Followers

Showing posts with label Kecantikan Kulit. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan Kulit. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

"Kulit saya macam bersinar-sinar je" - pengguna vitamin E

Vitamin adalah pilihan wanita bijak untuk membina kecantikan dari dalam. Vitamin yang paling sinonim dengan kecantikan ialah vitamin C dan vitamin E. Set yang lengkap adalah ACE. (bukan Ace Ji Hyo Running Man). Kesemuanya adalah antioksidan yang berfungsi memerangi radikal bebas dalam badan. 

Semua orang dah tau pasal "C untuk cantik". Lebih-lebih lagi vitamin C Shaklee 500mg terlajak laris. Sayangnya tak ramai yang sedar vitamin C memberi kesan lebih baik bila digabungkan bersama vitamin larut lemak, E dan A. Alang-alang nak cantik, biar cukup lengkap sempurna ye tak? Jangan tak tau, bibik Indonesia pun ada yang mengamalkan set kecantikan dari vitamin Shaklee ni. Tak ada dah jamu tradisional, susah nak angkut dan 'maintain' stok.

Contoh kesan dari vitamin-vitamin yang bergabung - set kulit cantik aka set D:



"Muka saya macam bersinar-sinar je. Sebab vitamin E kot".

Sesiapa saja yang makan Vitamin E Complex with grapeseed dari Shaklee ni memang akan perasan perubahan kulit wajah seakan 'glowing'. Berseri. Tak suram kusam dah.

Nak naikkan seri wajah dengan cara selamat, amalkan vitamin antioksidan, vitamin E Complex ni bersama vitamin C.

NAK rasa kulit berseri dengan vitamin E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 

Monday, September 10, 2012

Vitamin untuk kulit cantik

Ramai yang bertanyakan Vitamin C 500mg untuk kulit cantik. Saya maklum, ini penangan fenomena vitamin C organik. Namun, dalam respon saya kepada yang bertanya, saya turut mencadangkan B-Complex dan juga vitamin E untuk melengkapkan nutrien kritikal dalam penjagaan kecantikan. Dalam apa juga masalah berkaitan kulit samada kulit berjerawat, berparut, kusam, pucat, kering mahupun kulit gelap, ketiga-ketiga vitamin ini merupakan asas yang wajib di ambil untuk merawat masalah tersebut.

Apa rasionalnya makan banyak-banyak vitamin ni? Makan Vitamin C je tak cukup ke? OK, jom saya terangkan mengikut pembacaan berkaitan dengan vitamin kecantikan ini.

Saturday, September 1, 2012

Vitamin C Organik 500mg 50sen sebiji!

Benarkah Vitamin C Organik 500mg cuma 50sen sebiji?
 

 
Update 24-Jan-2014: Stok vitamin C Sustained Release 500mg dah KEMBALI!!!
 
 
Ramai teruja bila saya katakan vitamin C organik 500mg cuma 50 sen! Murah kan? Ye lah, vitamin C ni kan amat-amat perlu untuk wanita-wanita yang ingin cantik, mahu nampak muda dengan kulit berseri. Penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen lagi tu. Dengan adanya kolagen, makin teganglah kulit. Silap-silap orang ingat masih muda remaja :), walhal anak dah dua tiga.

Vitamin C organik yang saya mahu kenalkan ini memang menjadi pilihan ramai dek kerana kebaikannya. Antara kelebihan yang sering disebut-sebut:


  • sebiji vitamin C organik 500mg bersamaan dengan 7 1/2 biji oren! Bandingkan harga sebiji vitamin C dengan 7 biji oren, memang jimat banyak.
  • Bersifat 'sustained release'. Ada ditulis terang-terang kat botol nya. Maknanya, walaupun vitamin C ni termasuk dalam vitamin yang cepat hilang dari badan, faktor pelepasan masa membuatkan ia tahan lebih lama dalam badan. 500mg vitamin C, cuma dilepaskan 100mg setiap sejam. Jadi, vitamin C akan bertahan selama 5 jam dalam badan anda. Berbeza dengan vitamin C biasa, ia biasanya akan luput selepas 2-3 jam. Untuk kesan vitamin C lebih lama, bolehlah kita ambil 2 biji sehari, dengan selang waktu antara 5-6 jam.
  • Dilengkapi dengan Bioflavonoid yang melengkapkan fungsi vitamin C. Bioflavonoid mula ditemui oleh seorang saintis bernama Albert Szent-Gyorgi (orang yang sama yang menemui Vitamin C). Albert pernah memberikan Vitamin C mentah (crude) dari buah lemon untuk kawannya yang berdarah gusi. Darah berhenti serta merta! Pada ketika yang lain, Albert memberikan Vitamin C yang telah diekstrak sepenuhnya. Maknanya kali ni, Vitamin C semata-mata. Hmmm, tidak ada keajaiban berlaku kali ini, darah di gusi tetap tak berhenti. Rupanya, dalam proses mengekstrak Vitamin C, dia telah membuang BIOFLAVONOID yang jadi pelengkap pada vitamin C. Jadi, Vitamin C tanpa bioflavonoid ni kurang nilainya, melainkan kita mempunyai falvonoid dari sumber lain. Kebiasaanya, flavoid terdapat pada kulit buah-buahan/sayuran. [Biasanya kita kupas buang je kulit epal, oren kan?]
  • Diiktiraf HALAL oleh ISA (Islamic Services of America). ISA diiktiraf oleh JAKIM. Jadi, walaupun tidak ada logo HALAL JAKIM terpampang pada botol, ini hanya kerana proses certification dilakukan oleh badan HALAL luar negara yang diperaku oleh JAKIM. 
  • Paling penting, ia murah dengan harga wajib beli!
Bagaimana rupa vitamin C organik yang digembar-gemburkan itu? Sama seperti yang anda bayangkan tak, yang mana harganya mungkin jauh lebih tinggi di pasaran luar.

Macam ni lah rupa vitamin C organik terbaik itu. Sama seperti yang anda lihat dalam bentuk 'loose' yang sudah dipakej semula.


>>>> KLIK UNTUK ORDER VITAMIN C <<<<

Harga: RM92.50
180 biji

Rupanya, ia produk Shaklee. Patutlah saya tau banyak pasal vitamin C organik yang disebut-sebut orang tu. Hehe. Kenapa saya kata 50sen je sebiji? Kalau tengok pada botol, ada 180 biji, dan harga pasaran RM92.50. Kalau dibahagikan 92.50/180 haruslah 50 sen je kan. Nak makan 2 biji sehari, kurang-kurang tahan 3 bulan. Jimat dan berbaloi!


Tips:
  1. Jika anda mengalami resdung, amalkan vitamin C bersama B complex, alfafa dan zink. Insyaallah sangat membantu.
  2. Jika anda mengambil vitamin untuk mendapat kulit yang cantik, amalkan bersama B-complex, Vitamin E, dan Energy Soy Protien (ESP).
  3. Untuk masalah jerawat degil, tambahkan Zink Complex pada tips no.2.
  4. Ibu mengandung tidak sepatutnya mengabaikan pengambilan vitamin C bagi mengelak pre-enclampsia sepanjang kehamilan.
  5. Lagi kebaikan vitamin C yang pernah saya tulis di sini.

Jadi, pastikan anda dapatkan kepastian sumber vitamin C organik yang anda beli. Pastikan dari pengedar Shaklee yang sah sahaja supaya anda mendapat harga terbaik, produk tulen dan nasihat sepatutnya bagi memenuhi keperluan anda.


ATAU..
 
Hubungi saya: 019-959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com untuk tempahan

************************************************************************
UPDATE:
STOK KEMBALI!!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT.


Vitamin C Shaklee 100mg (Chewable).
Vitamin C 100mg mengandungi bahan dan fungsi yang sama dengan 500mg. Beza cuma pada dos. Boleh dikongsi seisi keluarga. Boleh dimakan anak kecil, anak yang besar, ibu ayah atuk dan nenek. Kunyah ikut keperluan :). Anak makan sebiji, mak ayah makan 3-4 biji.

P/S: Stok juga terhad. Setau saya, beberapa pengedar sudah umumkan STOK HABIS. Meh beli kat sini la ye sementara ada ni.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah jerawat atau masalah kulit, alternatif kepada Vitamin C ini ialah Vitamin E. Paling penting untuk kecantikan kulit adalah vitamin yang mengandungi antioksidan - vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.

Infonya di sini ye:
* Vitamin E dengan formula ekstrak biji anggur 
* Vitamin E untuk hilangkan jerawat.

VITAMIN E SHAKLEE UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT
Vitamin E dan B complex untuk kulit

TAK MAHU TERLEPAS PELUANG MEMILIKI VITAMIN C ORI POPULAR?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Friday, August 3, 2012

Teaser: Protien soya tambah tenaga + menggebukan kulit

Kawan saya, mencuba Energy Soy Protien dalam seminggu dan tak sabar-sabar whatsapp sebelum berbuka...

Katanya dah jadi cantik sekarang...dan rasa lebih bertenaga walaupun berpuasa. Dahla kerja shif tak sama macam orang lain. Mula kerja jam 12 tengah hari, balik dah tengah malam. Tak perlu komplen badan penat, sebaliknya asyik senyum je sebab dah ada si penambah tenaga. Sumber semulajadi pulak tu.

Saya akan cerita tentang ESP nanti...
Tunggu ye :)

Tuesday, July 31, 2012

Cara Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tanpa kosmetik

Alat kosmetik/mekap terkenal dan mahal, banyak mendominasi iklan-iklan di televisyen. Ianya menyamarkan jerawat yang baru tumbuh, juga parut-parut jerawat yang masih berbekas. Pendek kata, ia melindungi kulit tak cantik, menampakkan ia seolah-olah sangat cantik dan sempurna. Walhal, hakikat sebenar hanya empunya badan yang tau. Kerana itu, perbezaan ketara akan terlihat sekiranya seseorang menunjukkan wajah sebenar tanpa mekap. Ah!!! Jerawat, kulit kusam, kulit berbelak, tona tidak sekata dan sebagainya.

Kosmetik/mekap mungkin berkesan untuk menutup cela kulit buat seketika. Namun, setiap orang pasti mengimpikan muka bermekap itu adalah muka sebenar. Jimat sikit kos beli mekap kan? Kalau lah jerawat itu boleh diracun, sah-sah dah kena racun. Dan kalaulah bekas jerawat itu boleh ditonyoh dengan kertas pasir, mungkin itu juga akan dilakukan untuk menghilangkannya. Hehe. 

Jom lihat faktor penyebab tumbuhnya jerawat dan cara menghilangkannya.

Faktor Tumbuhnya Jerawat:

Sunday, March 4, 2012

Petua kecantikan dan kesihatan tip top dari Dato' Siti Nurhaliza


Nama Siti Nurhaliza tak perlu diperkenalkan lagi. Siti si manis 17 waktu dikenali dulu sudah bergelar Dato' Siti pula. Kejayaan berterusan Dato' Siti dari mula mencipta nama hingga kini memang menjadi inspirasi. Apa saja yang dibuatnya, diwar-warkan, akan jadi ikutan. Sebab tu sekarang ramai dah kenal tudung Dato' Siti .

Selain kejayaan mencipta nama, Siti juga jadi sebutan kerana kecantikannya. Hingga kini, walau sudah memasuki 3 series, Siti masih berseri. Kata Siti waktu saya menonton Nona di TV3 tadi, dia mengamalkan 4 perkara:

1. Rehat yang secukupnya. Gunakan waktu yang terluang sebaik mungkin. Dapatkan tidur yang cukup.
2. Bersenam, menggerakkan otot dan menyahkan toksin tubuh melalui peluh.
3. Jaga pemakanan. Pastikan mengambil supplemen, terutama vitamin larut air yang perlu sentiasa diganti. Vitamin B (B for Beauty) dan Vitamin C tentunya (C for collagen - gam dlm badan yang mencantumkan sel-sel agar kulit lebih cantik dan tegang).
4. Jaga juga kecantikan dalaman - buang hasad dengki, penuhkan hati dengan cinta dan kasih sayang  - yang ni Siti tak sebut kot tadi.
5. Pilih produk penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan kulit anda.

Anda peminat Siti? Ikutilah tips-tips berguna ni ye :)

Shaklee punya rangkaian supplemen yang terbaik dan mampu dimiliki. Dari vitamin untuk kecantikan dan kesihatan hinggalah set penjagaan rumah - set get Clean.
Andai ada rezeki, mau juga saya mengesyorkan Shaklee pada Siti (entah-entah Siti memang makan Shaklee ni tak?). Setakat ni, mantan PM Dr Mahathir selebriti paling terkenal juga mengamalkan supplement ini. Jadi tak ada keraguan lagi kalau Dato Siti pun mau mencuba. Anda juga boleh cuba.


Thursday, February 16, 2012

Kosmetik pilihan saya: Pelembap/Krim muka tanpa paraben


Pelembap/krim muka pilihan saya mestilah yang tidak berminyak, tekstur yang ringan, mudah dicuci supaya senang nak berwuduk dan memberi kesan yang sepatutnya. Maksudnya, kesannya bukanlah kesan negatif melainkan yang positif belaka. Tak mau la bila pakai nanti, muka nampak bertompok-tompok, kulit mengelupas, dan paling ditakuti, kesan jangka panjang yang memudaratkan hingga merosakkan kulit muka yang dah sedia cantik ini :).

Setelah membelek-belek, fikir-fikir, saya pilih yang ini!

Enfuselle Hydrating Moisturizer untuk kulit normal hingga kering
(Untuk kulit berminyak, boleh pilih Enfuselle Balancing Moisturizer)

Teksturnya ringan, tidak berminyak, dan bila pakai bedak, semuanya sekata tanpa tompok-tompok. Paling penting, tak perlu bersusah payah nak bawa pencuci muka ke pejabat untuk menanggalkan krim ketika berwuduk nanti. Senang dan amat praktikal.


Lagi satu, saya tak perlu risau kesannya ke atas kulit di kemudian hari. Ia telah diuji secara klinikal di makmal dan disahkan oleh dermatologist. Tak ada paraben atau dye. Ianya hypoalergenic. Tak ada keraguan dan selamat digunakan. Saya mesti pilih!



Oh ya, dah siap dipatenkan sekali. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Enfuselle Hydrating Moisturizer:

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

Monday, January 2, 2012

Kulit cantik dengan kolagen dan Vitamin C


Kolagen yang disebut-sebut orang dalam penjagaan kecantikan kulit adalah salah satu dari beribu jenis protien dalam badan, yang menyambung dan menyokong tisu-tisu badan. Antara tisu-tisu badan tersebut termasuklah KULIT, tulang, otot, tendon, cartilage. Kolagen juga digelar sebagai 'gam' dalam badan. Makin kuat gam, makin melekat dan dekatlah tisu-tisu kulit, menjadikan kulit kelihatan tegang. Sebaliknya, tanpa kolagen secukupnya, tisu-tisu terpisah dan kulit mula nampak kendur dan berkedut.

Kolagen boleh dihasilkan sendiri dalam badan.  Untuk penghasilan kolagen yang secukupnya, ia memerlukan Vitamin C sebagai pemangkin. Tanpa vitamin C, kolagen tidak akan terhasil. Salah satu kesan kekurangan kolagen boleh dilihat pada pesakit scurvy. Kalau dilihat pada pola pemakanan pesakit ini, mereka kurang mengambil buah-buahan yang semestinya sumber utama Vitamin C.

Untuk merawat masalah kulit yang berkaitan dengan keanjalan kulit, sememangnya terdapat pelbagai produk di pasaran yang diiklankan mengandungi kolagen. Namun, pakar kesihatan lebih menggalakkan penekanan diberikan kepada meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Ia lebih semulajadi dan lebih selamat.

Oleh kerana penghasilan kolagen memerlukan Vitamin C, maka pastikan anda mendapat nutrien Vitamin C secukupnya setiap hari. Dos yang seringkali disarankan ialah 500mg sehari. Namun, pengambilan yang melebih 500mg tidak akan membahayakan selagi tidak melebihi 2000mg kerana Vitamin C larut dalam air dan mana-mana vitamin larut air yang berlebihan akan dikeluarkan juga melalui air iaitu urin.

Jadi, sekarang anda tau kan macam mana nak mendapatkan kolagen cara mudah, MURAH dan SELAMAT?
Dan sekarang anda ada lebih sebab untuk mementingkan pengambilan Vitamin C dalam diet harian.


Rujukan:

Roger J. Williams, Nutrition Against Disease, 1971. Pg 85-86 (paperback) 


* Nak order Vitamin C? Hubungi saya: 019-959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com.
Vitamin C Shaklee adalah dalam bentuk tablet, 500mg/tablet. 180biji sebotol. Boleh kongsi seisi keluarga/asrama :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...