Followers

Monday, April 11, 2011

Stretch mark - punca dan cara mengatasi

Sambil-sambil menunggu sang wiraku disental dan dicuci, aku belek-belek majalah lama yang disediakan di tempat menunggu. Bosan juga kalau tunggu lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Lalu, satu persatu majalah yang ada aku belek-belek.
Sampai pada satu halaman kesihatan, bertajuk " Kesan regangan pada kulit - bagaimana mengatasinya" ...gitulah lebih kurang bunyinya. Majalah Mingguan Wanita tahun 2004  lagi ni :). Berguna juga walaupun dah lama. Pandai betul tuan punya kedai cuci ni mengeksploitasi bahan bacaan lama.
Ok, apa yang disebut dalam rencana ringkas ini?
Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan kesan "stretch mark" pada kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil. Ia juga berlaku sekiranya wujud ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.
Cara mengatasi:
1. Amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan makanan yang mempunyai zink bagi memperbaiki sel kulit. Juga perlukan makanan yang mempunyai Magnesium dan B6 untuk serapan optimum. Pilihan lain sekiranya susah sangat nak makan makanan yang cukup zink, Mg dan B6, ambillah multivitamin yang mempunyai komponen tersebut.
2. Sapu krim pelembap pada kulit. Kebiasaannya krim yang mengandungi Vitamin E dan C.
3. Banyakkan juga mengambil vitamin C. Vitamin C mengandungi kolagen yang memelihara keanjalan kulit.
Langkah pencegahan:
Mencegah sentiasa beribu kali lebih baik dari merawat. Antara tips yang diberi untuk mencegah kemunculan 'stretch mark' hodoh yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita terutamanya adalah:
1. Bagi ibu hamil, amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi zink. Ia penting untuk ibu dan baby.
2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
3. Amalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat untuk mengelakkan penambahan berat badan yang mendadak.
4. Lakukan senaman.
5. Pakai pakaian dalam yang sesuai - tidak terlalu longgar/ketat.
* Shaklee mempunyai Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Vitamin E, B-complex, Zink complex yang boleh membantu anda mendapatkan makanan tambahan yang diperlukan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 019-9598249 atau tuankalsum [at]gmail.com.

Sunday, April 10, 2011

Kurangkan rambut gugur selepas bersalin

"Aku nak order lagi la set B ni, dah habis yang confinement set hari tu", kata dia. 
"Oh, boleh boleh. Bisa diatur," jawab aku cepat-cepat sambil mengerling pada dia yang memangku anak perempuan keduanya yang comel dan boolat bertenaga itu. Si comel terlena selepas meneguk susu berkhasiat dari ibunya ketika kereta sang wiraku mula belayar di jalan raya. Si kakak juga sedang terlentok di kerusi belakang. 

"Ok ke ambil set confinement tu?" 
"OK je. Setakat ni memang tak perlu beli susu kat kedai, pakai susu ori je.Cuma hairan jugak kali ni kurang rambut gugur. Kalau dulu...hmmm tak terkira rambut gugur sampai tak larat nak sapu," balasnya.
"Zink la tuh...zink boleh cepatkan penyembuhan luka dan KURANGKAN RAMBUT GUGUR JUGA! hehehe", girang daku menerangkan punca kehairanannya itu.

Girang sungguh mendengar maklumbalas kawan sendiri akan kebaikan supplement semulajadi Shaklee ni...hehe. Lebih girang mendengar kawan maya seShaklee yang melahirkan anak secara ceaser, tapi lukanya sembuh cepat sampai doktor pulak macam tak percaya dia pernah melahirkan secara ceaser. Walaupun ceaser, sampai sekarang masih berjaya menyusukan anak sepenuhnya! Alhamdulillah.

Confinement set yang disebut-sebut itu mengandungi vitamin C, vitalea, B-complex , Zink dan untuk ibu yang menyimpan hasrat murni menyusukan permata yang dikasihi, boleh tambah alfafa sebagai penggalak susu.





Thursday, March 31, 2011

Panduan memilih vitamin/supplement



Panduan ringkas memilih vitamin/supplement terbaik dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.
Kredit: anakkuwiraku.com

Friday, March 18, 2011

Lempeng bermadu - pancake honey

lempeng bermadu - pancake honey
 
Santai hari Jumaat menunggu detik-detik hujung minggu :).
Esok boleh masak sarapan sendiri. Plan untuk esok:
Dalam bahasa kampungnya, buat pancake atau bahasa standardnya, lempeng. 
 
Cara-cara: 
Masukkan tepung, 2 biji telur, oat, susu segar. Kacau hingga adunan sebati. Kalau terlebih cair, tambahlah tepung sikit lagi :).
Kemudian panaskan kuali,  seeloknya gunakan kuali tak melekat (non-stick pan) supaya kita tak perlu gunakan minyak.
Agak-agak kuali dah panas, sendukkan acuan ke dalam kuali. Bentukkan bulat-bulat kecil.
Tunggu agak-agak lempeng dah kekuningan, balikkan supaya masak di kedua-dua belah.
 
Setelah masak, angkat dan hidangkan dalam piring, curahkan madu sebagai perisa.
 
*Oat boleh menyerap kolestrol, agak-agak tak kisah dengan kolestrol boleh gantikan oat dengan kelapa parut. Sedap! 
 
Fakta tentang madu:
Sesudu kecil madu sudah cukup untuk membekalkan kalori yang diperlukan oleh tubuh untuk sehari.

Sunday, March 13, 2011

Pengguna bijak mengenal pasti vitamin semulajadi dan sintetik

Vitamin ada macam-macam. Macam-macam jenama, macam-macam rasa dan warna. Yang terbaik, adalah dari jenis semulajadi - yang tak ada pewarna dan perasa tiruan. Vitamin semulajadi dihasilkan dari proses yang minima. Kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang hampir menyamai keadaan sebenar (semulajadi). Nak cam yang mana yang asli ini agak sukar kerana tidak diterangkan cara pemprosesan pada botol vitamin tu kan.
Tips mudah untuk mengenal pasti vitamin yang anda makan sama ada ianya dari jenis semulajadi atau sintetik.
1. Dari label:
Vitamin semulajadi dilabelkan dengan huruf "d" dalam sebatian kimianya manakala vitamin sintetik dilabel "I".

Contoh: Vitamin E (d-alpha tocopheryl acid succinate).
2. Dari "Ingredient":
Terdapat co-factor seperti "bioflavinoids' atau "biodegradable".
2 perkataan ini mengesahkan taraf "semulajadi" vitamin/pencuci/bahan-bahan lain tersebut.
3. Dari kehadiran pad gel silika dalam botol vitamin.
Jika ada gel silika, itulah vitamin sintetik. Jika vitamin yang anda beli tak ada gel silika (macam vitamin Shaklee), jangan panik. Vitamin semulajadi memang tidak memerlukan gel silika.
Cukuplah jika anda tahu vitamin yang anda makan hari ini mempunyai salah satu ciri di atas. Semulajadi lebih baik :).

~Setiap botol vitamin Shaklee tidak mengandungi pad gel silika di dalamnya. Bioflavinoids juga merupakan salah satu bahan dalam kandungan setiap tablet yang anda makan. Rebutlah kebaikan dan kelebihan ini. Bukan senang nak cari vitamin semulajadi yang terbukti semulajadi. Untuk lebih yakin dengan Shaklee, rujuk "A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care".
~ Hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan kebaikan vitamin semulajadi Shaklee yang telah berada di pasaran lebih 50 tahun. Ia juga jadi pilihan selebriti dan pemimpin terkenal - Tun M pun amalkan Shaklee ni tau. Oprah Winfrey pun ada buat review tentang salah satu dari 7 perkara yang paling disukainya yang mana ia adalah produk Shaklee. Nanti saya cerita lain kali.
Tak perlu berhabis ratusan ringgit untuk mencuba kali pertama. Saya menyediakan pek percubaan dengan harga serendah RM70 untuk 3 jenis vitamin mengikut set. Berbaloi untuk anda, berbaloi untuk wang anda. Cuba dan rasai perbezaannya.
Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Call: 019-9598249 [Please expect delay in reply on working days. I'm fully available on weekend].

Monday, February 21, 2011

Testimoni Puan B ~ibu mengandung yang menggunakan set A.

Testimoni Puan B ~ibu mengandung yang menggunakan set A.
Puan B sedang sarat mengandungkan anak ketiga yang jantinanya masih menjadi teka teki. Beliau mengambil set A [basic set], sesuai untuk ibu mengandung. Set A dilengkapi vitamin C, B-complex dan vitalea (multivitamin). Katanya:
"hari kedua makan vitamin ni ada rasa pening sikit, tapi lepas tu dah ok. Baru ni ada pergi check up, Alhamdulillah tekanan darah dah naik dari 9.3 ke 10.6. Badan pun dah rasa makin kuat sikit"
Tekanan darah yang makin baik ini mungkin kesan dari vit D3 + kalsium dalam Vitalea seperti yang saya kongsikan dalam entri terdahulu.
Sambung Puan  B lagi,
"Slps ambil Shaklee, tak perlu tension-tension dalam "bilik termenung" dah. Memang Ok Shaklee ni. Saya akan continue makan Shaklee".
Alhamdulillah kerana Puan B dapat kebaikan dari Shaklee - sumber vitamin dari ekstrak tumbuhan semulajadi yang terjamin dan tidak perlu diragui. Semoga dipermudahkan kelahiran bayi ini :)
Berkenaan Set A, ianya sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Ibu-ibu yang mengambil set A tidak perlu lagi makan obimin dan asid folik yang dibekalkan doktor kerana kedua-duanya sudah terkandung dalam B-complex dan Vitalea. Tambahan Osteomatrix dicadangkan pada yang ingin tambahkan kalsium dalam diet harian dan juga ESP untuk lebih tenaga.

Thursday, February 10, 2011

Set A untuk ibu mengandung - kurangkan risiko spina bifida pada bayi

Jalan-jalan di laman pakcik google, terjumpa artikel menarik di sini. Berkenaan pembedahan prenatal bagi bayi yang mengalami masalah spina bifida. Risiko spina bifida boleh dikurangkan jika ibu yang hamil mengambil B12 [2.4mg minimum] dan asid folik 400 mikrogram, setiap hari!

Jadi, ibu-ibu yang takut makan vitamin dengan alasan takut bayi jadi besar, kena pertimbangkan kesan kekurangan vitamin ini ye :).

~Set A Shaklee [Vit C, B complex (ada B12) dan Vitalea (ada asid folic)] sesuai untuk ibu mengandung.
Bukan untuk ibu mengandung je, yang tak mengandung pun boleh.

Set A boleh dikatakan set yang universal kerana boleh dikongsi semua orang. Kalau saya, beli sorang-sorang, makan ramai-ramai. Saya makan, mak ayah pun makan, adik yang tengah belajar tu pun makan. Jadi, tak perlu susah hati membazir vitamin beli mahal-mahal sebab makan tak habis kerana kongsi-kongsi makan macam ni, mesti habis punya. Sihat bersama-sama kan :).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...