Followers

Saturday, September 29, 2012

Pengumunan: Stok Vitamin C 500mg sudah kembali

Setelah 2 minggu pertanyaan bertalu tentang vitamin C di jawab dengan, "Maaf, stok vitamin C 500mg dah habis, saya akan bagitau bila stok dah ada ye. Mungkin seminggu dua lagi". Lalu ramailah yang kecewa. Dari pemborong hingga pembeli biasa.
Kini, ia kembali. Yaaaa! Stok vitamin C yang ditunggu-tunggu sudah kembali.
Nak order 4-5 botol pun dah boleh. 

Macam mana nak order vitamin C 500mg ni?
Hubungi saya melalui emel tuankalsum[at]gmail.com atau melalui talian 019-9598249. Kalau nak jimat dan cepat, boleh whatsapp ye :)






Wednesday, September 26, 2012

Vitamin untuk Kulit Cantik | Kelebihan Vita-E Complex dengan ekstrak biji anggur

Bulan ini, Shaklee memperkenalkan Vitamin E formula terbaru. Vitamin E Complex ditambah dengan ekstrak biji anggur. Vitamin E terbaik di pasaran sekarang, dengan harga yang amat berpatutan. Sangat digalakkan untuk mereka yang mahu kulit cantik!
VITA-E SHAKLEE WITH GRAPE SEED EXTRACT
Pengumuman ini dibuat baru jeeee minggu lepas.

Kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)

Thursday, September 20, 2012

Vitamin Untuk Sihat atau Vitamin Untuk Cantik?

Pertama sihat, kedua cantik atau pertama cantik kedua cantik? :). Semua orang nak cantik je kan?

Mutakhir ini (ayat skema sikit), ramai bertanya vitamin cantik. Apa vitamin cantik? Vitamin C lah jawapan dia. Semua terkena fenomena vitamin C yang menggebukan kulit, mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat. :)

Sedarkah kita sebenarnya hanya orang yang sihat akan cantik? Pernah tengok orang sakit yang cantik? Nampak pucat, lesu dan tak bermaya je kan. Definisi sakit tak terhad pada orang yang terlantar di katil hospital semata.Orang yang kurang darah, anemia, selalu stress, migrain, berat badan berlebihan juga termasuk kategori orang tak sihat walau orang-orang ini boleh lagi melakukan tugas harian seperti biasa. Boleh bertugas tapi kerap terganggu yang tepatnya :)

Orang kata, health is wealth. Orang yang sihat adalah orang yang kaya. Saya nak tambah sikit kata orang itu, health is beauty. Sihat itu cantik. Tak sihat tak cantik.

Wednesday, September 19, 2012

Kekeliruan Vitamin C Organik, yang mana satu ori?

Assalamualaikum,
Akhir-akhir ini saya kerap menerima pertanyaan,
"Kak, betul ke vitamin C organik tu vitamin C Shaklee?"

Saya terdiam. Hmm...saya tak ada la pulak nak siasat apa yang orang lain jual.
Tapi, rasanya baik saya kongsikan beberapa lagi info berkenaan vitamin C Shaklee berdasarkan FAQ.

Apa no. Kelulusan KKM?

Sunday, September 16, 2012

Sakit tapak kaki ibu dah hilang, sukanya saya!

Assalamualaikum,
Seperti yang saya janjikan di Page Young & Generous, saya kongsikan kisah sakit tumit. Ops, bukan kisah sakit tumit tapi kegembiraan rakan yang tahu ibunya tidak sakit tapak kaki lagi. Eh, tak sama ke tu? Tak sama eh sakit tapak kaki dan sakit tumit kaki. hehe.

Rakan saya ini adalah kawan baik saya. Kami dari negeri yang sama, sekolah yang sama, kelas yang sama, meja yang sama! Deskmate saya masa muda remaja dulu-dulu.

Tuesday, September 11, 2012

Vitamin untuk kurus: Cara selamat turunkan berat badan

Berat turun 3kg di bulan puasa, naik 7kg di bulan Syawal. Alamak!!!! Macam mana nak buat? Sekarang ni, fikirkan cara untuk turunkan berat balik. Selera pun dah makin menjadi-jadi ni. Perut asyik lapar je...mulut asyik nak mengunyah je.

OK, jangan panik. Jika anda mahukan vitamin untuk kurus, memang ada produk Shaklee untuk tujuan ini. Kenapa pilih vitamin untuk kurus? Mestilah nak turunkan berat dengan cara selamat kan? Karang ambil produk ntah apa-apa, ada kesan sampingan di kemudian hari susah pulak.

Sebagai memenuhi pertanyaan kawan-kawan yang mahukan produk untuk menurunkan berat secara selamat, yang bebas dadah, berikut saya senaraikan produk Shaklee yang dapat membantu usaha anda mengembalikan berat badan ideal.


Monday, September 10, 2012

Vitamin untuk kulit cantik

Ramai yang bertanyakan Vitamin C 500mg untuk kulit cantik. Saya maklum, ini penangan fenomena vitamin C organik. Namun, dalam respon saya kepada yang bertanya, saya turut mencadangkan B-Complex dan juga vitamin E untuk melengkapkan nutrien kritikal dalam penjagaan kecantikan. Dalam apa juga masalah berkaitan kulit samada kulit berjerawat, berparut, kusam, pucat, kering mahupun kulit gelap, ketiga-ketiga vitamin ini merupakan asas yang wajib di ambil untuk merawat masalah tersebut.

Apa rasionalnya makan banyak-banyak vitamin ni? Makan Vitamin C je tak cukup ke? OK, jom saya terangkan mengikut pembacaan berkaitan dengan vitamin kecantikan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...