Followers

Sunday, September 25, 2011

Berpantang dengan vitamin



Apa kata Tuty yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee sejak 3rd trimester sehingga tempoh berpantang:


(Tuty adalah salah seorang pengguna Shaklee, kemudian jatuh cinta dan tanpa teragak dia dah jadi oengedar sekarang :) )

Cerita Tuty dalam blognya:

Alhamdulillah..sudah hari ke 15 berpantang... Masa 7 hari pertama tu, mak ngan ma mmg ade sama..amni-chan banyak diuruskan oleh ma especially masa nak mandi sbb sgt tak berani nak mandikan lagi...bole dikatakan sy ni berpantang cara moden la jugak...

1. Vitamin shaklee


kesinambungan daripada 3rd trimester ari tu, aku continue amik shaklee masa confinement ni sbb mmg tak bercadang utk amik ape2 jamu..nampak mcm banyakkan..so utk elakkan terlupa makan, so aku susun kat dinding meja tu..B-complex,Vita-C lepas breakfast, Omega,VIta-lea lepas lunch, alfafa n zinc lepas dinner..alhamdulillah, badan mmg tak penat n lagi penting luka jahitan cepat sembuh..boleh je nak duduk2 atas kerusi mcm biase..n dalam hari ke-7 tu sudah tidak sakit lagi tp masih jalan slow2..tdo lak mmg slalu tak cukup sbb amni slalu berjaga malam tp alhamdulillah..tak sampai demam n bengkak susu pun tarak..credit to Genki Momma Arni

lg satu kan, lepas bersalin ari tu slalu baca org akan kepenatan gile tp aku rilek je..badan tetap segar n tak tdo langsung lepas deliver sampai la pkl 1130 malam...hehehe.

*Credit To Tuty.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Haid teratur, senggugut hilang dengan GLA complex. Bonus kulit makin cantik!

GLA with Vitamin E dan minyak bunga matahari.

GLA (Asid Linolenik Gama): Sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan badan untuk mengatur  dan mengawal proses badan yang normal. Jadi, ia sangat berguna untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, meredakan sunggugut. Ia turut mengandungi vitamin E yang berguna untuk mendapatkan kulit yang cantik, bebas cela dan menghilangkan kekusaman. Juga berguna untuk menangani sindrom menopause.

(Biasanya yg glemer utk para gadis/wanita yang ada sunggugut atau kitaran haid tak teratur, adalah minyak primrose). Yang ni pun fungsinya sama, with additional advantage utk dpt kulit lebih cantik sebab ada tambahan vitamin E!

Oh ye, boleh juga diambil untuk menggalakkan kesuburan pada mereka yang merancang untuk hamil! :)
Nak tau aturan makan, boleh PM saya. 

Mereka yang pernah mencuba GLA:



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, September 24, 2011

Vitamin dan mineral: A to Z overview

Just a quick summary before we discuss every details about the supplements need for your body :)

1. Mata bersinar, sihat dan tajam dari kebaikan Vitamin A dan beta karoten.
2. Turunkan kolestrol, tajamkan minda, kurangkan tekanan dengan vitamin B. motto vitamin B " B Happy".
3. Tambahkan kolagen, lambatkan penuaan, dan rawat demam/lelah dengan Vitamin C.
4. Mencegah serangan kanser dengan vitamin D.
5. Gigi dan tulang yang kuat dengan kalsium.
6. Tingkatkan imunisasi badan dengan Zink.
7. Rawat sistem pencernaan dengan fiber.
8. Makan makanan terbaik dengan cara paling baik untuk kesihatan.

Melabur untuk mencegah jauh lebih untung dari berhabis untuk merawat.


Saturday, September 10, 2011

Penyakit musim raya

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Perutusan selepas raya.

Pertama sekali, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Lama gilakk tak update blog.huhu.

Keduanya, dalam mood raya yang masih ada (mungkin makin berkobar), jangan terover pulak beraya ye. :). Maklumlah, sekarang ni, sambutan raya makin meriah dengan jemputan open house. Sehari sampai 5 jemputan.   Tuan rumah pula mesti dah bersedia dengan pelbagai hidangan. Yang enak dan lazat tentunya. Yang berminyak, yang berlemak, semua ada. Hancur puasa sebulan disebabkan raya sebulan ni nampaknya. Berat turun 3kg di bulan Ramadhan, naik 5kg pulak di musim raya ni. Alahai....

Perut itu sarang penyakit, yang masuk melalui mulut. Mulut sering dimasuki makanan. Mulut yang tidak di 'filter' dengan baik, bahayanya akan berkumpul diperut. Sakitnya akan merebak ke seluruh tubuh. Kepala jadi pening akibat darah tinggi, jantung jadi sakit kerana kolestrol berlebihan, sakit perut sebab campuran makanan yang berbagai, -- macam-macam. 

Jadi, di kala memenuhi undangan tuan rumah demi menjaga hati dan silaturrahim, ingat-ingatlah sama untuk tetap menjaga kesihatan diri :)

** Jangan lupa puasa 6! Tambahan 6 hari di bulan Syawal, setelah sebulan di bulan Ramadhan diibaratkan berpuasa sepanjang tahun. Untung betul. Peluang masih terbuka untuk 2 minggu lagi. 
[Nak menandingi puasa terbaik Nabi Daud yang berpuasa selang sehari, mestilah tak mampu :). ]




--Yang dah terasa seluar dah makin ketat, lengan dah makin besar, perut dah makin tinggi, boleh cuba longgarkan seluar, rendahkan perut, kecilkan lengan dengan LECITHIN, CINCH, DAN FIBER.


Kebaikan fiber dan lecithin menurut mereka:


"seronok sebab ade orang tegur semalam baju kurung yang yana pakai nampak longgar..! suke..suke..suke...!!!!! ~kata Lyana Shaklee (turuun 4kg dlm 4hari)
... "waktu pregnantkan Adam dan Eilman, kena Gestational Diabetes (diabetes waktu mengandung) rasa seksa je nak tahan makan ABC, coklat, nasik hehe yelah, selera org pregnant, nk yg sedap2 aje..so, Adaa ambil lah Fiber..lepas makan bende2 manis yang agak2 boleh menaikkan bacaan gula dlm darah ( nk mkn jugak tuh bende manis hehe) adaa ambil Fiber dan Alhamdulillah bacaan terkawal je n baby lahir pon x besar sgt..3.2kg.. now, Fiber bantu nk slim lak 2kg dh dibuang yes!! LOVE IT hehe berbaloi baloi.. " ~Noor Syuhada

"Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... "" ~Customer rakan ShakleeGBS

Monday, July 25, 2011

Isu HALAL HARAM Shaklee

Mengapa saya tidak was-was?

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah



Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA

SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.
 
Sumber: anakkuwiraku.com

Tuesday, May 24, 2011

Makanan tambahan untuk ibu menyusu/mengandung ketika berpuasa


Performance Drink
  • With exclusive OptiCarb® for energy and endurance.
  • Essential fluid and electrolytes to help prevent dehydration.*
  • Clinically proven to maintain essential blood glucose levels for muscle energy and essential fluid levels for proper hydration.*



Mealshakes – perisa vanilla
-          Non-soy protein
-          Mengandungi  19 vitamin dan mineral, juga tinggi kandungan protein dan kalsium.
 
Energy Soy Protien



Apa kata mereka:


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, May 5, 2011

Sihat rohani, sihat jasmani

Bismillahirrahmanirrahim....
 
Sedikit renungan di hari Jumaat. Mengenangkan kata-kata Dr Sharifah Hayati dalam Forum Perdana beberapa minggu lalu. Beliau mengutarakan persoalan bagaimana ramai antara kita sangat mengambil berat soal pemakanan. Tak boleh makan yang banyak minyak, bergoreng, berlemak, manis, masin. Semua harus seimbang dan sederhana. Senaman pula perlu selalu, bukan setakat setahun sekali ketika acara hari keluarga sahaja. Tidur pun kena cukup, kurang-kurang 6-7 jam sehari. Kita amalkan dan betul-betul ikut nasihat pakar pemakanan dan patuh arahan doktor. Semua dek kerana mahukan tubuh yang sihat. Badan cergas, minda cerdas. Perkara-perkara yang kita jaga di atas merupakan amalan kesihatan untuk jasmani.
 
Apa pula amalan-amalan yang kita lakukan untuk kesihatan rohani? Adakah kita turut memberi vitamin yang secukupnya untuk kesihatan rohaniah? Solat, zikir, sedekah, dan amalan-amalan sunat yang lain merupakan vitamin yang amat diperlukan untuk kesihatan rohani. Malah, salah satu petua untuk menyembuhkan penyakit adalah dengan bersedekah :)
 
Seorang ustaz (yang juga seorang hafiz - lupa pula nama apa. Dulu selalu keluar kat TV3) mengatakan, tubuh kita sebenarnya digerakkan oleh roh. Buktinya, bila kita meninggal, roh sudah berpisah dari jasad, maka tinggallah jasad kaku tidak bergerak. Secara tidak langsung, beliau bermaksud bahawasanya, bagi mendapatkan jasad yang sihat dan kuat, amalan kerohanian juga perlu ditekankan. Kuat rohani, kuatlah jasmani.
 
Berilah keseimbangan untuk keseimbangan rohani dan jasmani. Kesihatan jasmani kita jaga, kesihatan rohani pun tidak diabaikan.
 
Jadilah kita manusia yang adil pada diri sendiri  :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...