Followers

Sunday, April 13, 2014

Projek Memikat Suami: Tambah Tenaga, Lebih Bahagia

Tips pikat suami cara orang dulu-dulu adalah melalui perutnya. Tawan hatinya dengan memasak makanan sedap-sedap. Bila dah selalu merasa air tangan isteri, hati dan perasaannya pasti selalu mahu berada di rumah, dekat dengan isteri dan keluarga.
 
 
Tips pikat suami yang bakal dikongsi ini pula tips orang moden. Bukan dengan masakan tapi melalui  keperluan tenaga. Maklum saja orang sekarang ni selalu kerja lebih masa, cari pendapatan lebih buat menanggung keluarga. Bila kerja lebih, tenaga yang diguna juga lebih dari biasa. Adakala, lemah longlai jadinya penangan kerja tak tentu masa. Jika ada ubat kuat yang boleh bagi kuasa super, pasti kerja jadi mudah.
 
Seorang master Shaklee berkongsi rahsia ini. Pikat suami dengan multivitamin Shaklee, yakni Vitalea. Suami yang dulu dok pandang sebelah mata keperluan Shaklee tiba-tiba mencabar. Jika benar Shaklee ni bagus sangat, cuba cadangkan vitamin yang boleh tambah tenaga. Badan ni dah lemah asyik kerja je. Balik kerja ingat tidur je. Nak main dengan anak pun tak larat. Dan..bila dah penat, mudah naik darah. Serammm.
 
Oh, Ok bang. Nak tambah tenaga dengan Shaklee mudah je. Tak mau telan macam-macam, Abang cuba makan Vitalea ni. 2 biji sehari. Begitu saran si isteri.
 
Bermula hari itu, suami yang biasanya pulang saja ke rumah terus melepek dan terlena kepenatan berubah sikap. Balik-balik je suruh isteri bersiap untuk keluar makan malam. Tak pernah dibuatnya. Mana datangnya tenaga luar biasa ni? Rupa-rupanya, itulah kesan 2 biji vitalea yang ditelan pagi tadi. Tersenyum isteri dibuatnya.
 
Sebotol Vitalea mengubah sikap suami. Mengubah suasana dalam rumahtangga. Suami kerja dengan tenang, tenteram, bertenaga. Pulang ke rumah, isteri bahagia kerana mendapat perhatian dan layanan suami tercinta.
 
Apalah harganya sebotol vitalea, dibanding dengan perubahan sikap ketara suami kan?
kalau suami jenis tak kisah telan banyak-banyak vitamin, bagi set asas tambah tenaga ni.
 
VITALEA UNTUK TAMBAH TENAGA


 
 
 
Nak cuba Vitalea Shaklee boleh kontek saya, 019 959 8249. Konsultansi percuma!
 

Thursday, March 20, 2014

Doa Ketika Lupa

Bismillah...
 

UBAT PENYAKIT LUPA

 
 
 
Eh, jalan ni ke kiri ke kanan eh?? Lupa jalan nak balik rumah.
 
 
Pernah hilang ingatan buat seketika? Tengah rancak berbincang, tiba-tiba jadi lupa poin penting. Tiba-tiba je. (Saya selalu jadi macam ni).
 
Tengah rancak 'speaking', tiba-tiba hilang 'vocabulary'. Hinggakan perlu berterus terang, "Sorry, I lost my vocab'. Sangat berterus terang. Tengah temuduga pula tu!
 
Tips untuk kembalikan ingatan dengan segera apabila lupa akan sesuatu perkara, sangat mudah.
 
SELAWAT.
SELAWAT.
SELAWAT.
 
Bukanlah disebut "SELAWAT, SELAWAT, SELAWAT".
 
Tapi, baca selawat macam ni:
 
 
 
Pernah perasan tak, kalau pak ustaz yang muncul di TV tu tengah menerangkan sesuatu topic, tiba-tiba dia cakap, "Alamak, saya lupa pula". Kemudian beliau berulang kali selawat. Selawat dan selawat. Kemudian pak ustaz meneruskan penerangan seperti biasa - hilang sudah kelupaannya, kembali sudah ingatannya.
 
Simple kan ubat penyakit lupa?
 
Sekali kita berselawat pada Nabi Muhammad SAW, 10x Allah selawat untuk kita. Lumayan ni!
 
Dapat pahala, dapat syafaat Nabi, dapat selawat dari Tuhan Yang Maha Penyayang, dapat balik ingatan.
 
Cubalah!
 

Wednesday, March 19, 2014

Ubat Hati Yang Sakit

Luka di tangan nampak darahnya, luka di hati tak siapa tahu. Gitulah monolog jiwa di kala hati sedang resah. 

** Dah boring cerita pasal vitamin je, kita cerita pasal hati dan perasaan pula ye :) **

Ubat hati yang dimaksudkan di sini bukanlah ubat untuk penyakit fizikal yang melibatkan hati macam Hepatitis tu ye. Yang tu kita cerita lain kali.

Hati ialah...jantung jika mengikut tafsir bahasa arab yang diterjemah dari kata "Qalb". 
Kerana itu, bila hati sakit, marah dan geram, ada perbezaan pada denyutan jantung. Jantung berdegup lebih laju bila marah atau terkejut. 

Bagi melegakan hati yakni jantung yang sedang memendam rasa marah, sakit hati, dendam, benci, sedih ini, ubatnya ada 5. 5 Ubat hati seperti yang dilagukan oleh Opick.

  • Baca Al-Quran - kata-kata dari Al-Quran adalah dari Allah. Akan ada ayat yang menghiburkan dan menenangkan tiap kali membaca dan mentadabburnya. Pengajaran dan perasaan juga berlainan tiap kali mengulang baca walau ayat yang sama. Al-Quran kan mukjizat Allah yang agung.
  • Solat malam -- malam yang sunyi, disibukkan dengan solat akan mendatangkan khusyuk ke dalam hati. Lain perasaannya bila solat di siang hari dalam kesibukan bekerja dalam waktu yang menghambat dibanding solat di malam yang dingin, tenang dan sunyi. 
  • Zikir - zikir yang baik, menyebut kata-kata yang baik lebih-lebih lagi menyebut nama Allah dan menyebut kebesarannya mendatangkan aura yang positif, menyahkan aura negatif. Lebih banyak kata yang positif, lebih tenang hati dan perasaan jadinya.
  • Mencari ilmu, duduk di majlis ilmu. Majlis ilmu dinaungi malaikat. Oleh itu, hati lebih tenang berada di dalamnya.
  • Bergaul dengan orang soleh - Orang soleh selalu berbicara pasal ilmu, memberi nasihat, takde gosip-gosip liar yang lebih menyemakkan otak.
Tenang itu boleh dicari dalam 5 perkara ini. Mudah diamalkan. Tiada kos. Terbukti berkesan.

Thursday, March 6, 2014

Kejang Otot Ketika Hamil Dan Selepas Melahirkan (Tarik Mengkarung)

Ketika berborak di kafeteria menikmati makan tengah hari semalam, kawan saya tanya, "Yong, Shaklee ada pil kalsium tak?"

Jawab saya, "Ada. Ostematrix namanya."

"I selalu rasa penat la sekarang. Selalu kejang-kejang kaki. Sakit sangat. Dulu masa pregnant pun pernah kena, tapi lepas ambil kalsium dan minum susu, dah OK. Ni kena balik sebab tak ambik kalsium dah."

Kekejangan otot kerap dialami ibu hamil dan atlet

Tarik mengkarung atau bahasa standardnya kejang, memang sakit. Boleh menangis dibuatnya. Siapa yang pernah rasa memang tak mahu alami pengalaman yang sama. Ubat-ubatan dan urutan yang mengurangkan kekerapan dan menghilangkan sakit ini pasti diambil segera.

Kejang otot pada wanita hamil terjadi apabila beban kandungan makin memberat yang memberi lebih tekanan pada otot. Ia juga disebabkan saluran darah membesar yang mengganggu perjalanan darah ke kaki. 

Oleh itu, ibu hamil atau siapa saja yang mengalami simptom kejang seperti ini dinasihatkan supaya:
  • Tidak berdiri terlalu lama. 
  • Lakukan senaman ringan dengan kerap bagi meregangkan otot-otot. 
  • Minum air secukupnya
  • Dapatkan nutrien untuk kelegaan otot secukupnya - Kalsium, Magnesium, Sodium dan Potassium

Apa Keistimewaan Ostematrix Shaklee untuk Mengurangkan Kejang Otot?


2 sebab utama Ostematrix Shaklee menjadi sumber kalsium kesukaan saya:
  • Ia mengandungi 1000mg Kalsium: cukup untuk keperluan harian seorang wanita, memadatkan tulang dan meregangkan otot.
  • Ia dilengkapi dengan Magnesium: memudahkan proses asimilasi ke dalam tulang. 
  • Mengandungi Vitamin D: optimumkan serapan kalsium
  • Mengandungi mineral mangan, Kuprum dan Zink : Mengaktifkan enzim yang membantu pembinaan tulang.


Ostematrix Shaklee untuk melegakan ketegangan otot. Semoga membantu.

ANDA PERLUKAN OSTEMATRIX?

********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Wednesday, March 5, 2014

Vitamin Untuk Lelaki Meningkatkan Kesuburan




Pasangan yang telah berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata. Risau, sedih dan tertekan pasti ada sekiranya hasrat masih tertangguh walau sudah melewati usia perkahwinan yang agak lama. Seringkali, isteri menerima tekanan kerana dikatakan 'tidak subur', 'mandul' dan sebagainya. Namun, jika pemeriksaan teliti dilakukan, masalah mungkin berpunca dari ketidaksuburan lelaki.
 
Tercabar ego kan bila dikatakan lelaki tak subur?
 
Ketidaksuburan lelaki boleh berpunca dari beberapa faktor:
  • Perokok
  • Terdedah kepada pencemaran bahan kimia berbahaya
  • Berat badan berlebihan
  • air mani cair (bilangan sperma kurang), malah ada yang menghidap azoospermia (tiada sperma dalam air mani)
  • kecacatan sperma, low motility and mobility (sperma tidak dapat bergerak dalam arah yang betul, cuma mampu bergerak setempat).
 
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesuburan:
 
  • Elakkan dari terdedah kepada persekitaran tidak sihat - bahan kimia berbahaya, asap rokok untuk memelihara kesihatan sperma dan semen
  • Elakkan terdedah kepada panas melampau - pakai pakaian dalam yang longgar, berendam dalam mandian panas
  • Hentikan pengambilan alkohol
  • Lebihkan pengambilan antioksidan (Vitamin A, C, E dan Selenium). Antioksidan mengurangkan kerosakan sperma
  • Lebihkan Zink 
  • Berfikiran positif -- setiap andaian-andaian yang bermain di fikiran adalah doa. Bersangka baik sentiasa bahawa Tuhan pasti akan menganugerahkan cahaya mata yang sangat diinginkan.
  

 
Semoga kesuburan meningkat dan tercapai hasrat menimang cahaya mata. Amin.
 
 
 
NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE?
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 




 
 
 

 

Muka pucat akibat kurang darah - rahsia naikkan seri wajah



Muka pucat akibat kurang darah



Muka pucat akibat kurang darah membuat wajah kelihatan seperti orang sakit, lemah, dan tiada seri. Mekap mungkin mampu menutup 'pucat' itu secara sementara, namun laratkah untuk mengenakan mekap tiap kali nak ke mana-mana? Bagi orang yang sederhana, jarang bermekap dan tidak suka bermekap, ia mendatangkan rasa yang benar-benar tidak selesa. Menyusahkan!

Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menaikkan seri wajah, tanpa perlu bermekap?
Paling utama yang perlu diusahakan ialah, TAMBAH DARAH.

Bagaimana nak tambah darah?

1. Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi zat besi, vitamin B, Vitamin C dan protien.

  • Sumber zat besi: Bayam, tiram dan kerang, daging, sardin
  • Sumber B-complex: 
    • Vitamin B1: Bijirin (nasi, gandum)
    • Vitamin B2: ayam, ikan, telur, produk tenusu
    • Vitamin B3: salmon, tuna
    • Vitamin B6: kekacang, telur, kentang
    • Asid folik: sayuran hijau
    • Vitamin B12: ikan, daging merah, susu, keju
  • Sumber Vitamin C: jambu, kiwi, oren, berries,
  • Sumber protien: ikan, daging, ayam, telur, produk tenusu, keju, kekacang, soya
2. Amalkan supplemen yang mengandungi vitamin-vitamin penting seperti yang tersebut di atas.
 Contoh vitamin yang saya amalkan:
Sustained release Vitamin C -- sangat penting untuk membanti penyerapan zat besi
ESP: sumber protien untuk memelihara dan memulihara sel darah
VITALEA - Multivitamin with Iron formula. Vitamin wajib untuk mereka yang mahu tambah darah.

B-complex yang lengkap dengan asid folik, penting untuk pembentukan sel darah merah yang cukup




Buat pilihan bijak untuk tambah darah, tambah tenaga, dan hidup dengan lebih semangat dan ceria :). 
Dapatkan konsultasi sewajarnya sebelum mula mengambil vitamin-vitamin ini.


SELAMAT TINGGAL MUKA PUCAT!
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

ESP Shaklee bahaya untuk Ibu Menyusu



Set Menyusu Shaklee sangat popular. Salah satu produk 'killer' Shaklee yang ada dalam set menyusu ini ialah ESP (Energy Soy Protien). Hinggakan ada yang hanya mengambil ESP dan alfafa sebagai pilihan bajet.

Tahukah anda ESP Shaklee sebenarnya sangat merbahaya pada ibu menyusu?


Berikut ialah komen seorang ibu yang minum ESP semasa berpantang, menyusukan anakandanya secara eksklusif.



 
ESP bahaya kerana ia menyebabkan BENGKAK SUSU!!
 
Ibu-ibu dinasihatkan untuk BERHENTI daripada mengamalkan ESP sekiranya tak ada masa untuk mengepam dan susu badan melimpah ruah.
 
Ibu-ibu yang merasa kurang susu badan, anda tidak perlukan set menyusu Shaklee mahupun ESP untuk menjayakan penyusuan eksklusif.
 
Berikut adalah tips asas yang wajib dikuasai seorang ibu yang bercita-cita memberikan susu ibu untuk anakanda tercinta:
 

1. Cari dan gali ilmu penyusuan.

Bacalah buku berkenaan penyusuan dan ikutilah kelas-kelas sokongan. Ibu sekarang amat bertuah kerana ada kumpulan sokongan yang menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar percuma untuk ibu menyusu. Ibu-ibu juga boleh menyertai forum-forum berkaitan untuk mendapat pandangan dan nasihat mereka yang berpengalaman.
 

2. Fahami konsep asas - lebih kerap mengepam/menyusu lebih banyak susu badan

Ramai yang terlepas pandang konsep asas. Tiap kali susu kurang, mesti ada yang call nak suruh poskan set menyusu ni cepat-cepat. Kemudian, selepas mengamalkan set breasfeeding Shaklee pun masalah belum selesai. Shaklee jugak yang salah. Jadi, penting bagi saya Tanya ibu-ibu ini betul-betul apa yang menjadi punca pengeluaran susu merudum.
 
Stress? Pam? Demam? Period?
 
Sekiranya tiada stimulasi untuk badan mengeluarkan susu dek kurangnya sesi mengepam/direct feeding, maka isyarat akan dihantar ke otak bahawa pengeluaran susu boleh dikurangkan. Macam kat kilang pulak. Tak ada order, tak jalanlah production line.
 

3. Minum air secukupnya

Pastikan sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

4. Tenangkan fikiran

 
Jiwa kacau mengganggu pengeluaran susu. Emosi kacau bilau sekiranya banyak tekanan di tempat kerja atau di rumah, malah boleh juga disebabkan PMS. Adalah penting untuk ibu-ibu menguasai emosi agar sentiasa tenang dan berfikiran positif. Setiap yang diharapkan Insyaallah jadi kenyataan. Setiap yang ditakutkan juga boleh jadi kenyataan. Kawal minda, tubuh juga terkawal :)
 
Sekiranya keempat-empat perkara di atas dah setel, baru boleh call saya untuk order set menyusu Shaklee atau ESP. Tips ekslusif akan diberi. Tips yang dicuba ramai ibu, dan Alhamdulillah berkesan.
 
NAK TIPS EKSKLUSIF TAMBAH SUSU BADAN DENGAN SHAKLEE?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak. 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...