Followers

Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Omega-3 Untuk Kulit Sihat Cantik Ketika Mengandung

Orang kata, ibu hamil lebih cantik kerana seri bayi. Namun ramai juga yang menghadapi masalah kulit jadi gelap, kusam, berjerawat dan tak sekata. Pembawakan budak katanya.
 
Tahukah ibu pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet seharian sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mengatasi masalah kusam dan gelap? Fungsi Omega-3 yang biasa dihebahkan ialah:
 
  • baik untuk perkembangan janin
  • bagus untuk menurunkan kolesterol
  • membantu membetulkan tekanan darah
  • menghubungkan sel-sel otak agar cerdas dan bijak
  • membantu mendapatkan berat ideal
Selain dari yang disebutkan di atas, rupanya, asid lemak ini juga sangat bagus untuk kecantikan ibu. Fungsinya 6 dalam 1 bagi ibu mengandung.
 Ibu mengandung memerlukan 13.0 g linoleic Acid (Omega-6) dan 1.4 g linolenic acid (Omega-3)
Sumber Omega-3 dari tumbuhan boleh didapati daripada kekacang, soya, minyak canola, dan minyak flaxseed. Manakala Omega-3 dari haiwan adalah dari ikan air sejuk seperti tuna,  salmon, dan kod. Lebih berminyak ikan tersebut, lebih tinggi kandungan Omega-3.
 
Untuk ibu yang teruja menjadikan ikan sebagai hidangan harian, berikut ialah tips untuk memilih ikan terbaik sebagai sumber Omega-3: 
  • pelbagaikan jenis ikan - ikan laut, ikan dalam tin, ikan air tawar atau ikan dari sawah seperti keli pun boleh.
  • Pilih salmon yang ditangkap di laut dalam berbanding yang diternak untuk mengurangkan kebarangkalian pencemaran PCB.
  • Elakkan memakan ikan 'besar'  yang berkemungkinan besar telah tercemar dengan merkuri.
  • Makan ikan yang masak sepenuhnya. Elakkan sushi, atau hidangan ikan mentah sepanjang tempoh mengandung.
Tahukah anda, ikan sardine mengandungi Omega-3 tertinggi (2.9 g) berbanding ikan lain?
Nak pilih suplemen pula, pilih lah Omega-3 yang tinggi kandungan DHA dan EPA. Baca label setiap kali membuat pilihan. Antara Omega-3 terbaik di pasaran yang pernah saya temui ialah Omega Guard dari Shaklee kerana kandungan DHA dan EPA tertinggi dalam setiap kapsul. Kapsul Omega-3 perlu disimpan di tempat yang sejuk, dan gelap -- simpan dalam peti.
 
 
 

Thursday, December 29, 2011

Punca hemoglobin rendah dan anemia

Salah satu nutrien penting untuk mengekalkan hemoglobin (HB) yang sihat pada ibu mengandung adalah pengambilan zat besi (iron) yang mencukupi. Iron sememangnya penting untuk pembentukan HB dan sel darah merah yang sihat. Kekurangan iron bukan saja menjadi punca hemoglobin rendah pada ibu mengandung tetapi juga akan menyebabkan anemia pada kita semua.

Sekiranya anda telah mengambil supplemen iron mengikut saranan doktor tetapi masih menghadapi masalah low HB/anemia ini, masih ada 2 kemungkinan yang menyebabkan masalah ini berterusan.

1. Iron tidak diserap secara optimum. Untuk mendapatkan serapan iron yang optimum, ia perlu diambil bersama Vitamin C.
2. Anda mungkin menghidap Thalasemia. Lakukan pemeriksaan segera.

Menyedari keperluan ini, maka vitamin Shaklee yang disarankan khusus untuk ibu-ibu mengandung adalah:

1. Vitalea with Iron formula - multivitamin dilengkapi iron sesuai untuk orang yang mengalami darah rendah/low HB/hemoglobin rendah.


2. Vitamin C Sustained release - untuk penyerapan iron dan vitamin larut air yang lain lebih optimum.



3. Vitamin B-complex (yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik)


4. Ostematrix (Calcium with Vitamin D, Mg dll)


5. Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.





Apa kata mereka yang mencuba Set Mengandung ini?


Zimah adalah antara pelanggan saya yang terawal dan SETIA :).
Beliau mula mengamalkan supplemen Shaklee sejak menyusukan anak sulung sehingga kini sedang mengandungkan anak kedua.

Saya adalah agen Shaklee di Pulau Pinang, menyediakan khidmat penghantaran di mana saja anda berada :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Saturday, December 10, 2011

Ostematrix: Hilangkan bengkak, kebas dan sembab kaki tangan

Pagi-pagi buka FB, 
Tengok-tengok ada testimoni,
Terujanya rasa hati,
Sebab saya pun makan oste.

Testimoni Kepentingan dan Kelebihan Kalsium Buat wanita (terutama yang hamil dan menyusu)



Oste yang diambil oleh Cik Pau:


Ostematix aka kalsium, diambil 4 biji sehari, seelok-eloknya sebelum tidur.

Pengambilan kalsium amat ditekankan sewaktu kehamilan - dan juga untuk setiap wanita di semua peringkat umur. Sewaktu kehamilan, keperluan kalsium ibu meningkat lebih dari waktu biasa. RDA yang ditetapkan oleh ibu mengandung dan menyusu adalah 1000mg - 1300mg sehari. 

Sewaktu kehamilan, tubuh ibu dan bayi yang dikandung memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang, penjagaan sistem otot, sistem peredaran darah, dan sistem saraf ibu  supaya berfungsi dengan baik. 

Kalsium juga sebenarnya amat penting untuk denyutan jantung  yang baik, mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot dan juga menghantar isyarat ke sistem saraf.


Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan membantu ibu melahirkan dengan lebih mudah kerana kalsium membantu mengelakkan kekejangan sewaktu kelahiran.

Susu , yogurt, keju, ikan, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan merupakan sumber kalsium yang membantu kita mencukupkan keperluan kalsium harian. 


Berminat untuk cuba osteomatrix yang lebih mudah didapati dan ditelan? Boleh hubungi saya, agen Shaklee bertauliah, eh berdaftar. 019-959 8249 atau tuankalsum[at]gmail.com.

p/s: Ostematrix adalah salah satu vitamin yang dicadangkan dalam set penyusuan ibu kerana kami menyedari keperluan kalsium untuk ibu yang mahu menjaga kesihatan diri disamping meneruskan usaha murni menyusukan bayi sendiri. Ada yang cakap, osteo adalah 'milkbooster' mereka :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...