Ibu mengandung, tidak kira kali pertama atau sudah berkali-kali selalu sahaja mahukan yang terbaik buat anak dalam kandungan. Ibu-ibu mengandung tidak akan pernah lupa mengulang baca surah Luqman/Maryam/Yusuf supaya nanti anaknya menjadi anak yang cantik/tampan serta soleh/solehah. Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian, ibu berharap agar anak dikandung menjadi anak yang cerdas dan pintar.
Setelah diberi bekalan rohani melalui alunan ayat suci Al-Quran, ibu hamil pasti berusaha melengkapkan diri dengan nutrien yang membantu anaknya jadi cerdas dan pintar. Selalunya, bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik jadi pilihan, makanan-makanan kesukaan yang memudaratkan akan dihindarkan. Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan Omega-3