Followers

Tuesday, May 20, 2014

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit Anak Dara Kesayangan

Makkk!!! Muka cantik dah naik jerawat!!!

Jerawat yang tumbuh di muka anak dara kesayangan boleh buat ibu ayah tersenyum. Ia petanda anak kecil itu sudah menuju dewasa. Tapi, sedarkah ibu ayah apa yang si dara rasa? Muka yang pernah licin bersih bertukar hodoh membuat dia rasa sedih dan tertekan. Di saat dia mahu dilihat cantik, dipuji, didekati ramai orang, cela di wajah mengurangkan keyakinan diri.

Dengan kulit berjerawat, ahhh...malu pulak nak menonjolkan diri. Dahla zaman sekarang ni satu 'klik' saja, wajah kita boleh terpampang di mana-mana. Di Facebook, Twitter, Instagram, apa saja. Penat nak ber '360' setiap kali nak nampak cantik dan sempurna. Mak ayah pun pernah begitu suatu waktu dulu kan? Malu nak pergi kelas kalau tiba-tiba ada benjolan merah dan bernanah di muka. 

Keadaan terdesak nak cantik, memungkinkan anak dara yang dimanja mencuba apa saja produk 'segera' yang bersepah di pasaran. Bila kawan kata produk A bagus, pakai seminggu kulit jadi putih dan gebu. Itulah produk yang akan dicubanya. Tapi AWAS, anak dara anda harus dilindungi dari produk 'segera' yang membahayakan dirinya. Kesan baik nampak sekarang, kesan buruk mungkin setahun dua lagi. Kesemua bahan kimia tak selamat yang tersembunyi dalam produk 'super power' ni bagai bom jangka...meletup akhirnya bila tiba tempoh hayatnya.
 

Ada tak produk yang selamat untuk kecantikan anak kesayangan?

Ada.
Jika anak perempuan mudah berjerawat ketika 'datang bulan', ia ada kaitan dengan hormone. Jadi, vitamin terbaik untuknya adalah GLA Complex aka Omega 6 yang mengurangkan keradangan kulit. Bukan saja bagus untuk kulit agar bersih dari jerawat dan kulit berminyak, malah ia sangat membantu gadis yang ada masalah senggugut/PMS.
 
GLA Complex Untuk Kulit Dan Senggugut.
Mengandungi GLA, Vitamin E dan Minyak Bunga matahari

Itu je?
Ada lagi.
Vitamin terpenting untuk kecantikan.
Vitamin C. Ia bukan sekadar untuk mereka yang mahu kulit licin berseri malah ia kritikal untuk mereka yang mahu kualiti kesihatan  optima. Vitamin C Shaklee yang pernah jadi fenomena dengan label "Vitamin C Organik" kononnya hingga kehabisan stok berbulan-bulan. Sekarang, stok Vitamin C terbaik ni sudah kembali. Jangan biarkan ia habis dibeli orang lagi.
 
Vitamin C Sustained Release
Terbaik untuk kecantikan kulit si gadis cantik
 
 
Anak dara tersenyum kembali dapat produk yang betul dan selamat untuk remaja sepertinya.

Perlukan konsultansi percuma untuk memilih vitamin Kecantikan?
SMS/Call/Whatsapp Yong 019 959 8249
Pengedar Shaklee Pilihan

Monday, May 19, 2014

Hamil Lewat Usia: Risiko dan Cara Mengatasi

Gembira hamil walau di usia agak lewat
(google image)
Kata pakar, usia terbaik untuk hamil adalah pada umur 20-an dan awal 30-an. Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas lebih berisiko untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Namun begitu, fenomena kahwin lambat mengakibatkan kadar kehamilan selepas umur 35 tahun lebih tinggi pada ketika ini. Justeru walaupun berisiko, positif mengandung anak pertama tetap membahagiakan.

Kadangkala, kehamilan lewat usia ini juga berlaku tanpa dijangka. Anak 'bongsu' yang ada sudah di usia remaja, tiba-tiba dapat khabar hamil lagi anak 'bongsu' kedua. Surprise betul!

Tak kira apa pun sebabnya, takut dan risau pasti terselit di hati lantaran faktor usia yang sudah agak lewat. Soalnya, apakah risiko mengandung selepas 30-an atau 40-an? Adakah risiko ini boleh diatasi?

Positif mengandung umur 40 tahun?
Bertenang dan fikir yang positif saja :)

Risiko hamil lewat pada ibu dan bayi

  • Kadar keguguran lebih tinggi
  • 1% daripada kehamilan di usia ini berisiko mendapat bayi down syndrome
  • Kegagalan saraf tunjang pada bayi
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai imunisasi rendah dari bayi normal
  • Kecacatan pada bayi kerana kecacatan kromosom
  • Keletihan melampau pada ibu
  • Risiko kesihatan bagi ibu berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  • Masa kelahiran (labour time) lebih lama


Cara Mengurangkan Risiko Hamil Lewat

  • Jaga pemakanan - ikut diet sihat untuk ibu mengandung
  • Elakkan kerja berat dan aktiviti lasak
  • Rehat secukupnya
  • Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual
  • Dapatkan pandangan dan nasihat pakar
  • Dapatkan sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga
  • Berfikiran positif dan elakkan tekanan perasaan
  • Pastikan pengambilan supplemen secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi. Asid folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang pada bayi. Ia sebaiknya diambil sebelum hamil -- jadi, make sure ini vitamin wajib ya wanita yang dikasihi sekalian.
  • Supplemen semasa hamil yang perlu:
    • Asid folik dan B-Complex
    • Zat besi
    • Multivitamin dan Multimineral
    • Kalsium
    • Vitamin C
    • Omega-3
    • Protien
Kesimpulan, tiada masalah untuk hamil walaupun berusia asalkan kesihatan ibu di tahap optima.
Suplemen semasa hamil dari Shaklee
Call/SMS/Whatsapp Pengedar Shaklee untuk order: 019-959 8249


Ini contoh ibu yang hamil anak keempat pada usia 34 tahun (walaupun belum 40-an, tapi kategori dah agak lewat). Beliau pada asalnya sangat lemah tak bertenaga, tapi telah mencuba makanan tambahan. Hasilnya, kesihatan bertambah baik. Tenaga pun bertambah. Mampu berpuasa penuh. Anak yang lahir sihat dan cergas :)
 


Pengalaman Selebriti Hamil Pada Usia 40-an

Didie Alias, 41:
OK. Cuma penat sikit sebab dah usia macam ni. Alahan tak teruk, sama macam anak-anak yang sebelumnya.
Alhamdulillah kandungan OK, takde masalah.
Syukur dengan rezeki ini walaupun kehamilan kali ni sebenarnya tak dijangka. Anak 'bongsu' dah besar, baru nak mengandung lagi 'bongsu' kedua.

Azizah Ariffin, 42: 
Pernah gugur 4 kali sebelum kehamilan ke-5 berjaya.
Mengamalkan pemakanan sihat dan pemakanan sunnah - jus kurma dan susu kambing setahun sebelum mengandung.
Cepat letih dan tak boleh buat kerja berat.
Dapatkan nasihat pakar dan sokongan motivasi. Sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki Allah. Beri lebih perhatian ketika trimester pertama. Insyaallah kandungan selamat hingga melahirkan.

Linda Jasmin:
Jarak kelahiran yang jauh membuatkan hamil lagi kali ini macam pengalaman ibu muda. Kehamilan terakhir 10 tahun lepas.
Banyak membaca info kehamilan sebagai panduan.
Lebih kerap lakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Jaga kesihatan ibu dan keselamatan kandungan. Insyaallah bayi lahir sihat, aktif dan bijak.

Anda mahukan suplemen terbaik semasa mengandung?

Biar saya bantu dengan konsultasi Percuma.
Hubungi Yong 019 959 8249

Wednesday, April 23, 2014

Jadi Ahli Shaklee: Bayar Sekali, Untung Berkali-Kali

Selepas jadi ahli Shaklee, keuntungan saya subur seperti sepohon kayu daunnya rimbun ;)

Selepas jadi Ahli Shaklee, saya jimat banyak


Saya selalu beli vitamin Shaklee sebab suka akan kebaikan vitamin semulajadi. Pada awalnya saya cuma beli untuk diri sendiri vitamin asas untuk tambah tenaga - Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan juga Omega Guard. 

Kemudian, vitamin ini bukan saja diambil saya seorang tapi mak, ayah dan adik pun sama. Tukang beli tetap saya sebab saya yang mahu mereka merasa kebaikan yang telah saya alami. Untuk mak dan ayah selain dari vitamin asas, saya akan belikan Omega Guard (wajib untuk ayah yang ada kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi), Ostematrix  dan AJHT (mak selalu sakit pinggang, sakit lutut, sembelit), CoQ Health (untuk kesihatan jantung), Vivix dan GLA Complex.  Untuk adik yang masih bersekolah rendah, saya belikan Vitamin C chewable 100mg dan Mealshake. (Mealshake ni kira galakan juga untuk dia puasa - boleh minum waktu sahur). 

Vitamin Shaklee ni mahal juga kalau beli sekaligus dan beli dari pengedar di luar sana. Untungnya saya dapat berjimat sekurang-kurangnya 15% dari harga belian biasa. Rahsianya, mendaftar jadi ahli Shaklee :). Yuran keahlian bukan RM300 atau RM2500 tapi...RM65 (tambahan RM10 untuk kos penghantaran kit keahlian di Semenanjung, RM20 di Sabah dan Sarawak).

 

Selepas jadi ahli Shaklee, bonus keuntungan bertambah-tambah

Jumlah yang saya jimatkan hingga kini: lebih RM75. Saya dah dapat pulangan modal dengan hanya mendaftar jadi ahli. Jimat banyak sangat kalau nak dikira dan dihitung dari pembelian sejak 2011 hingga sekarang. Lebih untung, sebab saya juga dapat bonus Shaklee apabila belian bulanan mencecah RM650. Biasanya lebih dari itu sebab ada kawan-kawan, saudara mara, dan sahabat maya yang mahukan vitamin ni. 

Bonus Shaklee buat saya bayar cukai tahunan lebih tinggi dari biasa ~~~ (sebab kena masuk dalam e-Filing jugak).


Jadi ahli Shaklee untuk makan sendiri boleh ke?

Syarat nak jadi ahli Shaklee di Malaysia, mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Itu saja. Tak wajib buat bisnes. Untuk makan sendiri pun digalakkan saja untuk mendaftar. Dengan yuran keahlian dibayar sekali seumur hidup, banyak yang dapat dijimatkan. Beli vitamin bukan sekali, tapi selalunya berterusan untuk dapatkan kebaikan berterusan. Setiap kali beli, jimat sekurang-kurang 15%, besar nilainya.



Berjimat untuk kesihatan dengan bertindak bijak mendaftar sebagai ahli


Nak jadi Ahli Shaklee dengan bimbingan sepanjang masa?

Hubungi saya, Yong 019 959 8249. 
Emel: tuankalsum[at]gmail.com


Monday, April 21, 2014

[Kembara Turki] Nikmat Solat Dalam Kapal Terbang


Baru-baru ini saya diberi kesempatan bercuti 10 hari. Bermusafir ke bumi yang kaya dengan sejarah Islam, Rom dan Greek - Turki. Perjalanan bermula pada 26-Mac, ketika kes kehilangan MH370 masih panas. [Takziah kepada keluarga anak kapal dan penumpang].



Kami menaiki MAS dari KLIA ke Istanbul. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. Bertolak awal pagi, 1 pagi lebih kurang waktu Malaysia dan mendarat di bumi Turki jam 6.30 pagi waktu tempatan. Lama betul. Lama tak lama, ada beberapa movie yang sempat saya tonton. Tidur berkali-kali. Makan 2 kali.

Dalam tempoh 10 jam, dalam ruang yang sempit, pergerakan sangat terbatas, sekali sekala sahaja saya bangun dari tempat duduk. Itupun bila mendapat panggilan encik tandas.

10 jam kaku di tempat duduk dalam keadaan bersandar dan kaki tergantung...cukup untuk membuat kaki jadi bengkak dan sembap, sampai tak muat kasut! Ini akibat pengaliran darah yang terbantut. Sakit belakang dan sakit pinggang tak usah cakap la.
[Macam mana la keadaan orang sakit di hospital yang tergantung kaki dan tangan tak boleh bergerak tu ye. Moga cepat sembuh].

Bertolak di awal pagi, solat Isyak sudah ditunaikan di tanah air Alhamdulillah. Tapi, solat Subuh harus ditunaikan dalam kapal terbang. Dalam situasi saya, dapat seat di tengah-tengah, tengah malam waktu orang tidur pula...situasi agak sukar kalau nak solat sambil duduk. Kerusi orang depan yang mencari keselesaan tidur, ditolak habis rapat ke belakang...macam mana nak tunduk untuk rukuk dan sujud.

Akhirnya, setelah bertanya waktu solat Subuh ikut waktu tempatan (ikut tempat yang di lalui sebab belum sampai ke destinasi), kami segera berwuduk. Saya mencuba nasib bertanya pada pramugara kot-kot ada tempat sesuai yang lebih lapang untuk kami solat. Alhamdulillah ada. Pramugara membawa kami ke ruang di hadapan kapal, berdekatan dengan cockpit pesawat, ada sedikit ruang yang muat untuk seorang solat. Ketika itu, seorang krew kapal baru selesai solat. Boleh solat berdiri! Lebih baik dari solat duduk dalam keadaan terhimpit.

Nikmat solat berdiri dalam kapal terbang tak dapat digambarkan kegembiraannya. Dapat rukuk dan sujud seperti biasa selepas duduk terlalu lama...kelegaan pada urat-urat amat luar biasa. Rasa nak sujud lama-lama. Lega sangat-sangat urat belakang dan pinggang. Urat kaki pun rasa best bila dapat duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Ahamdulillah. Kesan serta merta yang lebih efektif dari makan Ostematrix dan AJHT.

Jika anda perlu travel jauh, dan perlu solat dalam kapal terbang..cuba-cubalah tanyakan pramugara/pramugari bertugas ruang solat yang lebih selesa. Kemungkinan besar ada jika menaiki pesawat dari negara Islam. :)

Selepas 10 jam terbang (dalam keadaan mendebarkan), kami akhirnya selamat mendarat di Ataturk International Airport, Istanbul jam 6.30 pagi waktu tempatan. Terkesan dengan kes MH370, semua penumpang mengucap syukur dan bertepuk tangan sebaik juruterbang selamat mendaratkan kapal yang kami naiki. Alhamdulillah.
Istanbul aku datang!




Lambaian Masjid Biru.


Thursday, April 17, 2014

Sembelit Semasa Melancong - Tak Best!!!

Sembelit semasa bersuka ria di tempat orang? Sangat tak rock. Sangat tak best! Patutnya bersuka ria..tapi dek kerana perut dah kembung tak boleh nak membuang, nak senyum pun susah.


Di tempat awesome macam ni...tak rock sangat kalau kena sembelit!
(Ini Topkapi Palace di Istanbul. Gambar credit to google)


Semasa melancong, tak kiralah dalam negara atau luar negara. Pasti matlamatnya untuk berkenalan  dengan tempat baru, suasana baru, cuaca baru dan makanan baru. Dengan semua benda baru, mestilah yang kita jangka kita akan gembira, Gembira meninggalkan rutin biasa. Rutin bangun pagi berkejar-kejar siapkan seisi rumah - anak, suami, sebelum ke tempat kerja, Kemudian mengadap sungguh-sungguh kerja sebelum bergegas pulang. Sibuk sangat dari pagi sampai.... Sampai lena. Kemudian esoknya bangun pagi meneruskan rutin yang sama. Bosan.

Dah melancong nak menghilangkan bosan, tapi diserang sembelit, lagilah bosan. Bila sembelit, macam-macam masalah lain yang timbul.

Akibat sembelit di tempat orang

1. Moody
Mood tak berapa nak ceria kerana perut rasa tak selesa. Tiap kali tiba di perhentian, toilet yang dicari. Tapi..hampa sungguh bila dok termenung lama pun isi perut gagal dikeluarkan.

2. Perut buncit
Bila perut asyik diisi, tapi tak dapat dikeluarkan, lama-kelamaan buncit la jugak. ;p
Badan rasa berat, perut mula membuncit, badan rasa makin mengembang. Ahhh, tak best!
Sungguh, antara nikmat yang jarang kita syukuri adalah...nikmatnya buang air dengan lancar dan selesa.

4. Pening/sakit kepala
(Eh, mana no.3 ni?? Kan dah jadi pelupa sebab tahan sembelit. Pening kepala sampai lupa)
Gangguan pada sistem pembuangan/nyahtoksin/nyahtinja memberi impak pada emosi dan juga kesihatan. Pada saya, bila susah nak membuang, senang pula diserang sakit dan pening kepala. Macam toksin berkumpul banyak sangat dalam badan. Dah pening-pening dan sakit, nak berjalan pun tak senang.

Baru-baru ni, dalam kembara ke Turki, ada jugakla ahli rombongan cik Kiah yang terkena masalah sembelit ni. Tension je muka masing-masing. Dah jadi topik pulak tu. Bila keluar bilik air pagi-pagi, soalan yang pasti ditanya, "Kau berjaya membuang tak pagi ni?"

Kalau cakap ye, mesti member tu balas balik, "Ya Allah, bestnya...aku harap aku pun boleh la buang jugak nanti".
Kalau tak, "Ala..kesiannya. Aku pun sama. Tension weh!"

Begitulah dialog-dialog yang tak ingin didengar di tempat yang aman, yang tenang, yang cantik, yang makanannya sedap-sedap.

Untuk itu, marilah kita teliti tips elak sembelit ketika melancong ni ye. Moga tak terkilan di kemudian hari.

Tips Elak Sembelit Ketika Melancong

1. Minum air secukupnya. Walau cuaca sejuk macam mana sekalipun di tempat orang, gagahkan diri untuk minum secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter. Minum tak semestinya air sejuk. Air panas pun boleh. Pelbagai pilihan ada. Minum kopi, minum teh, jus, air suam. Yang penting, bendalir dalam badan mesti cukup supaya senang sistem badan bekerja dengan efisien. 

2. Makan fiber. Sumbernya dari buah-buahan dan sayuran. Buah sangat bagus sebab dapat mengalas perut, sumber cecair (kalau tak larat nak minum banyak), dan yang paling penting jadi pelawas. (Buah-buahan di Turki sangat manis dan sedap sangat)

3. Berbekal vitamin dan mineral yang sepatutnya
Ketika travel, lebih-lebih lagi kalau ber backpaking, jarang dapat makan dengan proper. Makan pun ala kadar. Jadi, bekalan vitamin dan mineral pun ala kadar juga. Sedangkan, vitamin dan mineral yang seimbang dalam badan melancarkan segalanya...termasuk kes tak lawas begini.

Penyelamat saya dari masalah sembelit baru-baru ni adalah...Alfafa dan Ostematrix.
Kedua vitamin ini sengaja di bawa untuk membantu melancarkan pembuangan. :) Alhamdulillah pengambilan keduanya menyelesaikan kes sembelit. Lega!

Yang di highlight tu Ostematrix dan Alfafa untuk melawaskan pembuangan dan menggembirakan hati ketika melancong!



Bolehlah menikmati waktu 'cruising' di Selat Bhosphorus dengan tenang sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang laluan - Asean part and Europe part di Istanbul.

(Ni salah satu bangunan yang terdapat di selat Bhosphorus)

Harga Ostematrix: RM62
Harga Alfafa: RM53

Kepuasan melancong dengan tenang: Tak terbayar dengan harga Alfafa dan Ostematrix tu tadi.


NAK ATASI SEMBELIT?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTASI PERCUMA















Sunday, April 13, 2014

Projek Memikat Suami: Tambah Tenaga, Lebih Bahagia

Tips pikat suami cara orang dulu-dulu adalah melalui perutnya. Tawan hatinya dengan memasak makanan sedap-sedap. Bila dah selalu merasa air tangan isteri, hati dan perasaannya pasti selalu mahu berada di rumah, dekat dengan isteri dan keluarga.
 
 
Tips pikat suami yang bakal dikongsi ini pula tips orang moden. Bukan dengan masakan tapi melalui  keperluan tenaga. Maklum saja orang sekarang ni selalu kerja lebih masa, cari pendapatan lebih buat menanggung keluarga. Bila kerja lebih, tenaga yang diguna juga lebih dari biasa. Adakala, lemah longlai jadinya penangan kerja tak tentu masa. Jika ada ubat kuat yang boleh bagi kuasa super, pasti kerja jadi mudah.
 
Seorang master Shaklee berkongsi rahsia ini. Pikat suami dengan multivitamin Shaklee, yakni Vitalea. Suami yang dulu dok pandang sebelah mata keperluan Shaklee tiba-tiba mencabar. Jika benar Shaklee ni bagus sangat, cuba cadangkan vitamin yang boleh tambah tenaga. Badan ni dah lemah asyik kerja je. Balik kerja ingat tidur je. Nak main dengan anak pun tak larat. Dan..bila dah penat, mudah naik darah. Serammm.
 
Oh, Ok bang. Nak tambah tenaga dengan Shaklee mudah je. Tak mau telan macam-macam, Abang cuba makan Vitalea ni. 2 biji sehari. Begitu saran si isteri.
 
Bermula hari itu, suami yang biasanya pulang saja ke rumah terus melepek dan terlena kepenatan berubah sikap. Balik-balik je suruh isteri bersiap untuk keluar makan malam. Tak pernah dibuatnya. Mana datangnya tenaga luar biasa ni? Rupa-rupanya, itulah kesan 2 biji vitalea yang ditelan pagi tadi. Tersenyum isteri dibuatnya.
 
Sebotol Vitalea mengubah sikap suami. Mengubah suasana dalam rumahtangga. Suami kerja dengan tenang, tenteram, bertenaga. Pulang ke rumah, isteri bahagia kerana mendapat perhatian dan layanan suami tercinta.
 
Apalah harganya sebotol vitalea, dibanding dengan perubahan sikap ketara suami kan?
kalau suami jenis tak kisah telan banyak-banyak vitamin, bagi set asas tambah tenaga ni.
 
VITALEA UNTUK TAMBAH TENAGA


 
 
 
Nak cuba Vitalea Shaklee boleh kontek saya, 019 959 8249. Konsultansi percuma!
 

Thursday, March 20, 2014

Doa Ketika Lupa

Bismillah...
 

UBAT PENYAKIT LUPA

 
 
 
Eh, jalan ni ke kiri ke kanan eh?? Lupa jalan nak balik rumah.
 
 
Pernah hilang ingatan buat seketika? Tengah rancak berbincang, tiba-tiba jadi lupa poin penting. Tiba-tiba je. (Saya selalu jadi macam ni).
 
Tengah rancak 'speaking', tiba-tiba hilang 'vocabulary'. Hinggakan perlu berterus terang, "Sorry, I lost my vocab'. Sangat berterus terang. Tengah temuduga pula tu!
 
Tips untuk kembalikan ingatan dengan segera apabila lupa akan sesuatu perkara, sangat mudah.
 
SELAWAT.
SELAWAT.
SELAWAT.
 
Bukanlah disebut "SELAWAT, SELAWAT, SELAWAT".
 
Tapi, baca selawat macam ni:
 
 
 
Pernah perasan tak, kalau pak ustaz yang muncul di TV tu tengah menerangkan sesuatu topic, tiba-tiba dia cakap, "Alamak, saya lupa pula". Kemudian beliau berulang kali selawat. Selawat dan selawat. Kemudian pak ustaz meneruskan penerangan seperti biasa - hilang sudah kelupaannya, kembali sudah ingatannya.
 
Simple kan ubat penyakit lupa?
 
Sekali kita berselawat pada Nabi Muhammad SAW, 10x Allah selawat untuk kita. Lumayan ni!
 
Dapat pahala, dapat syafaat Nabi, dapat selawat dari Tuhan Yang Maha Penyayang, dapat balik ingatan.
 
Cubalah!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...