Followers

Saturday, December 10, 2011

Ostematrix: Hilangkan bengkak, kebas dan sembab kaki tangan

Pagi-pagi buka FB, 
Tengok-tengok ada testimoni,
Terujanya rasa hati,
Sebab saya pun makan oste.

Testimoni Kepentingan dan Kelebihan Kalsium Buat wanita (terutama yang hamil dan menyusu)



Oste yang diambil oleh Cik Pau:


Ostematix aka kalsium, diambil 4 biji sehari, seelok-eloknya sebelum tidur.

Pengambilan kalsium amat ditekankan sewaktu kehamilan - dan juga untuk setiap wanita di semua peringkat umur. Sewaktu kehamilan, keperluan kalsium ibu meningkat lebih dari waktu biasa. RDA yang ditetapkan oleh ibu mengandung dan menyusu adalah 1000mg - 1300mg sehari. 

Sewaktu kehamilan, tubuh ibu dan bayi yang dikandung memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang, penjagaan sistem otot, sistem peredaran darah, dan sistem saraf ibu  supaya berfungsi dengan baik. 

Kalsium juga sebenarnya amat penting untuk denyutan jantung  yang baik, mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot dan juga menghantar isyarat ke sistem saraf.


Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan membantu ibu melahirkan dengan lebih mudah kerana kalsium membantu mengelakkan kekejangan sewaktu kelahiran.

Susu , yogurt, keju, ikan, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan merupakan sumber kalsium yang membantu kita mencukupkan keperluan kalsium harian. 


Berminat untuk cuba osteomatrix yang lebih mudah didapati dan ditelan? Boleh hubungi saya, agen Shaklee bertauliah, eh berdaftar. 019-959 8249 atau tuankalsum[at]gmail.com.

p/s: Ostematrix adalah salah satu vitamin yang dicadangkan dalam set penyusuan ibu kerana kami menyedari keperluan kalsium untuk ibu yang mahu menjaga kesihatan diri disamping meneruskan usaha murni menyusukan bayi sendiri. Ada yang cakap, osteo adalah 'milkbooster' mereka :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, December 4, 2011

GLA: Kecutkan Cyst

Hasil pengambilan GLA Shaklee membantu Dila mengecutkan cyst walaupun tanpa ubatan moden:



Ini testimoni Dila yang saya ambil dari kumpulan eksklusif di FB, khas untuk pelanggan Shaklee Euphoria. Dilla mengambil GLA secara konsisten sebagai usaha mencari penawar untuk masalah beliau. 

Suplemen semulajadi yang dijamin selamat adalah pilihan alternatif terbaik, agar masalah tidak bertambah serius malah makin sembuh, Insyaallah.

Berubat sebagai usaha, penyembuh adalah Allah jua.

* Yang berminat untuk mencuba bagi merawat masalah yang sama, boleh hubungi saya (Agen Shaklee di Pulau Pinang). 019-959 8249. emel: tuankalsum[at]gmail.com.

Agen Shaklee di Kelantan: Hubungi Tuan Umar : 013 436 2078

Luar Pulau Pinang/Kelantan pun boleh hubungi saya, tak ada masalah :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GLA Complex Shaklee



GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokong sistem imun*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Monday, November 21, 2011

Cara mudah buang angin dalam badan

Angin dan halia umpama irama dan lagu kaitannya dalam petua perubatan tradisional masyarakat Melayu. Bukan Melayu sahaja, seantero dunia sebenarnya mengiktiraf halia sebagai polis yang berkesan untuk  mengeluarkan angin dari badan.

Kalau di Pulau Pinang, ramai yang tak akan melepaskan peluang minum air halia di Restoren Kapitan (kedai mamak paling best!!). Bukan air halia semata-mata, tapi sebenarnya susu badam campur halia. Sedap. Itu komen kawan-kawan yang mencuba. Saya sendiri tak berani mencubanya sebab tak berani minum susu. Hehe. Teruk betul.

Pilihan paling baik untuk orang seperti saya ni, makan pil je. Pil halia. Boleh buang angin jugak. Setakat ni baru dua kali makan. Tiap kali makan, 3 biji. Best. Memang keluar angin. Tapi, harusnya hati-hati bila nak cuba pil ni, kena makan masa cuti. Nanti angin keluar menderu-deru, sama ada sendawa atau tuttt...bak kata adik saya, dia tak kentut, cuma keluar angin. Haaa...angin yang adik saya maksudkan tu lah. Walaupun angin yang keluar tak selaju angin Laut China Selatan sampai 40km/j, tapi puas hati. 

Pil apa saya makan? Ni lah, pil keluaran Shaklee, Peppermint Ginger Plus. Sekali makan 3 biji, sekali sehari (mungkin cuma perlu 2 kali seminggu). 
 
 
Peppermint Ginger-plus untuk buang angin. Sangat berkesan dan berbaloi.
 
>>>>>KLIK UNTUK ORDER <<<<
 
Harga: RM55 (termasuk pos)
 
 
Atau hubungi saya:
Yong
019 959 8259 (SMS/Call/Whatsapp)
tuankalsum[at]gmail.com
 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, October 24, 2011

Peppermint Ginger Plus - Melegakan Perut Berangin dan Gastrik


Petang tadi, seorang ibu bergelar jurutera bertanyakan saya tentang produk Shaklee yang ini - Peppermint Ginger Plus. Katanya, untuk anaknya yang selalu kena gastrik. Maklumlah, budak masih belajar, kadang-kadang sibuk mengejar kelas sampai tak sempat nak makan. Menurut ceritanya lagi, dia juga pernah diserang gastrik yang teruk. Alhamdulillah, setelah mengamalkan jus halia + jus oren beberapa ketika, gastrik makin berkurangan dan langsung hilang sehingga sekarang.

Menyedari kebaikan dari halia, dia mahu berkongsi kelebihan yang ada pada halia bersama anaknya. Malang sekali, orang muda sekarang mana nak tahan minum minuman herba yang fresh dari ladang. Pilihan terbaik adalah dan juga praktikal adalah mengambil pil.

Pil peppermint Ginger Plus ini mudah-mudahan membantu. Rasanya, saya juga mau menghadiahkan Peppermint Ginger Plus untuk ibu saya juga. Beliau juga kadangkala diserang gastrik. Sekarang mengamalkan pengambilan ESP. Tapi, saya tau la mak saya ni tak rajin nak bancuh ESP, sebab tiap kali balik, tin ESP masih berbaki. Katanya, serangan gastrik berkurangan selepas minum ESP, tapi, kalau ada yang pil ni, harapnya rajin la beliau makan ye. Tak perlu bancuh-bancuh, telan je dengan seteguk air :)






Melegakan senak perut*
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.
  • Mengandungi empat herba formula yang unik.
  • Menyediakan pudina dan halia – penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut.
  • Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Sunday, October 23, 2011

Kenalpasti soya yang berbahaya - elakkan!


Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat? Tambah-tambah lagi sekarang ni mungkin anda pernah baca maklumat yang disebarkan melalui emel/blog/facebook akan risiko pengambilan soya.

YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?
Adakah kacang soya kegemaran anda…
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..
soy
 protein
… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk penyusuan susu ibu!

Hubungi saya hari ini untuk membuat pesanan dan mendapatkan harga istimewa!!!

- Kredit MommyLyna

Sunday, October 16, 2011

Bila anak kena campak...

Jangan panik. Ini bukan kisah anak kena dera. Tapi anak yang terkena demam campak.

Salah satu petua mudah sebagai tambahan pada petua-petua tradisional yang ada, untuk menghilangkan parut campak pada anak, boleh cuba mandikan dengan Basic H, dan sapukan Herbal Blend. Insyaallah berkesan. Seperti yang dilakukan Roslina.


  Herbal Blend - Multipurpose Cream dari Shaklee.
Pencuci serbaguna Basic H dari Shaklee.


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee ini (atau yang lain-lain), boleh hubungi saya melalui emel (tuankalsum[at]gmail.com) atau telefon (019-959 8249).

Sunday, October 9, 2011

Bebaskan si kecil dari seksaan ekzema

MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.

Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Perkara ini diakui oleh Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon ketika ditemui sempena Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di kalangan kanak-kanak anjuran Leo Pharma baru-baru .

Katanya, di Malaysia, penambahan kes ekzema di lihat amat membimbangkan dari masa ke semasa iaitu sebanyak 12.6 peratus.

"Keadaan ini amat membimbangkan jika dibandingkan di negara-negara lain termasuk di Indonesia hanya 3.7 peratus," katanya.

Menurut Dr. Kin Fon, keadaan itu lebih membimbangkan apabila kes melibatkan kanak-kanak yang berusia enam hingga tujuh tahun meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Penghidap ekzema atopik sebenarnya mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah .

Keadaan itu menyebabkan kulit menjadi gatal dan ruam di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi, leher dan sebagainya, menyebabkan kulit menjadi kering serta kehitaman.

Kebiasaannya, kulit pesakit ekzema atopik bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal .

Tegas beliau, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya sangat sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang serius.

"Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan penjagaan yang eksklusif selain tidak boleh terdedah dengan keadaan yang berhabuk,'' ujarnya lagi.

Menurut Dr. Fon, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosi dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Malah, ia juga membataskan aktiviti harian kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit.

Tambahnya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema di galakkan untuk mengguna pelempap.
"Ia bukan dapat melembutkan kulit tetapi juga membantu mengunci lembapan,'' ujarnya lagi.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rekahan, kekeringan pada kulit dan meredakan kegatalan.

Dalam pada itu, pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaiknya mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang kering.


PILIHAN pembersih, pelembap dan makanan tambahan dari Shaklee untuk anak ekzema

1.  Basic H



















Cara: Ditambahkan 3-4 titik dalam air mandian anak.

2. Multipurpose Herbal Blend Cream



















Cara: Sapukan cream ke badan anak setiap kali selepas mandi.



3. Mealshake



















Cara: Campurkan sesudu mealshake dalam minuman anak. Shake it!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...