Masalah sembelit adalah masalah sejagat. Apabila kita buka cerita, "aku susahlah nak membuang sejak mengandung ni. Bercinta dok dalam bilik ayaq tuh", maka akan ada sambungannya selepas itu. Kawan yang mendengar pun mulalah menyambung,"eh, samalah. Mak aku dulu lagilah. Kakak aku yang tengah sarat pun..."
Cerita sembelit bersambung-sambung. Dari cerita masalah sembelit, pelbagai teori dan petua akan dikeluarkan dan dicadangkan. Makan pisang, minum air banyak, makan sayur banyak-banyak, makan buah banyak-banyak. Tapi, agak-agak ada tak yang cadangkan makan julap untuk masalah sembelit ni? Hehe (gurau jelah).
Sekiranya sembelit anda belum berkurang, malah makin serius, mungkin supplemen boleh membantu. Supplemen apa yang boleh membantu pengidap sembelit untuk membuang lebih senang dan selesa?