alat kosmetik/mekap terkenal dan mahal, banyak mendominasi iklan-iklan di televisyen. Ianya menyamarkan jerawat yang baru tumbuh, juga parut-parut jerawat yang masih berbekas. Pendek kata, ia melindungi kulit tak cantik, menampakkan ia seolah-olah sangat cantik dan sempurna. Walhal, hakikat sebenar hanya empunya badan yang tau. Kerana itu, perbezaan ketara akan terlihat sekiranya seseorang menunjukkan wajah sebenar tanpa mekap. Ah!!! Jerawat, kulit kusam, kulit berbelak, tona tidak sekata dan sebagainya.

Kosmetik/mekap mungkin berkesan untuk menutup cela kulit buat seketika. Namun, setiap orang pasti mengimpikan muka bermekap itu adalah muka sebenar. Jimat sikit kos beli mekap kan? Kalau lah jerawat itu boleh diracun, sah-sah dah kena racun. Dan kalaulah bekas jerawat itu boleh ditonyoh dengan kertas pasir, mungkin itu juga akan dilakukan untuk menghilangkannya. Hehe. 

Jom lihat faktor penyebab tumbuhnya jerawat dan cara menghilangkannya.

Faktor Tumbuhnya Jerawat:

Monday, April 11, 2011

Stretch mark - punca dan cara mengatasi

Sambil-sambil menunggu sang wiraku disental dan dicuci, aku belek-belek majalah lama yang disediakan di tempat menunggu. Bosan juga kalau tunggu lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Lalu, satu persatu majalah yang ada aku belek-belek.
Sampai pada satu halaman kesihatan, bertajuk " Kesan regangan pada kulit - bagaimana mengatasinya" ...gitulah lebih kurang bunyinya. Majalah Mingguan Wanita tahun 2004  lagi ni :). Berguna juga walaupun dah lama. Pandai betul tuan punya kedai cuci ni mengeksploitasi bahan bacaan lama.
Ok, apa yang disebut dalam rencana ringkas ini?
Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan kesan "stretch mark" pada kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil. Ia juga berlaku sekiranya wujud ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.
Cara mengatasi:
1. Amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan makanan yang mempunyai zink bagi memperbaiki sel kulit. Juga perlukan makanan yang mempunyai Magnesium dan B6 untuk serapan optimum. Pilihan lain sekiranya susah sangat nak makan makanan yang cukup zink, Mg dan B6, ambillah multivitamin yang mempunyai komponen tersebut.
2. Sapu krim pelembap pada kulit. Kebiasaannya krim yang mengandungi Vitamin E dan C.
3. Banyakkan juga mengambil vitamin C. Vitamin C mengandungi kolagen yang memelihara keanjalan kulit.
Langkah pencegahan:
Mencegah sentiasa beribu kali lebih baik dari merawat. Antara tips yang diberi untuk mencegah kemunculan 'stretch mark' hodoh yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita terutamanya adalah:
1. Bagi ibu hamil, amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi zink. Ia penting untuk ibu dan baby.
2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
3. Amalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat untuk mengelakkan penambahan berat badan yang mendadak.
4. Lakukan senaman.
5. Pakai pakaian dalam yang sesuai - tidak terlalu longgar/ketat.
* Shaklee mempunyai Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Vitamin E, B-complex, Zink complex yang boleh membantu anda mendapatkan makanan tambahan yang diperlukan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 019-9598249 atau tuankalsum [at]gmail.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...