Followers

Thursday, January 3, 2013

Vitamin Untuk Memutihkan Kulit

Saya selalu dapat pertanyaan, "Kak, vitamin C ni boleh putihkan kulit tak?"


Lalu, dengan senyum dan sabar kakak ini menerangkan, "Vitamin C ni boleh mencerahkan kulit. Mengikut pemahaman orang melayu, boleh putihkan kulit la tu. Tapi, bukan makan sehari, seminggu terus putih melepak. Jadi, kena faham fungsi vitamin C atau vitamin-vitamin lain untuk dapatkan kulit putih ni. Maklum saja, standard orang sekarang, nak dapat kulit putih macam Adira, dalam masa sesingkat mungkin. Lagi, definisi kulit cantik bukan semestinya 'putih' :) ".

Kulit akan kelihatan cerah/putih dan cantik sekiranya:
  • kulit tegang tanpa kedut-kedut yang menampakkan ciri-ciri 'tua'
  • kulit berseri, tidak kusam, bebas anemia
  • tuan empunya diri sentiasa ceria, suka senyum dan sentiasa berfikiran positif
  • kulit memang dah sedia putih sejak lahir (faktor genetik)

Bagaimana Vitamin C memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin C menghalang serangan radikal bebas yang akan menyebabkan sel kulit rosak, kusam dan berkedut. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang memelihara kesihatan, ketegangan dan kelicinan kulit. Untuk memastikan kulit cerah pula, vitamin C berperanan menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.


Bagaimana Vitamin E memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin E, vitamin larut lemak merupakan salah satu antioksidan yang berkuasa  menghalang serangan radikal bebas. Komponen radikal bebas ini adalah penyebab kepada wujudnya tanda-tanda penuaan, seperti kedut pada kulit. Senang kata, radikal bebas merosakkan kulit yang cantik, sihat, muda, tegang!  Oleh kerana itu, kita sangat-sangat memerlukan penghapus radikal bebas - antioksidan! 

Selain menghalang radikal bebas, vitamin E juga penting dalam peredaran darah. Sistem peredaran darah yang sempurna dan sihat menggalakkan penghasilan sel kulit  baru yang sihat (dan cantik tentunya!). Kerana itu, orang yang mengamalkan pengambilan vitamin E akan perasan kulitnya kelihatan kemerah-merahan, berseri macam pengantin.

(Saya amat menggalakkan pengambilan vitamin E untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam)

Bagaimana Vitamin A memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin A merupakan satu lagi antioksidan, yang paling berkuasa antara ketiga-tiga ahli kumpulan antioksidan yang dikenali dalam singkatan ACE. Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. 
Vitamin A sangat penting juga dalam penghasilan sel baru yang sihat disamping memelihara sel kulit yang lama. Vitamin A juga sebenarnya amat diperlukan untuk menghalang kulit kering melalui penghasilan sebum - minyak semulajadi dari badan untuk kelembapan kulit.


Bagaimana Zink memutihkan/mencerahkan kulit

Zink penting dalam penjagaan kulit, apatah lagi yang nak kulit cantik dan putih. Kenapa? Kerana zink sebenarnya mempunyai property seperti antioksidan (walaupun tak sepower ACE). Zink mempercepatkan penyembuhan luka pada sel kulit - sama ada jerawat, luka biasa. Kekurangan zink menyebabkan tumbuhnya jerawat, atopic dermatitis atau psoriasis.

NAK TAMBAH SERI KULIT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.




Thursday, December 27, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat dengan Vitamin E



Jerawat sangat digeruni, ditakuti dan dibenci. Seboleh mungkin, ia cuba dielakkan sebelum ia keluar. Jerawat mencacatkan penampilan, mengurangkan keyakinan dan menambahkan tekanan pada si penderita. Pelbagai cara dan petua dicuba untuk menghilangkan jerawat di muka. Moga-moga kulit kembali berseri, cantik semulajadi. Tak perlu tempek bedak dan kosmetik tebal dan mahal-mahal lagi - yang sebenarnya membuatkan jerawat bertambah teruk.

Vitamin E Menghilangkan Jerawat ke?

Vitamin E adalah nutrien penting yang bertindak sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum waktu dan juga kanser. Selain itu, berita baik untuk gadis-gadis dan jejaka-jejaka di luar sana, ia juga boleh merawat jerawat sedia ada, mengurangkan kesan parut dan mencegah tumbuhnya jerawat baru.

*Vitamin E sesuai untuk lelaki dan wanita

Cara Terbaik Menggunakan Vitamin E Untuk Menghilangkan Jerawat

Vitamin E boleh diguna secara luaran atau dimakan untuk memulihkan kesihatan dari dalam. Paling baik tentulah apabila dimakan. Ia merawat secara alami, perlahan namun teratur. Apabila nutrien Vitamin E ini mencukupi dalam badan, ia menghalang minyak terperangkap dalam pori-pori yang menyebabkan mudahnya bakteria membiak lantas menyuburkan jerawat.

Selain dimakan, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan minyak vitamin boleh disapu pada radang/inflamasi/jerawat. Insyaallah ianya akan perlahan-lahan surut. Jika vitamin E terlalu pekat dan likat, boleh tambahkan beberapa titik minyak zaitun untuk mendapat tekstur lebih ringan :)

Tips Memilih Vitamin E Terbaik

Tiba masa memilih, harus diingat yang terbaik adalah yang semulajadi supaya diserap secara optimum oleh badan. Sekiranya membeli supplemen dari farmasi, kenalpasti vitamin semulajadi atau sintetik melalui labelnya:
  • vitamin semulajadi dilabel sebagai d-alpha tocopherol. Vitamin sintetik dilabel dl-alpha tocopherol. Beza pada 'l'.
  • Vitamin E diserap secara optimum apabila diambil bersama Selenium.

Vitamin E Shaklee memenuhi kedua ciri ini.

Vitamin E Complex Shaklee, diperhebat dengan ekstrak biji anggur menjadikan ia vitamin E terbaik di pasaran.

TAK SABAR NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN VITAMIN E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Friday, December 21, 2012

Doa Untuk Cantik


Doa Untuk Cantik


Amalan setiap kali melihat cermin:



Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik.





Monday, December 17, 2012

Produk Omega 3 terbaik

Kenalpasti Ciri-ciri Produk Omega 3 Terbaik

Omega-3 dikenali sebagai nutrisi terbaik untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Ia juga boleh mengurangkan keradangan pada sendi (artrithis), merendahkan kolestrol, memastikan kesihatan jantung. Lebih unik lagi, asid lemak istimewa ini juga dieksploitasi secara meluas untuk mengurangkan lemak-lemak berlebihan (aka kegemukan) - tak hairanlah ramai juga yang membeli Omega Guard Shaklee dalam misi menguruskan badan. Katanya, makan Omega lagi cepat turun berbanding Lecithin.

Dengan pelbagai fungsi kritikal di atas, maka produk Omega 3 juga harus dipilih secara kritikal. Bukan boleh main beli je.

Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan sebelum membeli Omega-3:

Kenalpasti Sumber Omega 3

  • Sumber terbaik dari ikan laut dalam


Pastikan kandungan yang tepat - EPA dan DHA yang tinggi

  • Semak kandungan minyak ikan, kandungan DHA dan kandungan EPA. Paling penting DHA dan EPA, bukan pada jumlah kandungan minyak ikan semata-mata.

Keistimewaan/Kelebihan Omega Guard Shaklee


  • dibuat dari minyak ikan laut dalam, berbanding sesetengah produk yang menggunakan minyak hati ikan. Orang pun dah tahu sekarang kan hati sebenarnya tak elok untuk kesihatan sebagaimana sunnah tidak menggalakkan kita makan organ dalaman.
  • mengandungi kesemua 7 asid lemak penting - yang terpenting adalah EPA, DHA, ALA.
  • kandungan EPA dan DHA TERTINGGI dibandingkan dengan beberapa produk pilihan di pasaran.
  • harga berpatutan, setanding kualiti. Jika dibuat perbandingan antara pelbagai jenama di pasaran, Omega-3 dari Shaklee masih dikira murah walaupun bukan yang termurah (Harus banding berapa kandungan DHA dan EPA ya, bukan pada harga dan berapa kapsul yang ada sahaja.
  • melalui proses penyulingan molekul berperingkat yang ketat untuk mendapat minyak ikan tulen berkualiti tinggi. Proses ini memastikan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, PCBs, leads, arsenik, kadmium dan xxx dinyahkan sepenuhnya.
DHA DAN EPA TERTINGGI DALAM SHAKLEE OMEGA GUARD
Terbaik dalam kelasnya!

Testimoni pengguna yang menggunakan Omega Guard Shaklee

  • kolestrol turun - macam cerita kawan saya ni yang menghadiahkan minyak ikan untuk ayahnya.
  • Berat pun turun, kurang lemak-lemak degil
  • Anak yang kerap kena serangan asma perlahan-lahan pulih, Alhamdulillah
  • Ibu mengandung yang mengamalkan Omega lebih bertenaga, lebih yakin akan perkembangan kandungannya.
  • Ibu-ibu yang membeli Mealshake dan Omega berpuas hati selera makan anak makin bertambah
  • Sakit sendi, sakit lutut, lenguh-lenguh dan kebas-kebas berkurang dan hilang apabila Omega di ambil bersama Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrix. 

Harga Omega Guard Shaklee: RM136, 90 kapsul


MAHUKAN OMEGA 3 TERBAIK?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 


Tuesday, December 11, 2012

Vitamin Kesuburan Untuk Cepat Hamil

SAYA NAK MENGANDUNG CEPAT-CEPAT
Saat kehamilan yang diidamkan setiap wanita bergelar isteri

Musim sekolah macam sekarang ni, ramai yang buat kenduri. Walimatul urus meraikan pasangan pengantin baru. Setelah selesai bab melangsungkan perkahwinan, tiba pula bab merancang rumah tangga. Salah satu bab penting, nak dapat anak! Ada yang nak cepat-cepat mengandung, nak timang cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka, pelbagai perancangan dan persediaan dilakukan. Pelbagai tips dan petua dicuba semata-mata mahu hamil segera. Teruja!

Apabila berbicara nak hamil cepat ni, soal kesuburan suami dan isteri menjadi faktor penting. Walaupun yang mengandung nanti adalah isteri, suami jangan pula buat tak endah kesihatan sendiri. 

Jadi, apabila sesetengah pasangan bertanya, "Kak, ada tak vitamin nak subur?"
Maka, kakak ini akan tanya balik, "Nak vitamin untuk suami atau untuk isteri je?"

Vitamin Kesuburan untuk Isteri

GLA Complex (Omega-6) : 

  • membetulkan kitaran haid untuk mengenalpasti 'hari-hari subur', meninggikan peluang persenyawaan antara ovum dan sperma. GLA Complex Shaklee diperbuat dari borage oil, sumber berbeza dari EPO, untuk fungsi yang sama - membantu kesuburan wanita. Ia juga membantu dalam masalah 'telur kecil'.

Vitamin Kesuburan untuk Suami

Vitamin E: 

  • membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Kebanyakan lelaki tidak subur kerana masalah radikal bebas yang merosakkan sperma. Oleh kerana sel membran sperma jenis 'berlemak', ia perlu dilindungi oleh vitamin antioksidan larut lemak iaitu Vitamin E.

Zink:

  • Zink diperlukan untuk membina testeron dan hormon-hormon penting bagi lelaki. Selain itu ia juga untuk pembentukan sperma sihat dan semen. Jadi, ternyata bekalan zink yang mencukupi membantu meningkatkan kesuburan seorang suami. Kajian menunjukkan lelaki yang mengambil supplemen ini selama 6 minggu mempunyai paras testeron  dan bilangan sperma lebih tinggi, dan...isteri mereka berjaya mengandung! Alhamdulillah.
Selain vitamin khusus di atas, vitamin-vitamin lain yang perlu dikongsi suami isteri adalah:

B-Complex (Asid folik): 

  • Asid folik sentiasa memainkan peranan penting untuk seorang wanita, tak kira sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Vitamin C:

  • menghapuskan radikal bebas yang mengancam keselamatan sperma, ovum dan ovum yang telah disenyawakan. 


SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI


Usaha, doa dan tawakal. Insyaallah...

Tak sabarnya nak cium bau baby!

Ini salah satu testimoni pelanggan saya yang Berjaya hamil selepas 5 tahun mencuba. terharu sangat rasanya. Alhamdulillah. Allahuakbar!



NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 

Monday, December 10, 2012

Set Breastfeeding Shaklee Tidak Berkesan Untuk Tambah Susu Apabila...

Sejak Set Breastfeeding Shaklee diperkenalkan, ia mendapat banyak respon positif dari pengguna. Terutamanya ibu-ibu yang berazam melengkapkan tempoh penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Mereka berpuas hati, jatuh cinta dan menggunakan secara konsisten. Tak cari produk lain dah. Tak hairanlah, jika ramai pengguna mula upgrade diri sendiri jadi pengedar pula. Maklumlah, bila dah makan tu rasa bertenaga, sihat, segar, susu bertambah, anak sihat, berbaloi dengan wang yang dilaburkan, suami pun bagi sokongan...bahagialah kan :)


Namun, ramai tak tahu set breastfeeding ni sebenarnya tak berkesan seperti 'magic' pun.

Faktor-faktor susu merudum walaupun menggunakan Set Breastfeeding Shaklee atau milk booster lain:

  • Bergantung sepenuhnya pada 'milk booster'. Dalam kes ini, set Breastfeeding Shaklee (sama ada set B, set Euphor4 Plus atau set 3M)
  • mengharapkan keajaiban susu bertambah dengan tiba-tiba setelah menggunakan dalam waktu yang singkat. Reaksi dan tindakbalas sesuatu milk booster adalah unik pada setiap ibu. Ada yang cepat dan ada juga mengambil masa lebih lama. Kuncinya adalah SABAR dan ISTIQAMAH.
  • mengabaikan konsep asas penyusuan iaitu hukum permintaan dan pengeluaran. Stimulasi susu memerlukan sesi mengepam yang kerap dan konsisten untuk menghantar isyarat yang betul ke otak bagi menghasilkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.
  • mengabaikan menu pemakanan sihat dan lengkap 
  • kurang minum air. Seorang ibu seharusnya minum 2-3 liter air sehari.
  • tertekan. 
  • meninggalkan amalan rohani.
  • tidak yakin dirinya mampu membekalkan susu yang mencukupi untuk keperluan anak. Keyakinan adalah seperti doa. Jika yakin boleh, seolah-olah sedang meminta dan yakin Allah akan membantunya memenuhi keperluan si anak. Begitu juga sebaliknya
Ini antara komen pelanggan saya yang menggunakan set Breastfeeding Shaklee, basic set (Set B):

Vitamin menyusu atau apa jua milk booster yang kita gunakan, ia cuma pemangkin. Asasnya tetap perlu dilakukan secara berterusan. Istiqamahlah dalam semua amalan :)

SET 3M SHAKLEE
Vitamin-vitamin yang terkandung dalam set breastfeeding Shaklee. Menambah tenaga, mengurangkan tekanan dan melancarkan penyusuan Insyaallah.

Set Breastfeeding Shaklee Basic (Set B):

Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa

Set Breastfeeding Shaklee Eu4 Pack:


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix

Set Breastfeeding Optimum (set 3M):


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix
Energy Soy Protien (ESP)



Semoga ibu-ibu mendapat manfaat yang banyak dari perkongsian ini. Konsisten dengan amalan semasa dan menggunakan set penyusuan sebagai pemangkin untuk menambahkan hasil.



NAK TAMBAH SUSU BADAN DAN LEBIH BERTENAGA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 



Sunday, December 9, 2012

Produk kuruskan badan yang selamat untuk ibu menyusu

9 bulan mengandungkan bayi, banyak perubahan berlaku pada fizikal seorang ibu. Paling ketara, berat badan bertambah. Perubahan hormon semasa hamil kadangkala menyebabkan selera makan bertambah lebih dari biasa. Jadi, bila dah selalu makan mestilah berat bertambah-tambah kan. Jadi, si ibu mula merancang untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin, kurus cantik bak remaja.

Selepas bersalin, ibu menyusu punya kelebihan untuk mendapat kembali berat asal dengan lebih cepat. Namun, ia tidak semestinya sama bagi setiap orang. Di sinilah bermulanya dilema seorang ibu. Antara keinginan untuk cantik dan juga keperluan anak yang masih menyusu. Apa pun cara, 

Satu-satu produk yang di pertontonkan cuba dicari kelebihan dan kebaikan untuk diri tanpa menjejaskan pengeluaran susu dan keserasian untuk anak serta selamat untuk keduanya. Salah pilih produk takut menyesal pulak kan. Seorang ibu tak akan sanggup untuk menyebabkan kesan buruk pada anaknya samada secara langsung atau pun tidak langsung. Tak mahu pengeluaran susu terganggu atau menyebabkan anak meragam kerana ketidakserasian dengan produk.

Ada tak produk yang selamat untuk ibu menyusu kembali slim?

Vitamin untuk kurus yang saya cadangkan dari Shaklee untuk ibu-ibu seperti ini, membantu dalam penyusuan dan dalam masa yang sama membantu ibu menguruskan badan tanpa rasa bersalah. Kelebihan dua dalam satu. Penyusuan lancar sambil mendapatkan berat badan idaman.

Inilah dia vitamin untuk kurus yang selamat untuk semua, termasuk ibu menyusu juga.

PRODUK UNTUK KURUS YANG SESUAI UNTUK IBU MENYUSU
Set kurus Shaklee: Lecithin, Vitalea, Alfafa dan herb-lax untuk membantu menguruskan badan...


Jom bandingkan dengan set menyusu:

Sama kan vitamin untuk kurus dan vitamin untuk ibu menyusu. Ada alfafa dan vitalea juga.

Vitamin untuk kurus adalah subset kepada set breastfeeding Shaklee yang popular itu. Cuma tambahkan Lecithin untuk membantu memecahkan lemak-lemak degil. Di samping itu, Lecithin juga membantu ibu mengatasi masalah bengkak susu dengan mudah. Cuma telan 3 biji ketika bengkak susu menyerang, sebelum ia melarat.

Jadi, ibu tak perlu risau lagi. Selamat untuk bayi, bermanfaat untuk ibu :)

P/S: Ibu-ibu juga boleh memilih untuk menggantikan Lecithin dengan Omega-3 bagi menyahkan lemak.


TAK SABAR NAK KURUS SEMASA MENYUSU?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...