Followers

Showing posts with label Senggugut. Show all posts
Showing posts with label Senggugut. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Sakit Senggugut: Cara berkesan mengatasinya (saya dah cuba!)


Sakit senggugut, setiap kali datang bulan

Sakit senggugut tiap kali datang bulan, dengan kesakitan luar biasa menyebabkan tempoh haid umpama mimpi ngeri bagi wanita yang mengalaminya. Hanya yang pernah kena tau bagaimana peritnya. Terbaring sepanjang hari, muka pucat, tubuh lesu, muntah dan sakit kepala pada hari-hari awal tempoh haid.

Nak mengatasi sakit senggugut ni ada bermacam cara. Antara cara berkesan untuk mengurangkan/mengelakkan dan menghilangkan 'period pain' ini:


  • Cara paling popular dan berkesan ialah dengan mengamalkan supplemen Omega-6 (Gamma Linolenic Acid, GLA). Antara sumber yang tinggi kandungan Omega 6/GLA  didapati daripada Evening Primrose Oil (EPO), dan borage oil. Kandungan GLA dalam borage oil ~17-25% manakala dalam EPO pula ~7-10%. Suplemen GLA yang dibuat daripada borage oil ialah GLA Complex Shaklee. Ia dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan. Turut dilengkapi dengan vitamin E dan minyak biji bunga matahari. Jadi, antara EPO dan GLA complex Shaklee untuk masalah senggugut, saya pilih GLA Complex Shaklee, ikut pengalaman sendiri.

  • Makan telur dan minum susu. Petua dari seorang kawan yang kesian tengok kita selalu kena MC bila diserang senggugut. Alhamdulillah berkesan juga bila diamalkan selalu. Yang penting makan sebelum datang bulan lah. Tengah sakit baru nak makan, tak berkesan. Kalau susah sangat nak makan telur dan minum susu, amalkan B-Complex dan Ostematrix selalu. B-Complex mengandungi vitamin B6 aka Pyridoxine yang membantu melegakan senggugut!
B-COMPLEX, OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX UNTUK SENGGUGUT
Selain GLA Complex, Ostematrix dan B-Complex juga boleh memberi kelegaan pada mereka yang sering senggugut



  • Refleksologi. Mungkin ramai yang tak tahu, urutan refleksologi  mampu menghalang senggugut. Lakukan 2 minggu sebelum hari haid. Tak mau ke pusat refleksologi, lakukan urutan sendiri di rumah. Fokus pada bahagian tepi tapak kaki. Boleh rujuk gambarajah 
    Urut di bahagian highlight dengan pen merah hingga ke bahagian buku lali untuk meredakan period pain.

  • Minum air suam dan elakkan minuman berais
  • Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian
  • Lakukan senaman
Semoga beberapa tips yang dikongsi membantu adik-adik, dan kakak-kakak menyelesaikan masalah bulanan kaum wanita. Nak order dan nak nasihat saya, boleh kontek nombor di bawah ni.


NAK REDAKAN SAKIT SENGGUGUT YANG MENYERANG SETIAP BULAN?

********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

Wednesday, January 16, 2013

Cara menghilangkan senggugut dengan telur dan susu


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT INI?

Sakit datang bulan, atau senggugut/period pain amat mengganggu - apatah lagi apabila ianya jadi acara bulanan. Bagi wanita, peritnya sakit senggugut berada di tangga kedua selepas sakit bersalin. Ia biasanya menyerang remaja atau wanita yang belum berkahwin. 

Dulu, saya juga mengalami senggugut teruk. Sampai terbaring di katil, lesu dan sakit teramat tak boleh buat apa-apa. Meringkuk je dalam selimut dengan stokin tebal, dah macam orang dalam pantang. Pernah saya cerita, tips kurangkan period pain atau senggugut ini dengan cara MAKAN TELUR separuh masak. Tips ini saya dapat dari kawan India saya.

Saya cuba amalkan makan telur ni tiap kali 'tarikh itu' dekat-dekat nak sampai. Makan sehari dua sebelum tarikh tu sehinggalah 'kawan baik' ni menjengah. Alhamdulillah berkesan. Tak perlu lagi ambil ubat tahan sakit. Ye lah kan, ubat ni kuat. Makan kejap je terus hilang sakit. Kalau selalu-selalu amalkan, bahaya juga kesan jangka panjangnya. 

Kenapa agaknya telur boleh mengurangkan kesakitan akibat cramp senggugut?
Apabila saya belek-belek buku nutrisi, dalam bab Vitamin B...ada satu perenggan yang menarik perhatian. Vitamin B6 atau dikenali juga sebagai Pyridoxine mampu mengurangkan simptom PMS dan melegakan senggugut!

Salah satu sumber makanan yang kaya dengan pyridoxine ini ialah TELUR!
Jadi, terjawab sudah persoalan selama ini.

Setelah mengetahui fakta ini, bagi memudahkan lagi diri ini yang mungkin tak sempat nak rebus telur, maka jalan mudah saya telan je vitamin B-Complex (dalam B-Complex ni dah ada vitamin B6 aka pyridoxine) bersama Ostematrix (Kalsium).

B-Complex membantu saya tenang, lebih bertenaga dan segar (tak ada lah rasa nak marah orang kan time PMS ni..hehe). Manakala Ostematrix pula bertujuan meredakan ketegangan saraf yang menjadi punca cramp pada perut yang menambahkan sakit senggugut.

Bukan saya je yang rasa lega dapat elak/kurangkan sakit senggugut ni. Maria Awi pun sama. Sebelum ni dia senggugut macam nak patah pinggang. Sakitnya macam kontraksi nak bersalin.


 

Semoga tips ini berguna dan dikongsi dengan ramai orang :)


B-COMPLEX, OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX UNTUK SENGGUGUT
Samada B-Complex + Ostematrix atau makan je GLA Complex untuk masalah senggugut. Setel!
 

NAK RASA LEBIH SELESA SEMASA DATANG BULAN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.



Monday, January 2, 2012

Pengalaman saya dan GLA Complex Shaklee

GLA complex (Asid Linolenik Gama) merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang menjadi tunjang untuk penghasilan prostaglandin. Prostaglandin adalah sekumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pelbagai proses fisiologi tubuh terutama kepada wanita. Salah satu daripadanya adalah untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid, terutama ketika permulaan haid kerana sebahagian besar wanita mengalami PMS dan senggugut teruk.

Senggugut biasanya terjadi pada remaja dan wanita yang belum berkahwin. Kebanyakan masalah senggugut akan beransur hilang setelah berkahwin dan melahirkan anak. Kesakitan senggugut mungkin disebabkan kehadiran endometriasis yang jarang disedari tanpa pemeriksaan terperinci dari doktor. Ye lah, kebanyakan kita mengambil mudah masalah senggugut dan cuma bertahan dengan mengambil pil penahan sakit ketika datang bulan. Menurut penerangan doktor yang merawat masalah endometriasis (cyst), senggugut akan beransur hilang setelah berkahwin kerana cyst ini tidak lagi mendapat hormon yang diperlukan setiap bulan untuk membesar. -- hormon orang kahwin lebih stabil -- kahwin la cepat-cepat.

Saya sendiri mengalami senggugut teruk bermula ketika belasan tahun. Penyebabnya tidak diketahui. Tiap kali berjumpa doktor, cuma ubat penahan sakit yang dibekalkan. Tetapi, untuk meneruskan pengambilan ubat tiap kali diserang senggugut bukanlah keputusan yang bijak kerana setiap ubat ini akan mendatangkan kesan buruk di kemudian hari. Oleh itu, saya pernah mencuba beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan ini. Mana boleh tahan, tiap kali datang bulan, sakitnya hingga terasa kejang di perut. Lebih parah, seluruh tubuh pucat lesi serta langsung tak bermaya. Maka tiap kali itu juga saya akan skip kelas, dan sekarang, terpaksa ambil cuti sakit setelah bekerja. 

Dulu-dulu, saya cuba makan ubat tradisional dari seorang makcik yang sangat rapat dengan keluarga. Kesannya tak begitu terasa - not much different. Kemudian, saya cuba minum minuman spirulina (yang ni saya lupa brand apa). ketika ini, ALhamdulillah, sakitnya berkurangan. Saya mendapat bekalan dari kawan sekampung jugak. Namun setelah beberapa ketika, kawan saya tu dah berhenti menjadi ahli, maka saya pun terputus bekalan. Setelah itu, saya cuba spirulina dalam bentuk tablet dari brand lain. Namun, tak ada sebarang perubahan. Sebotol spirulina ni tak dapat dihabiskan (tak tahan baunya). 

Selain supplement dan ubat-ubatan di atas, seorang kawan berketurunan India memberi petua ini:
Makan telur separuh masak sebelum haid bermula  kena peka dengan kitaran. Alhamdulillah, petua ini membantu walau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia tidak seteruk selalu. 

Kemudian, setelah mula mengamalkan supplement Shaklee sejak setahun yang lalu, saya tertarik mencuba GLA Complex setelah melihat testimoni kawan-kawan seShaklee yang mencuba pada diri sendiri dan pelanggan mereka. Ada yang mengatakan kitaran haid makin  teratur, senang nak merancang kehamilan, kulit lebih cantik dan bersih, jeragat mula pudar, kulit mula bersinar, hati mula senang dan keyakinan mula terserlah.

Maka, sebulan yang lalu, saya mula mengambil GLA Complex. Hasilnya, wahhhhhhh best sangat. Rasa sangat selesa tanpa PMS (biasanya akan sakit-sakit belakang dan pinggang seminggu sebelum). Tiada lagi senggugut! Itu yang paling best. Seminggu ABC, asyik nak senyum je dengan pengalaman indah ni. Hehehe. Akhirnya kujumpai jua penyelesaiannya. Alhamdulillah.

Selain masalah PMS dan senggugut, saya juga perasan, sekarang ni dah boleh mula makan seafood - udang, sotong, etc. Sebelum ni ada rasa gatal-gatal dan akan timbul kuping-kuping ekzema selepas makan udang dan sotong. Sejak mengamalkan GLA, saya dah boleh makan char kuew teow dengan udang yang banyak dan kerang.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai produk ini? Boleh call/SMS 019-9598249. Atau emelkan kepada tuankalsum[at]gmail.com.

Semoga anda juga jumpa penyelesaiannya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...