Ramai yang bertanyakan Vitamin C 500mg untuk kulit cantik. Saya maklum, ini penangan fenomena vitamin C organik. Namun, dalam respon saya kepada yang bertanya, saya turut mencadangkan B-Complex dan juga vitamin E untuk melengkapkan nutrien kritikal dalam penjagaan kecantikan. Dalam apa juga masalah berkaitan kulit samada kulit berjerawat, berparut, kusam, pucat, kering mahupun kulit gelap, ketiga-ketiga vitamin ini merupakan asas yang wajib di ambil untuk merawat masalah tersebut.
Apa rasionalnya makan banyak-banyak vitamin ni? Makan Vitamin C je tak cukup ke? OK, jom saya terangkan mengikut pembacaan berkaitan dengan vitamin kecantikan ini.
Kepentingan Vitamin C Untuk Kulit Cantik
- Vitamin C merupakan antioksidan larut air.
- Vitamin C menghalang pembentukan pigmen yang menyebabkan kulit gelap. Pigmen-pigmen ini juga membentuk jeragat jika kekurangan vitamin C
- Paling penting dalam pembentukan kolagen yang membuatkan sel-sel bercantum. Jadi, kulit kurang kedut, lebih anjal.
- Penting untuk mengoptimumkan penyerapan zat besi yang membolehkan pembentukan sel darah merah yang sihat. Lebih banyak sel darah merah sihat, maka kulit akan kelihatan lebih berseri dan tidak lagi pucat.
- membaiki kesan luka/parut pada kulit
Kepentingan Vitamin E Untuk Kulit Cantik
- Antioksidan utama larut lemak. Oleh kerana membran sel terdiri dari lemak, vitamin E yang larut lemak ini berkawal di sekitar membran dari serangan radikal bebas.
- memperbaiki kesan parut
- Mengecutkan jerawat dengan cepat
- Merawat masalah jeragat dan melasma yang banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas
- memulihkan tekstur kulit, mengurangkan jerawat, jeragat
- mengurangkan kedut, garis halus dan bintik penuaan
- membantu penghasilan sebum yang memberikan kesan kulit lembap. Mereka yang punya masalah kulit kering amat perlukan vitamin E.
- amat penting untuk masalah kulit kusam
- Vitamin E juga sebenarnya berperanan untuk mencerahkan kulit
- Merawat kulit terbakar/sun-burn
Tahukah anda, kebanyakan produk/kosmetik di pasaran mengandungi VITAMIN E sebagai nilai tambah pada produk tersebut?
Kepentingan Vitamin B-Complex Untuk kulit cantik
- Mencegah anemia: kekurangan sel darah merah membuatkan kulit kelihatan pucat dan tak berseri. Selain tak cantik, ia membahayakan kesihatan juga.
- Anti stress: stress menjadi salah satu penyebab kepada kemunculan jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.
- Menjadikan kulit lebih bersinar dan berseri
- Pelengkap kepada vitamin C kerana keduanya adalah dari jenis larut air.
Lebih dari itu, salah satu cara untuk mengoptimumkan kesan vitamin C adalah mengambilya bersama B-complex, dan Vitamin E. Semuanya saling melengkapi.
Ok, diharap semua dah faham kenapa saya cadangkan Vitamin C, B-complex dan Vitamin E untuk kecantikan kulit.
*Konsultansi percuma selama anda bergelar pelanggan saya.
* Hubungi tuankalsum[at]gmail.com atau SMS/whatsapp: 019-9598249 untuk menbuat pesanan.
Set kecantikan kulit Shaklee BEST!! sebab ia semulajadi dan serasi dengan keperluan badan.
No comments:
Post a Comment