Followers

Showing posts with label SAKIT SENDI. Show all posts
Showing posts with label SAKIT SENDI. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

Produk Sakit Lutut Eksklusif, Sangat Berkesan Dan Tak PerluTahan Sakit Berurut

Produk sakit lutut yang paling saya sukai ialah...produk yang telan sekali terus beri kesan luar jangka. Pengalaman sendiri (mungkin terseliuh) dua tiga hari susah nak lipat kaki hingga susah nak sujud dan duduk antara dua sujud. Selepas dua tiga hari bertahan hingga tak mampu menahan, saya cuba-cuba telan 2 biji AJHT, 2 biji Ostematrix dan 1 biji B Complex. Kesannya, Alhamdulillah, memang tak sangka! Esoknya dah OK, lega tak boleh cerita.
 
 
Nak kena urut?
 
Sebelum saya ambil keputusan mencuba, ibu cadangkan saya pergi berurut saja. Tapi, malulah kan. Sebab sakitnya bukan saja di pergelangan kaki, tapi melarat hingga ke urat betis dan paha. Dan mesti tak tahan sakit kena urut. Duduk tak buat apa pun dah sakit, ini nak bagi orang tambah tekanan kat tempat sedia sakit tu. Lagilah sakit.
 
Sakitlah kena urut! huhu
 
 
Sebelum ini memang dengar dan baca perkongsian keberkesanan produk ini. Ada yang kata emak yang susah berjalan dah boleh meniti perlahan-lahan. Ada perubahan yang ketara berbanding sebelumnya. Yang sakit pergelangan tangan, boleh pusing-pusing tanpa rasa sakit. Yang susah nak rukuk dan sujud, boleh solat sempurna. Yang selalu sakit tapak kaki tiap kali bangun pagi, bangun setiap hari dengan rasa selesa dan gembira.

Surirumah yang selalu sengal-sengal di sendi hingga terbengkalai kerja rumah pun puas hati dengan kesan yang dia alami. Sekarang ni bukan main ligat dia selesaikan kerja rumah, siap boleh teman suami join marathon tu.



 
Perubahan-perubahan positif yang dikongsi  ini bukan saja menggembirakan mereka, malah menjadi inspirasi untuk saya bagi menghadiahkan pada emak yang selalu sakit betis dan lutut. Kerana itu, tika kecemasan saya boleh je makan AJHT dan Ostematrix. Memang dah tersedia di rumah. Pernah dengar kan, 'what you give, you get back?" Hehe. Apa yang saya beri untuk emak, kan dah boleh guna untuk diri sendiri. Selamat tak payah berurut.
 
Kenapa saya berani bagi produk ini untuk emak dan makan sendiri berbanding ubat sakit urat/sakit lutut tradisional mahupun jamu di pasaran? Ini kerana, keluarga saya di Kelantan. Kelantan ni dekat sangat dengan Thailand. Produk ubatan Thailand biasa dijual di keda-kedai di Kelantan. Ubat tanpa deskripsi, yang tak ada cop KKM, tak tahu kandungan asalnya. Tentulah bahaya.
 
Pilihan lebih selamat, bagi AJHT yang dibuat dari ekstrak jagung, mengandungi Glucosamine, dan diperkaya dengan ekstrak Boswelia yang punya kajian  sah mengenai keberkesanannya untuk mereka yang menderitai sakit lutut, sakit kaki, sakit urat. Kemudian tambah dengan Ostematrix, yakni kalsium untuk menguatkan tulang. Nak lagi best, tambah Omega Guard yang meredakan keradangan saraf.
 
AJHT, Omega Guard dan Ostematrix - gabungan mantap untuk sakit lutut dan sakit urat
 
Cubaan makan AJHT dan Ostematrix sebagai pengganti ubat sakit lutut mujarab pada saya. Kalau anda nak cuba dan rasai keberkesanan produk yang selamat ini, boleh hubungi saya sekarang. konsultansi percuma tau :)
 
Kalau ada sakit urat, sakit sendi, boleh cuba.
 
 
 
 
Nak Produk Sakit Lutut Yang Berkesan dan Selamat?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia
Ke mana saja yang ada servis Poslaju!
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

Thursday, September 4, 2014

Sakit Badan dan Sendi Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak, AJHT dan Kalsium Melegakan

Sakit-sakit badan selepas bersukan dan melakukan aktiviti lasak memang tak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti tersebut dilakukan tiba-tiba. Tanpa senaman ringan, tanpa latihan dan di luar kebiasaan. Selain itu, lenguh badan ni juga senang nak dapat bila berjalan jauh akibat duduk dalam kenderaan untuk tempoh yang lama. Dah dekat musim kenduri ni, ramai juga yang sakit badan masa buat kenduri. Buat kenduri pun penat tau. Guna banyak tenaga. 
 
Cuti Hari Merdeka 2 hari yang lalu, saya juga hampir sakit badan, lenguh betis, sakit pinggang dan urat. Semuanya gara-gara buat aktiviti luar tabii. Eh, aktiviti luar dari jadual harian biasa. Hari pertama, saya menyertai Kem "Jom Hebat Utara 2014". Kem untuk ahli Shaklee di bawah kumpulan iReach yang dinaungi Master Lyna dan Master Zainul. Program ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Program sehari ini diisi dengan 'ceramah motivasi', dengar cerita dan pengalaman mereka yang berjaya dalam Shaklee, dengar cerita sebenar di sebalik isu Roger Barnett dan Israel, cerita tentang pilot yang bawa kapal angkasa juga atlet Olimpik makan Shaklee dan sesi rebut hadiah. Nampak santai tapi penat jugak sebenarnya ;)

Bertugas sebagai AJK untuk program yang sangat best ni, tak dapatlah nak duduk-duduk santai sepenuh masa dalam dewan. AJK kena lari sana sini jugak lah kan semasa majlis berlangsung. Dah habis program, kena bersih dewan dan angkut sampah lagi. Memang penat! Penat yang best. Malamnya, dapat jemputan makan malam dari Master Lyna dan sempat berkenalan dengan leaders Shaklee yang lain. Kari Kepala Ikan Pan Mutiara sangat sedap dan kena dengan selera semua.
 
Esoknya pula, kami mengikuti Eco Fun Challenge di Taman Botani, Pulau Pinang. Kalau diikutkan, lenguh kaki pusing nak pusing satu taman yang luas ni cari harta karun. Tapi masing-masing gigih mengheret kaki membaca setiap label di pokok-pokok dalam taman untuk dapatkan jawapan. Semuanya semata-mata nak dapat hadiah lumayan dari Master Mommy Lyna. Hadiah Ipad! Manalah tak gigih. Nasib baik malam tadi dah telan 2 biji AJHT dan 2 biji Ostematrix. Kakiku lari gagah berani, tak ada sakit sendi!
 
 

Kenapa telan AJHT dan Ostematrix Sebelum dan Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak?

Pertamanya sebab si lelaki lasak ini telah merasa kesan pengambilan suplemen. Beliau dulu tahan hati untuk bersukan dan beriadah dengan kawan-kawan. Sakit. Tak boleh lasak-lasak. Kalau sekarang ni, pantang ajak, memang OK je!



AJHT fungsi istimewanya untuk melegakan sendi dan otot. Jadi, memang patut la kan ambik 2 biji seperti yang dicadangkan bila dah beraktiviti seharian dari pagi sampai malam sampai esok pagi dan petang. (oh panjangnya tempoh aktiviti. Seronok betul join team Shaklee yang aktif ni).
 
Ostematrix pula kalsium lengkap dengan vitamin D. Fungsinya menguatkan tulang dan juga melegakan ketegangan otot.
 
Selepas makan...kuranglah sakit badan dan legalah betis dan tulang belakang. Kaki pun ok je jalan banyak. Tak sakit langsung. Hasilnya....kami mampu berjalan mengelilingi Taman Botani yang luas dan cantik tu...dan menang tempat ketiga! Dapat hamper.  (kecewa  juga tak dapat Ipad). Aktiviti treasure hunt ni kira aktiviti sukan jugak lah kan sebab berpeluh-peluh dibuatnya.

Alhamdulillah. Setelah beberapa kali merasai 'best'nya jalan banyak dan jalan jauh tanpa sakit badan, sakit kaki, dan sakit pinggang... saya pastikan AJHT dan Ostematrix sentiasa ada bersama. Samada di rumah mahupun dalam travel kit. Hidup lebih mudah dan ceria dengan set kelegaan sendi ni.


AJHT dan Ostematrix untuk melegakan sakit badan dan sendi selepas sukan dan aktiviti lasak
 

 Set Kelegaan Sakit Badan Dan Sendi Shaklee ni sesuai untuk:

  • Lelaki
  • Wanita
  • Ahli sukan
  • Orang tua
  • Wanita lepas bersalin/dalam pantang
  • Tergeliat, patah tulang
  • Mereka yang gemar bersukan
  • Mereka yang gemar beraktiviti lasak
  • Mereka yang mengalami sakit sendi
  • Mereka yang mudah rasa penat dan sakit badan
Anda boleh hadiahkan pada diri sendiri dan orang tersayang.
Saya bagi emak saya set sendi untuk masalah sakit betis dan sakit lutut. Alhamdulillah kini dah pulih. Saya tak perlu risau lagi.

 
NAK HILANGKAN SAKIT BADAN, SAKIT URAT DAN SENDI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


 

Wednesday, August 14, 2013

Sakit Urat Selepas Bersalin

Sakit Urat Selepas Bersalin, Telan sebiji AJHT je sehari

 
Tema sakit urat pulak minggu ni. Haritu cerita sakit urat kaki, ni cerita sakit urat selepas bersalin. Saya dapat inspirasi dari cucu saudara ayah yang masih berpantang, singgah beraya di rumah dan beli AJHT untuk sakit urat (kalau dengan saya jadi apa eh? cucu sepupu ye?).
 
Sembang-sembang raya, sambil makan durian (orang baru lepas bersalin makan duriannnn). Maklum ler, raya ke-5.  Ketupat rendang nasi himpit sate semua dah habis kan. Dah habis makan, nak basuh tangan tetamu kena masuk dapur cari sinki sendiri. Hehe. Kebetulan kat situ ada Dish Wash Shaklee yang berbuih banyak dan wangi tu. Dari situ lah dia tau saya guna Shaklee. Bukan takat guna je, dah jadi ahli, dah jadi ejen Shaklee yang Berjaya gitu ;p
 
Dari sembang raya, masuk pulak topik Shaklee ni. Katanya dia pun ambil Shaklee untuk pantang. ESP, Ostematrix, dan Alfafa. Susu melimpah ruah, sampai basah lantai katanya :) (tuan dia tak perasan susu dok meleleh).
 
Dah ada vitamin untuk menyusu, dia tanya sekali supplemen untuk sakit urat. Orang baru bersalin kan selalu sakit-sakit urat dan nak kena berurut.
 
Dia nak beli AJHT untuk diri sendiri sebab kak longnya pun makan AJHT dan sangat puas hati. Lega sakit-sakit urat, lepas makan sebiji AJHT sehari. Sebiji je sehari ye :)
 
Dah rezeki beli untuk ayah sakit lutut hari tu, terus beli banyak-banyak AJHT. Mana tau orang beraya tanya ubat sakit urat, boleh la beraya sambil mengurat, eh sambil legakan urat dengan supplemen semulajadi. Jadi, cucu sepupu pulang dengan gembira selepas dijamu durian dan dapat bekal durian DAN AJHT Shaklee untuk sakit urat :)
 
Puan-puan yang baru bersalin nak cuba AJHT ni boleh call saya cepat-cepat ye. Ada tawaran istimewa menanti. Terlepas rugi ;)
 
Suami prihatin pun jangan ketinggalan hubungi saya untuk dapatkan AJHT untuk isteri tersayang yang bersusah payah melahirkan :)
 
 
NAK HILANGKAN SAKIT URAT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 

Tuesday, August 13, 2013

Sakit Urat Kaki: AJHT dan Ostematrix jadi penawar

Sakit urat kaki di hari raya. Ini cerita saya sendiri. Entah macam mana tak perasan tersalah urat. Almaklum dok sibuk angkat air dan juadah buat tetamu yang datang bertandang. Masa semua orang ada memang tak terasa. gembira sangat gamaknya.
Sakit urat kaki mula terasa waktu solat. Susah sangat nak duduk antara dua sujud. Tak boleh lipat kaki. Ya Allah sakit sangat. Pedih pun ye. Nak bangun berdiri tegak lepas tu pun terhegeh-hegeh. Nah, macam ni lah gamaknya orang-orang tua rasa. Sukar nak berjalan, nak berdiri, nak solat, nak bergerak.
Akhirnya, mak ajak pergi berurut. Tapi....malu la pulak nak pergi berurut. Sure sakit. Seboleh mungkin nak tangguh dulu biar sembuh sendiri. Manalah tahu urat terbelit sebab tiba-tiba makan pagi kan selepas sebulan puasa tak makan..hehe. Dari tangguh sehari, masuk dua hari dan 3 hari. Setiap hari dok gosok-gosok sendiri je. main agak-agak je la urut kat mana rasa tegang. Dari tapak kaki, betis, peha dan punggung. Lepas tu rasa kurang sikit. Tapi esoknya rasa lebih sakit dari semalam -- dan bengkak pulak tu.
Ah tak boleh jadiii. Kena buat sesuatu. Akhirnya, telan 3 biji ostematrix dan sebiji AJHT (Advanced Joint health Tablet). Duduk diam dan tidur. Esoknya, Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Nak duduk bangun pun senang. Paling penting, duduk antara dua sujud, sempurna seperti selalu. Normal. Tak ada rasa sakit lagi. Sungguh sihat itu nikmat.
Siapa sangka, AJHT yang dibawa pulang di hari raya untuk ayah yang sakit lutut akhirnya berguna untuk diri sendiri yang sakit urat tanpa sengaja. AJHT dan ostematrix, seperti yang telah saya huraikan kelebihan dan kegunaannya menjadi 2 vitamin penting untuk mereka yang mahu mencari penawar masalah sendi dan urat.

Masalah sakit urat sakit sendi ni, orang muda macam saya pun boleh kena. Kawan saya pun ada cerita masalah yang sama, dan penawarnya juga sama. Hehe. Tak caya dengar ni:



NAK HILANGKAN SAKIT URAT DAN SENDI?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Message saya di fanpage Young & Generous.
Hubungi saya cepat-cepat kalau nak tau tawaran istimewa :) Terlepas nanti rugi pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...